Membayangkan Kekalahan Orang Kuat Amanah Gesa Ph Adakan Kerjasama Dengan Pn



(Malaysia Now) – Orang kuat Amanah hari ini menggesa Pakatan Harapan (PH) memperluaskan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan melibatkan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya, membayangkan gabungan pembangkang mungkin bakal mengalami kekalahan sekali lagi dalam pilihan raya yang bakal diadakan.
Mazlan Aliman yang merupakan bekas aktivis popular PAS yang kemudian menyertai Amanah pada awal penubuhannya, memberi amaran jika PH memutuskan untuk menghadapi PRN dengan kedudukannya sekarang ini, ia akan berdepan kekalahan seperti apa yang berlaku pada PRN Melaka.
“PH yang dianggotai PKR, Amanah, DAP dan Upko ibarat ‘serah tengkuk’ kepada Barisan Nasional (BN) jika berada pada status quo seperti di Melaka dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada PRN Melaka, BN kembali membentuk kerajaan negeri susulan kekalahan teruk PH terutama PKR, di mana parti itu tidak memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara Bersatu pula berjaya mengekalkan dua kerusinya.
Kemenangan Bersatu itu membuatkan penganalisis mengatakan calon-calon parti itu menjadi punca kekalahan PH di kerusi majoriti Melayu.
Mazlan berkata gesaan Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang mahu gabungan itu bekerjasama dengan parti pembangkan lain perlu melibatkan Bersatu dan PAS, parti utama PN yang diketuai Muhyiddin Yassin.
“Bersatu dan PAS sendiri meskipun dalam kerajaan Johor, tidak diajak berunding untuk pembubaran DUN Johor,” katanya sambil menambah Umno tidak menghargai gabungan itu.
Beliau turut berkata kemenangan Umno di Johor hanya akan mengembalikan pemimpin “kleptokrasi”.
“Ia akan membuka laluan untuk PRU ke-15 dan dengan andaian menang dua pertiga majoriti di Parlimen demi melaksanakan agenda mereka.
“Adakah PH dan rakyat pada keseluruhannya ingin kembali ke episod kleptokrasi seperti dahulu?” katanya sambil mengatakan kerjasama bersama Bersatu dan PAS akan membentuk “pakatan terbesar”.
“Ia gambaran sebenar Keluarga Malaysia!” katanya merujuk slogan yang diperkenalkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga berkata Umno dilihat yakin untuk memenangi PRN Johor, menyifatkan parti itu “angkuh” dengan kenyataannya mahu bergerak solo.
Mazlan juga yakin pakatan pembangkang itu akan dapat mengalahkan BN, memetik kerjasama di mana PH memenangi pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
READ MORE HERE
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/25/membayangkan-kekalahan-orang-kuat-amanah-gesa-ph-adakan-kerjasama-dengan-pn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Azam Baki Anwar Gesa Kpn Hentikan Gangguan

Isu Azam Baki Anwar Gesa Kpn Hentikan Gangguan

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh FAZLI RADZI January 14 2022Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan pihak polis menyiasat pimpinan Angkatan Muda Keadilan dan Ikatan Demokratik Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan dan penyerahan memorandum ban...
Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meminta orang ramai dan netizen menghentikan cakap cakap dan tohmahan berkenaan punca banjir di Bentong akibat daripada aktiviti pembalakan Menurutnya tinjauan udara yang ...
Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 231 hits
Isu RFID PM gesa pengguna diberi pilihan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio Touch n Go atau Smart Tag Beliau berkata tidak mahu ada tekanan diberi...
Ph Gesa Tiga Serangkai Direhatkan

Ph Gesa Tiga Serangkai Direhatkan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 161 hits
Sebagai penjawat awam ketiga tiga pegawai kanan ini patut tahu bahawa kenyataan mereka boleh ditafsir sebagai percubaan mempengaruhi proses siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya dan mengandungi tuduhan serius yang menimbulkan pelbagai tanda t...
Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 238 hits
Oleh FAZLI RADZI January 12 2022Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa tiga individu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia direhatkan disusuli dengan siasatan bebas berhubung isu dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM T...
Umno Gila Kuasa Adakan Pilihan Raya Johor Waktu Pandemik

Umno Gila Kuasa Adakan Pilihan Raya Johor Waktu Pandemik

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 304 hits
Pilihan Raya Negeri Johor tidak wajar dilakukan dalam keadaan pandemik Covid 19 belum berakhir juga penderitaan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu masih belum pulih Namun Umno BN Johor tidak mengambil kira faktor kesukaran hidup...
Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 220 hits
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi diarah membela diri atas 47 pertuduhan kes rasuah pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengannya Hak...
Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor

Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 296 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi keselamatan dan kesejahteraan...
Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

Selepas Kesihatan Bapa Merosot Dr Asri Gesa Kkm Tangguh Beri Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 19 2022Selepas berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguh pemberian dos penggalak vaksin Covid 19 di...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Siapakah Keutamaan Kita Untuk Bersedekah

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Tenang Ada Allah

Rini Evelna Jinak Burung Achang Chord