Membawang Di Media Sosial


1. Istilah ‘membawang’ sudah menjadi satu istilah yang difahami oleh rakyat Malaysia sebagai satu perbuatan memperkatakan tentang orang lain, bergosip atau mengumpat. Ada yang mengatakan asal usul perkataan ‘membawang’ ini bermula dengan gelaran ‘Mak Cik Bawang’, iaitu wanita-wanita yang bergotong-royong atau melakukan ‘rewang’ dalam majlis kenduri. 

2. Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini, aktiviti ‘membawang’ tidak terhad lagi dalam majlis atau perkumpulan tertentu sahaja. Malah aktiviti ‘membawang’ ini telah dikembangkan lagi di media sosial. 
3. Sekiranya komen dan ulasan yang dilontarkan merupakan suatu yang benar, berfakta, mengandungi unsur nasihat dan memberi manfaat, ia tidak menjadi masalah. Namun, yang menjadi satu masalah dan boleh mengundang dosa adalah apabila komen dan ulasan tersebut disertai dengan umpatan, fitnah, kecaman yang negatif serta memburukkan individu

3. Hukum mengumpat di media sosial atau di alam maya sama sahaja seperti di dunia yang sebenar. Mengumpat atau dalam istilah bahasa Arabnya; ‘Ghibah’ bermaksud memperkatakan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh seseorang itu di belakangnya. Nabi SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ
Maksudnya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.” (Hadis Riwayat Muslim)
4. ‘Ghibah’ merupakan satu dosa yang keji dan perbuatan ini diumpamakan seperti makan daging saudaranya sendiri. Tatkala kita mengata tentang keburukan seseorang, tidakkah kita jijik kerana seolah-olah kita sedang memakan daging manusia? Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah al-Hujurat:12)
5. Awasilah jari-jari kita sewaktu menaip komen-komen di media sosial. Boleh jadi ia satu kata-kata yang mengandungi umpatan yang merupakan dosa. Sekiranya tiada perkataan baik-baik yang boleh disampaikan, tahanlah diri daripada menghina, mencerca dan mengecam kerana Rasulullah SAW berpesan:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرًا أو ليصمت
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Imam Nawawi Rahimahullah telah berkata: Sekiranya anda berhadapan dengan keadaan di mana anda tidak pasti sama ada bercakap atau diam itu lebih baik, maka pilihlah diam kerana Rasulullah SAW juga bersabda:
مَنْ صَمَتَ نَجَا
“Barangsiapa yang diam, dia telah terselamat” (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)
Hadis ini bermaksud, seseorang itu menemui jalan keselamatan apabila ia diam kerana telah terpelihara daripada dosa-dosa yang berpunca dari lidah dan perkataan

7. Dosa yang berpunca dari lidah sangatlah berat sehingga boleh menjerumuskan pelakunya ke neraka. Walaupun ‘membawang’ dengan cara menulis di media sosial bukanlah bercakap kerana tiada suara yang didengari, namun ia boleh disamakan dengan bercakap kerana menulis menunjukkan kata-kata yang keluar dari hati seseorang itu. Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ والمَغْرِبِ
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengannya dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Takutlah dengan ancaman neraka bagi mereka yang tidak berfikir sebelum bercakap, apatah lagi secara semberono ‘membawang’ tentang sesuatu isu. Lebih-lebih lagi juga jika ia melibatkan berita yang belum pasti kesahihannya, isu rumah tangga orang lain yang tidak jelas hujung pangkalnya dan pelbagai isu lain

9. ‘Membawang’ sebenarnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan faedah malah boleh mengundang dosa kecuali jika ia mengandungi ajakan untuk bersedekah, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mendamaikan antara manusia. Allah SWT berfiman:
لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar”(Surah An-Nisa’: 114)
10. Oleh itu haramkah ‘membawang’? Ia menjadi haram sekiranya mengandungi unsur mengumpat atau ‘ghibah’. Namun terdapat beberapa keadaan yang diharuskan oleh syarak untuk ‘membawang’ atau mengumpat serta memperkatakan tentang orang lain. Namun ia tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya apatah lagi dilakukan secara terbuka di media sosial. Antara situasi yang diharuskan syarak untuk mengumpat menurut Imam Nawawi Rahimahullah adalah:
Pertama: Membuat aduan apabila dizalimi kepada penguasa

Oleh itu, apa-apa aduan seharusnya disalurkan terus kepada pihak yang bertanggungjawab dan elakkan daripada ditularkan di media sosial kerana ia membuka keaiban kepada umum dan mengundang dosa umpatan daripada orang ramai

Kedua: Membantu dalam menentang perkara yang mungkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar

Contohnya menyebut maksiat yang dilakukan seseorang untuk menegur dan mengajaknya kembali kepada Allah, bukan dengan tujuan menghina dan mengecam

Ketiga: Menceritakan kepada mufti dengan tujuan meminta fatwa

Diharuskan untuk memberitahu keburukan seseorang khusus kepada orang yang mahir tentang hukum hakam dengan tujuan untuk mendapatkan penjelasan hukum. Justeru, hindarkanlah dari menyebut keaiban seseorang di media sosial untuk mendapatkan respon dan komentar netizen. Carilah orang yang berkelayakan untuk mendapatkan pandangan

Keempat: Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka

Dibolehkan untuk menceritakan keburukan atau perihal seseorang contohnya mendedahkan individu yang tidak mempunyai kelayakan agar orang ramai berhati-hati daripada mengambil ilmu daripada bukan ahlinya

Kelima: Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan

Sekiranya seseorang itu telah mendedahkan aibnya secara terbuka, maka dibenarkan untuk menyebut keburukannya

Keenam: Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang

Contohnya menggelar seseorang itu si bisu atau si buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina

11. Justeru, jauhilah dosa ‘membawang’ dan tinggalkanlah perkara yang tiada kaitan dengan diri kita. Rasulullah SAW mengingatkan kita dengan sabda baginda:
مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Maksudnya: “Di antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya”(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
12. Carilah pahala di media sosial dengan menyebarkan kebaikan. Tukarlah aktiviti ‘membawang’ dengan aktiviti yang memberi manfaat di media sosial seperti saling memberi nasihat dan tazkirah, berbincang perkara ilmiah dan berkongsi info atau apa sahaja yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT

13. Peliharalah juga adab dan akhlak Islam ketika menggunakan teknologi media sosial pada hari ini. Ingatlah bahawa setiap tindak tanduk kita dicatat oleh malaikat dan semuanya dalam pengetahuan Allah. Firman Allah SWT:
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Maksudnya: “Tiadalah seseorang itu mengucapkan apa-apa pun melainkan di sisinya ada yang menulis.” (Surah Qaf: 18)

Moga Allah memelihara kita daripada ‘membawang’ yang membawa dosa dan dimurkai oleh Allah SWT

Wallahua’lam

Kredit : Nur Fatin Halil dari MUIS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikguzim.blogspot.com/2019/12/membawang-di-media-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Nak Tinggikan Engagement Media Sosial

Tips Nak Tinggikan Engagement Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 376 hits
TIPS NAK TINGGIKAN ENGAGEMENT MEDIA SOSIAL Hai korang Mommy dapat tips nak tinggikan engagement media sosial dari pemerhatian mommy dan juga penglibatan mommy dalam media sosial Mudah tapi bukan senang Walaubagaimanapun korang pun boleh cub...
Media Sosial Membuat Seorang Ibu Milenial Lebih Rentan Alami Kecemasan

Media Sosial Membuat Seorang Ibu Milenial Lebih Rentan Alami Kecemasan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 210 hits
Saat seseorang menjadi ibu level kecemasannya memang meningkat drastis Faktor eksternal seperti komentar di media sosial atau melihat influencer tak dipungkiri juga berdampak pada kondisi psikis
Gambar Kubur Mona Fandey Dan Suami Tular Di Media Sosial Selepas 18 Tahun Disemadikan

Gambar Kubur Mona Fandey Dan Suami Tular Di Media Sosial Selepas 18 Tahun Disemadikan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1166 hits
Siapa masih ingat lagi kisah Mona Fandey dan suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman melakukan pembunuhan terhadap Datuk Mazlan Idris pada 1993 yang juga dikenali sebagai bekas ahli Dewan Undangan Negeri Baru Talam Pahang Memang seram dan tragis...
Adsense Menariknya Main Blog Kontent Seo Dari Blog Content Trafik Media Sosial

Adsense Menariknya Main Blog Kontent Seo Dari Blog Content Trafik Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 560 hits
Adsense Menariknya Main Blog Kontent SEO dari Blog Content Trafik Media Sosial Cerita pasal google adsense aku rasa ramai dah tahu dan tak perlu bahas nak tahu juga baca Apa yang menarik main blogs adsense kontent SEO Kita bahas secara simp...
Kemendag Buat Aturan Turunan Perdagangan Online Guna Jaring Penjual Di Media Sosial

Kemendag Buat Aturan Turunan Perdagangan Online Guna Jaring Penjual Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 211 hits
Untuk sementara pihaknya tengah merumuskan aturan turunan tersebut Salah satunya adalah bagaimana untuk menjaring pedagang pedagang di media sosial yang jumlahnya kini cukup banyak
Bikin Heboh Media Sosial Tradisi Kawin Tangkap Di Sumba Jadi Sorotan Warganet Kok Masih Ada Ya

Bikin Heboh Media Sosial Tradisi Kawin Tangkap Di Sumba Jadi Sorotan Warganet Kok Masih Ada Ya

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 468 hits
Kalau ada tradisi lain yang lebih layak dan pantas untuk dipertahankan mending tinggalin aja deh yang seperti ini
Kerajaan Bekerja Keras Untuk Membasmi Gejala Buli Siber Di Laman Media Sosial

Kerajaan Bekerja Keras Untuk Membasmi Gejala Buli Siber Di Laman Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 376 hits
Isu pembulian siber di laman laman media sosial semakin menular terutamanya di laman laman media sosial kebelakangan ini dan justeru itu pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dilihat sedang berusaha keras unt...
3 877 Akaun Media Sosial Menyamar Dikesan

3 877 Akaun Media Sosial Menyamar Dikesan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 271 hits
3 877 akaun media sosial menyamar dikesan Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2019 12 51PM
Menhub Budi Baca Cibiran Di Media Sosial Capek Deh

Menhub Budi Baca Cibiran Di Media Sosial Capek Deh

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 232 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi mengungkapkan ada hal yang membuat dirinya merasa kesal selama bekerja Salah satunya ketika membaca komentar dari netizen di media sosial Dia heran masih ada saja masyarakat yang mencibir segala kerja k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash