Bmw Group Iktiraf Anak Iban Ini Sebagai Pakar Teknologi Automotif Tandatangani Kontrak 10 Tahun
Seorang anak muda mencipta sejarah apabila menjadi anak Sarawak pertama yang bakal menandatangani kontrak dengan syarikat automotif terkenal dunia, BMW Group.
Franklin Lingga Abun, 20, telah ditawarkan dengan kontrak 10 tahun bersama BMW Group di Austria sebagai pakar teknologi automotif bermula tahun 202, lapor Utusan Borneo.
Sumber:facebook BuletinKapitSarawak
Berasal dari Kapit, Franklin kini sedang melanjutkan pengajian di tahun ketiga dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Dia berjaya meyakinkan dan tambat hati 3 panel ketika pembentangan kertas kerja tentang teknologi semi-solar automotif di Austria. Selain Franklin, dua lagi pesaing turut membentangkan kertas kerja, masing-masing dari Jerman dan Korea Selatan.
Sumber: facebook BuletinKapitSarawak
Difahamkan, Franklin akan terima surat rasmi daripada syarikat itu dalam tempoh 14 hari dan bakal terbang ke Munich pada Mac 2019 bagi menandatangani kontrak 10 tahun tersebut.
Akui masih banyak yang perlu dilalui, Franklin juga menegaskan dia tidak akan berhenti pengajiannya separuh jalan.
“Masih banyak perjalanan yang saya lalui di mana saya juga perlu mempelajari banyak perkara dan bersiap sedia sepenuhnya untuk bersama mereka. Bagaimanapun saya perlu juga menamatkan pengajian saya di UNIMAS yang tamat pada tahun 2020.
Sumber: facebook BuletinKapitSarawak
Menceritakan bagaimana dia mula terdetik untuk cuba membentangkan kertas kerja, kata Franklin dia tahu tentang tawaran atau pembentangan kertas kerja melalui laman web BMW Group. Dia kemudian mencuba nasib dengan mengemukakan kertas cadangannya melalui e-mel kepada syarikat itu.
Apabila saya menerima tawaran saya berfikir dua tiga kali kerana mengetahui bahawa kos yang tinggi dan ia memerlukan kewangan yang besar ke Austria untuk membuat pembentangan.
Nasibnya baik, beberapa pihak tampil membantu Franklin untuk terbang ke Austria pada 22 November lalu bagi membentangkan kertas kerja. Mereka yang bertanggungjawab memastikan semua urusannya berjalan lancar adalah Tan Sri Datuk Amar James Masing (Timbalan Ketua Menteri) dan Datuk Snowdan Lawan (Menteri Muda Belia dan Sukan).
Sumber:facebook.com/BuletinKapitSarawak
Snowdan pula berkata, kejayaan Franklin itu menjadi satu kebanggan kepada anak Sarawak khasnya kaum Iban.
Sebagai rakyat Sarawak, anak Iban kita amat berbangga dengan Franklin ini dan ternyata sokongan kita terhadapnya amat bermakna.
Kita bangga kerana sebenarnya ramai anak-anak Sarawak yang berpotensi serta bijak dan beliau diterima untuk menandatangani kontrak bersama BMW di sana nanti.
Jangan kata orang Sarawak atau kaum Iban, satu Malaysia bangga dengan awak Franklin! Selamat maju jaya daripada kami.
Sumber : lobak merah
The post BMW Group Iktiraf Anak Iban Ini Sebagai Pakar Teknologi Automotif, Tandatangani Kontrak 10 Tahun appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/28/bmw-group-iktiraf-anak-iban-ini-sebagai-pakar-teknologi-automotif-tandatangani-kontrak-10-tahun/