Biarkan Dia Bosan Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar


Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan. Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka. Takpun, dihulurkan saja ‘smartphone’ sementara menunggu hidangan sampai di restoran. Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu.
Tapi, penemuan terbaru daripada saintis mendapati bahawa sekali-sekala kita patut biarkan saja mereka. ‘Kebosanan’ sebenarnya dapat memberi kebaikan kepada perkembangan mental dan fizikal anak. Inilah kesan luarbiasa kuasa imaginasi! Jika anak cepat bosan, jangan cepat melatah. Ketahuilah bahawa kebosanan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk diri mereka.
1. Mengelak ‘Overstimulation’

Foto ilustrasi – Pexels/Tim Gouw

Tahukah anda, sebenarnya otak kita tidak diprogramkan untuk berada dalam mod ‘on-the-go’ setiap masa. Ia juga perlu berehat dan memperlahankan prosesnya, seperti yang dinyatakan oleh Scott Barry Kauffman melalui Psychology Today. Memang pada awalnya anda akan rasa tak selesa apabila tengok anak cepat bosan. Tapi, cuba tunggu seketika dan perhatikan mereka.
Mungkin mereka perlu merehatkan otak, lari daripada stimulasi atau rangsangan yang tidak penting, dan menjadi lebih relaks. Dengan mempunyai masa untuk diri sendiri, mereka berpeluang meneroka perkara yang mereka sendiri minati. Neurosaintis, Susan Greenfield berpendapat bahawa ia dapat memberi kesan jangka masa panjang terhadap bagaimana anak-anak ini mencapai cita-cita mereka. 2. Merangsang Kreativiti

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

“Kanak-kanak perlu melalui rasa bosan ini dengan sendiri kerana ia dapat membebaskan mereka daripada sebarang bentuk gangguan. Dengan cara ini, barulah mereka dapat mendengar suara hati mereka sendiri. Dengan mengenal minat masing-masing, ia akan menggalakkan eksplorasi dan imaginasi. Walaupun hanya duduk sendirian dan termenung, mereka sebenarnya sedang belajar untuk menvisualisasikan sesuatu dalam minda mereka. Melalui proses ini, otak mereka akan menerawang jauh tanpa batasan. Akhirnya, mungkin mereka akan merekacipta sesuatu dan merealisasikan apa yang pernah digambarkan oleh fikiran tadi. Hebat bukan? Ternyata, memang ada kajian yang telah membuktikan bahawa golongan yang kreatif adalah mereka yang selalu termenung! 3. Mahir Berfikir

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Untuk mengatasi rasa bosan, ia memerlukan pelbagai idea dan eksperimen cuba jaya. Dalam jangka masa panjang, kebosanan ini memberi peluang kepada otak mereka untuk menjadi lebih produktif kerana mereka telah dilatih untuk menyelesaikan masalah. Kajian oleh saintis di Bar-Ilan University mendapati bahawa faktor ini dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan lebih efisyen dan positif. 4. Peluang Meneroka Hobi

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Tidak dinafikan, pelbagai aktiviti yang dirancang seperti bersukan dan bermain muzik mampu memberi manfaat kepada perkembangan fizikal, kognitif, budaya dan sosial mereka. Namun, anak-anak juga perlukan masa untuk bersendiri. Apabila mereka ‘terputus hubungan’ daripada dunia luar dan gajet, mereka akan meneroka perspektif baru dan timbullah hobi. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dalam menetapkan kemahuan dan cita-cita mereka. Malah, mungkin juga ada bakat semulajadi yang tidak pernah kita ketahui. 5. Belajar Berkomunikasi

Foto ilustrasi – Pexels/J carter

Apabila anak-anak mula nampak sendiri minat masing-masing, secara tidak langsung mereka akan berusaha untuk memperlihatkan hasil imaginasi mereka. Mereka menjadi lebih berani menyatakan kemahuan mereka, dan mereka juga akan mencari cara untuk mencapainya dengan sokongan ibu bapa. Sebenarnya, tindakan ini bukan saja memberi manfaat kepada anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Dengan gangguan seperti TV, ‘smartphone’, atau kerja yang menimbun tinggi, anda tak mungkin akan mendapat inspirasi untuk pergi lebih jauh dalam hidup ini.
6. Bila Anak Cepat Bosan

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Apapun, ini bukan bermakna kita boleh ‘goyang kaki’ dan suruh mereka ‘main jauh-jauh’. Cumanya, kalau anak cepat bosan tak perlulah kita rasa bersalah dan mengalah dengan ‘menyuap’ pelbagai aktiviti untuk mereka. Sebaliknya, lihatlah perkara ini sebagai peluang untuk anda mengalakkan mereka menjadi seorang yang lebih dinamik. 7. Sumber dalaman

Foto ilustrasi – Pexels/Daria Shevtsova

Kualiti dan nilai seperti menggalakkan mereka meneroka, bermain, memerhati, dan memberi tumpuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu. Ia mungkin akan menyebabkan rumah anda bersepah. Yang penting, pantau mereka jika mereka melakukan sesuatu yang agak ‘susah’ atau luarbiasa seperti membina rumah kotak atau memanjat kusyen. Beri sokongan dan bantu mereka agar tidak cepat patah semangat. Pastinya ia akan memberi pengalaman serta pengajaran sepanjang hayat. 8. Sumber material

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Sumber material bukanlah bererti mainan yang mahal atau peralatan bertaraf profesional. Tetapi, ia adalah bahan yang ‘simple’ seperti pen, kertas, cat warna, kotak kosong, dan sebagainya. Kadangkala anak sendiri ada idea untuk membuat eksperimen tertentu seperti membuat gunung berapi atau kek coklat. Jadi, bolehlah anda mendapatkan sumber yang bersesuaian. Dengan galakan anda, anak cepat bosan pun boleh menjadi seorang lebih berdikari, bijak, dan kreatif. Mereka juga akan berasa lebih konfiden untuk menurut kata hati dan mempercayai kebolehan diri yang unik!
sumber : AliffChannel
The post Biarkan Dia Bosan, Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/biarkan-dia-bosan-jangan-bagi-anak-main-gajet-telefon-pintar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan

Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 358 hits
Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu Tapi penemu...
Jangan Sesekali Lepaskan Anak Main Hujan Ada Sebabnya Kenapa Doktor Larang

Jangan Sesekali Lepaskan Anak Main Hujan Ada Sebabnya Kenapa Doktor Larang

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 449 hits
Dulu masa kita kecil mandi hujan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan Langsung kita tak pernah terfikir soal demam dan sebagainya Tapi betul ke kalau kena hujan terus akan demam Menurut perkongsian keadaan kita tidak sama macam dahulu ...
Adab Berkunjung Ke Rumah Orang Sisa Buangan Anak Jangan Main Campak Dalam Tong Sampah

Adab Berkunjung Ke Rumah Orang Sisa Buangan Anak Jangan Main Campak Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 727 hits
Berkunjung ke rumah orang dengan anak kecil bukanlah sesuatu yang mudah Lagi lagi yang dah pandai melasak dan tak boleh duduk diam Ini cabaran untuk ibu bapa supaya tuan rumah yang kita berkunjung ke rumahnya rasa selesa Mungkin mana yang f...
Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 600 hits
Akhir akhir ini banyak diperkatakan tentang me time bagi seorang ibu Namun ramai pula yang memandang ibu ibu yang perlukan me time sebagai ibu yang tak sayangkan suami anak dan pentingkan diri sendiri Ibu ini mengutarakan pandangannya Me ti...
Baru Semalam Main Bersama Hari Ini Kena Tengok Anak Ditanam Budak Meninggal Dunia Akibat Diberi Ubat Cirit Orang Dewasa

Baru Semalam Main Bersama Hari Ini Kena Tengok Anak Ditanam Budak Meninggal Dunia Akibat Diberi Ubat Cirit Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 574 hits
Baru semalam main bersama hari ini kena tengok anak ditanam Budak meninggal dunia akibat diberi ubat cirit orang dewasaSegelintir ibu bapa mengambil sikap mudah dengan hanya membeli ubat ubatan di farmasi kerana malas membawa anak ke klinik...
Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

Bancuh Susu Anak Jangan Sampai Khasiatnya Hilang 5 Langkah Ini Baru Betul

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 427 hits
Semua tahu memberi anak minum susu ibu adalah makanan yang terbaik kepada mereka Bagaimanapun tidak semua ibu berpeluang melakukannya atas sebab sebab tertentu Tak mengapa kerana anda tetap dapat memberikan si manja minum susu iaitu menggan...
Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 407 hits
Semua ibu bapa mahu anak masing masing membesar dengan bijak Tolong elakkan daripada buat perkara perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplora...
Netflix Hadir Dengan Pelan Rm17 Sebulan Khusus Untuk Pengguna Telefon Pintar Dan Tablet

Netflix Hadir Dengan Pelan Rm17 Sebulan Khusus Untuk Pengguna Telefon Pintar Dan Tablet

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 441 hits
Netflix sebelum ini telah mengumumkan bakal hadir dengan pakej bulanan yang lebih mesra poket berbanding apa yang ditawarkan biasa Kini selari dengannya Netflix hari ini telah mula menawarkan pakej langganan bulanan pada harga RM17 sebulan ...
Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar

Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 397 hits
Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar Panjat memanjat pagar sofa dan pintu grill di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak kanak Kadang kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu obses d...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat