Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan


Ada dikalangan anak-anak kita yang tidak suka mengambil sarapan pagi. Mengajar anak untuk mengambil sarapan setiap pagi sebenarnya bermula daripada mama dan papa sendiri. Pastikan anak-anak wajib diberikan sarapan, namun jangan pula diberikan daripada jenis yang mengandungi tinggi gula!
Ada sebabnya mengapa jenis pemakanan  bergula dilarang untuk diambil oleh anak-anak kecil kita yang sedang membesar.
Menurut Puan Ruqayyah Muhammad, Pegawai Diatetik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), sarapan amatlah penting buat anak-anak yang sedang membesar. Namun elakkan sama sekali pengambilan gula dipagi hari. Mengapa?

Bangunkan anak lebih awal untuk bersarapan pagi. Jadikan sarapan pagi sebagai rutin harian agar apabila anak memasuki alam sekolah rendah, ia telah menjadi kebiasaan untuk anak.
Memberikan sarapan pagi itu penting, tetapi jenis hidangan yang diberi juga akan memberi kesan kembali pada anak.
Sarapan pagi yang tinggi dengan gula seperti bijirin sarapan segera atau biskut manis boleh menyebabkan anak hiperaktif di dalam kelas disebabkan paras gula darah yang tinggi sekaligus menyebabkan tumpuan untuknya belajar semakin berkurangan.
Anak akan menjadi letih selepas itu kerana telah banyak menggunakan tenaga sebelumnya. Gula yang berlebihan di dalam diet harian juga dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan karies gigi. Memberikan makanan yang terlampau tinggi lemak dan minyak pula boleh menyebabkan anak mengantuk dan lambat menyelesaikan tugasan di sekolah. Makanan berlemak lebih lambat dihadam dan memerlukan proses yang lebih panjang berbanding makanan rendah lemak.
Maka, memilih makanan yang kaya dengan bijirin, serat dan protein tetapi rendah lemak dan gula akan memastikan paras gula darah yang lebih stabil pada anak-anak, selain melambatkan pengosongan perut. Ia membantu anak fokus dengan lebih baik pada waktu pagi.
Pilih Menu Terbaik
Mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia, anak berusia 4 hingga 6 tahun memerlukan 1300kcal setiap hari yang merangkumi pelbagai jenis makanan seperti bijirin, protein daripada ikan, ayam dan legum, susu, buah dan sayur-sayuran . 2. Rancang menu untuk seminggu setiap hari agar mudah untuk dilaksanakan di pagi hari. Sediakan pilihan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan di pagi hari.
3. Pastikan pemilihan makanan memenuhi konsep Pinggan Sihat Malaysia. Ada karbohidrat yang berfungsi untuk memberikan tenaga, protein seperti ayam dan telur untuk pertambahan otot dan sel tubuh, serat untuk melawaskan penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama pada anak.

 
4. Semangkuk bubur nasi bersama sayuran dan isi ayam juga cukup untuk mengenyangkan anak sehingga waktu rehat nantinya.
5. Sekeping sandwic bersama telur rebus dan keju, bersama sayuran yang dipotong kiub atau sandwic roti pita boleh juga dijadikan hidangan ‘on the go’ di dalam kereta jika tidak punya masa yang lama untuk makan.
6. Jika tidak sempat memasak di pagi hari,  semangkuk bubur oats yang bersama buah kering seperti kismis dan kurma, dan campuran susu boleh dijadikan hidangan sarapan yang baik. Lengkap tetapi ringkas.

 
7. Lempeng yang diadun bersama susu dan telur, berserta parutan lobak merah atau buah kering juga tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.
8. Sediakan pek ‘on the go’ yang boleh diambil di atas kereta atau van sekolah sekiranya anak tidak mahu bersarapan. Bijirin sarapan yang rendah kandungan gula, sandwic atau kuih muih seperti pau berinti daging atau ayam boleh dijadikan pek makanan di waktu pagi. Snek seperti potongan buah, kacang seperti badam yang kaya dengan protein dan lemak politaktepu boleh dibekalkan untuk anak ambil di atas kereta atau di tadika sekiranya lapar.
9. Pastikan anak tidak lupa mengambil segelas susu untuk membantu tumbesaran tulangnya setiap pagi dan malam.  Hidangan ringkas tetapi padat dengan nutrisi pada waktu pagi akan membantu anak lebih selesa dan sihat sepanjang hari.
 
The post Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak, Pakar Dietetik Beri Penjelasan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ada-sebabnya-kenapa-perlu-elakkan-sarapan-tinggi-gula-pada-anak-pakar-dietetik-beri-penjelasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gula Tinggi Dalam Darah Ini Penjelasan Yang Paling Mudah Nak Faham

Gula Tinggi Dalam Darah Ini Penjelasan Yang Paling Mudah Nak Faham

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 662 hits
Adakah anda mudah untuk Jika jawapan anda Ya teruskan membaca kerana ada sesuatu yang perlu anda ketahui Bagaimana Badan Kita Pastikan Paras Gula Sentiasa Dalam Julat Normal Keseimbangan adalah penting dalam memastikan tubuh dalam keadaan t...
Bilakah Susu Kultur Sesuai Diberikan Kepada Anak Ikuti Perkongsian Daripada Pakar Dietetik Ini

Bilakah Susu Kultur Sesuai Diberikan Kepada Anak Ikuti Perkongsian Daripada Pakar Dietetik Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 294 hits
Susu kultur adalah antara contoh makanan yang mengandungi probiotik atau dipanggil bakteria baik Bakteria baik ini berfungsi meningkatkan persekitaran sihat di dalam sistem penghadaman Puan Nurbaidurah Bazid Pegawai Dietetik berkongsi bilak...
Apa Yang Perlu Dibuat Bila Anak Kecil Terlibat Aktiviti Seks Ini Penjelasan Pakar

Apa Yang Perlu Dibuat Bila Anak Kecil Terlibat Aktiviti Seks Ini Penjelasan Pakar

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 957 hits
Oleh Aku tarik nafas panjang hari ini Dua kes masuk dalam inbox aku bercerita tentang anak anak yang dah pandai buat seks Seawal enam tahun dan darjah satu Mereka pm aku minta pendapat aku sendiri terus kaku dan blur tak tahu nak jawab apa ...
Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 511 hits
Anak kecil memang selalu bermasalah untuk mengambil sayur sayuran dalam hidangan makanan harian Ketika masih bayi lazimnya semuanya dimakan tanpa banyak karenah Kebiasaannya masalah timbul apabila si kecil ini mula diberi makan makanan sepe...
Emosi Anak Terganggu Kalau Tak Ambil Sarapan Mama Take Note Ya

Emosi Anak Terganggu Kalau Tak Ambil Sarapan Mama Take Note Ya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 373 hits
Jangan katakan anak kita pun boleh moody dan emosi terganggu jika tak ambil sarapan di pagi hari Itu hakikatnya yang semua orang patut tahu Rasa resah gelisah dan langsung tidak fokus antara simptom lain yang menguasai kita sepanjang hari J...
Dari Awal Suka Makanan Ringan Dan Tinggi Msg Anak Sukar Dikawal Dan Hiperaktif

Dari Awal Suka Makanan Ringan Dan Tinggi Msg Anak Sukar Dikawal Dan Hiperaktif

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 483 hits
Bila diberi makanan ringan semua kanak kanak teruja Bagi sesetengah ibu bapa makanan ringan antara salah satu cara mudah nak tenangkan anak yang mengamuk atau menangis Ibaratnya senjata dalam diam Tapi tahukah yang makanan ringan ini mengan...
Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note

Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 494 hits
Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note Memang kesian bila lihat anak selalu menangis susah nak buang air besar sebab sembelit dan najis keras Seringkali mak ayah tertanya tanya apa punc...
Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik

Jaga Mulut Gigi Anak Sejak Kecil Penting Untuk Elakkan Penyakit Kronik

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 479 hits
Siapa kata penjagaan mulut dan gigi anak kurang penting untuk mama papa fikirkan Masalah mulut dan gigi sebenarnya jika tidak dibendung sejak kecil akan mendedahkan anak anak dengan risiko penyakit kronik Ya ini bukan main main Menurut Dokt...
Cara Cepat Dan Tak Stres Tenangkan Anak Mengamuk Tanpa Mak Ayah Tinggi Suara

Cara Cepat Dan Tak Stres Tenangkan Anak Mengamuk Tanpa Mak Ayah Tinggi Suara

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 302 hits
Ada banyak sebab kenapa anak anda suka mengamuk buat tantrum dan buat perangai Namun kunci utamanya ibu bapa kena bersabar dan pandai tawan hati anak Kadang kadang perangai anak ni sukar dijangka Mula mula nampak elok tapi sekali mengamuk b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game