Kenapa Hishamuddin Cuba Halang Peralihan Kuasa




 Berikut adalah antara petikan kata-kata Anwar Ibrahim di Parlimen semalam ketika menjawab celahan Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan berkaitan peralihan kuasa ketika beliau membahaskan Belanjawan 2020:-
“Saya harap kalau Kinabatangan tandatangan, sign ke arah (pihak) ini, jangan sign yang lain.“Ini masalahnya nak ikut sangat Sembrong…Semua karut.“Semua ini kadang-kadang nak survive diri, nak tutup siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita tak mahu itu.“Politik ini bukan kerana ugutan, mesti ada prinsip, sama ada didakwa di mahkamah atau diugut masuk penjara, prinsip jangan digadai.“Beritahu Sembrong”.Beberapa Ahli Parlimen BN lain turut mencelah bertanya berkaitan peralihan kuasa itu, tetapi jawapan Anwar yang mengaitkan Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Sembrong seolah-olah ada gerakan untuk menggagalkan peralihan kuasa itu, tentu saja menarik untuk diperkatakan, selain pasti mengejutkan banyak pihak.Selama ini, gerakan itu hanya merupakan cakap-cakap yang tidak pasti dan tidak disebut secara terang-terangan.Dalam hal ini, jika tidak sahih dan tidak pasti adanya gerakan itu, mustahil Anwar berani menyebutnya secara terbuka dan berterus-terang di dalam Parlimen.Apa lagi, pada petang semalam pula, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan turut mengeluarkan kenyataan media menggesa Hishammuddin dan rakan-rakan beliau daripada UMNO agar menghentikan kempen mengajukan idea penubuhan kerajaan tanpa penyertaan DAP dan Amanah.Majlis Setiausaha menegaskan, PH sentiasa berpegang teguh kepada Muafakat Pakatan Harapan yang dipersetujui PKR, Bersatu, DAP dan Amanah untuk kekal bersatu dalam kerajaan yang turut merangkumi keanggotaan Warisan daripada Sabah.Berdasarkan apa yang disebut Anwar di Parlimen dan kemudian disusuli dengan kenyataan media oleh Majlis Setiausaha PH itu, jelas bahawa Hishammuddin seperti sedang merancang sesuatu dalam politik negara ini dan ia terlihat bukan lagi sesuatu yang rahsia bagi PH.Apa sebenarnya gerakan yang sedang dilakukan oleh Hishammuddin?Kepada siapa beliau mengajukan idea penubuhan kerajaan itu, siapa dalam PH yang memberi restu dan sedia menyokong beliau?Siapa pula dalam UMNO yang sanggup bersama-sama beliau dalam gerakan tersebut?Apa matlamat Hishammuddin melakukan gerakan itu – dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri di masa depan?Memandangkan perkara ini bukan lagi rahsia, malah sudah diperkatakan di dalam Parlimen, Hishammuddin sekarang tidak ada pilihan lain selain perlu berani berterus-terang menjelaskan segala-galanya kepada umum mengenai apa yang disebut oleh Anwar dan Majlis Presiden PH mengenai dirinya itu.Hishammuddin juga harus menjelaskan beberapa perkara lain yang sejak kebelakangan ini menjadi bualan umum, khususnya dalam UMNO berkaitan dirinya yang antaranya ialah:-⁃ Benarkah beliau telah mengumpul tandatangan dan akuan bersumpah yang melibatkan beberapa Ahli Parlimen UMNO bagi tujuan menggagalkan peralihan kuasa kepada Anwar?⁃ Benarkah beliau cuba mengkhianati UMNO dengan pernah berjanji untuk membawa sejumlah Ahli Parlimen UMNO menyokong kepimpinan Tun Mahathir menolak Anwar?⁃ Benarkah pembubaran UMNO Sabah di mana mereka kemudian beramai-ramai menyertai Bersatu adalah usaha yang didalangi olehnya?⁃ Benarkah ada sejumlah bayaran bulanan diberikan olehnya kepada beberapa Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen UMNO untuk tujuan kepentingan gerakan yang sedang dirancangnya, sekaligus melumpuhkan parti?⁃ Benarkah hasrat mahu menjadi Setiausaha Agung BN adalah untuk memudahkan lagi akses berjumpa Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen UMNO bagi kepentingan gerakan yang sedang dirancangnya?Semua persoalan-persoalan ini memerlukan jawapan berani daripada Hishammuddin, cucu kepada Datuk Onn Jaafar dan anak kepada Hussein Onn, dua tokoh yang sebenarnya terbukti lebih berani dengan meninggalkan UMNO dan tidak menyertai UMNO Baru, lalu akhirnya meninggal dunia di luar parti, sebaik menyedari parti itu tidak lagi sesuai dengan jiwa mereka.Tetapi, ke arah mana perjuangan Hishammuddin bersama UMNO ketika ini? (ShahbudinHusin 16/10/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/kenapa-hishamuddin-cuba-halang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 328 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menggesa parti itu menjalankan siasatan sekiranya wujud komplot dalaman bagi menghalang proses peralihan kuasa Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat usaha belakang tabir untuk ...
Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 209 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pelan peralihan kuasa perdana menteri akan berjalan dengan lancar Keyakinan itu disuarakan calon perdana menteri yang dinamakan Pakatan Harapan itu ketika isu jawatan itu hangat dengan ura ura a...
Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 346 hits
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri Kemudiannya Ketika sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York minggu lalu Dr Mahathir menegaskan beliau ...
Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 219 hits
Pakatan Harapan tidak berganjak daripada keputusan sebelum pilihan raya umum ke 14 berkenaan peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata rancangan peralihan yang dipersetuj...
Memahami Makna Yang Tersurat Dan Tersirat Melalui Peralihan Kuasa

Memahami Makna Yang Tersurat Dan Tersirat Melalui Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 303 hits
Dari masa ke semasa topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu di Dewan Rakyat...
Kerajaan Perpaduan Umno Pas Cuba Halang Anwar Pm Ke 8

Kerajaan Perpaduan Umno Pas Cuba Halang Anwar Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 383 hits
Pelbagai berita kononnya terdapat ura ura beberapa parti komponen Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan Umno dan Pas adalah karut semata mata Gerakan ke arah penyatuan politik Melayu itu dimulai dengan cadangan Timbalan Presiden Umno Moha...
Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 399 hits
Peralihan kuasa Kenyataan terselindung Anwar MP BN cetus lagi tanda tanya Anggota Parlimen BN hari ini berulang kali mengusik Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung ketidaktentuan dalam soal beliau menjadi perdana menteri menggantikan Dr Maha...
Kpm Digesa Bertindak Isu Quot Tulis Semula Al Quran Quot Dan Quot Islam Tak Halang Homoseksual Quot

Kpm Digesa Bertindak Isu Quot Tulis Semula Al Quran Quot Dan Quot Islam Tak Halang Homoseksual Quot

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 256 hits
SHAH ALAM Presiden Peguam Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran k...
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Roti John Air Tangan Anak Anak

Maksud Bailout

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar