Memahami Bacaan Tekanan Darah Panduan Dan Petua Mengukurnya


Apa Itu Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)?Hipertensi adalah tekanan darah tinggi , di mana tekanan darah anda lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah kita berubah dalam sehari bergantung kepada aktiviti harian kita. Walau bagaimanapun, mempunyai tekanan darah tinggi boleh menjadi tanda sesuatu yang tidak menyenangkan: tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh membawa kepada risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi seperti serangan jantung atau strok. Di Malaysia, 3 daripada 10 orang dewasa berumur 18 tahun ke atas disahkan menghidap hipertensi. Ini boleh dicegah jika lebih ramai rakyat Malaysia menyedari bacaan tekanan darah optimum mereka.
Tekanan darah ialah “tekanan darah menolak dinding arteri”. Ianya diukur dalam unit milimeter merkuri (mmHg). Tekanan darah yang normal seseorang individu biasanya mempunyai bacaan kurang daripada 120/80 mmHg.
Ringkasan Bacaan Tekanan DarahSekiranya anda tidak biasa dengan maksud disebalik tekanan darah anda, perimeter ringkas ini boleh membantu anda untuk memahaminya dengan pantas.
Katakan anda mempunyai bacaan 120/80 mmHg. Nombor pertama adalah tekanan darah sistolik yang mengukur tekanan di dalam salur darah setiap kali jantung anda berdegup. Nombor kedua pula mewakili tekanan darah diastolik iaitu tekanan di dalam arteri apabila jantung berehat di antara satu degupan ke degupan yang seterusnya.
Sebab mengapa unit mmHg digunakan adalah kerana merkuri telah digunakan di dalam tolok tekanan pertama yang memberikan bacaan yang tepat, dan sudah dicipta bertahun-tahun dahulu.
Kategori Tekanan DarahSeperti yang dinyatakan sebelum ini, tekanan darah normal adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Apa-apa perubahan besar kepada jumlah ini boleh menjadi tanda hipertensi atau bahkan hipotensi, yang bertentangan dengan hipertensi (tekanan darah rendah). Ia adalah penting untuk mempunyai tekanan darah anda diambil secara konsisten. Sesetengah pakar mencadangkan agar ia diperiksa setiap 3 hingga 6 bulan; Jika tekanan darah anda lebih tinggi daripada biasa, periksa setiap bulan, jika boleh.
Pertimbangkan jadual berikut yang disesuaikan dari Persatuan Jantung Amerika:

Tekanan Darah Meningkat merupakan peringkat sederhana yang datang dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan hipertensi. Pada tahap ini, anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda atau mendapatkan cadangan perubatan bagi mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko mendapat hipertensi.
Hipertensi Tahap 1 ini boleh membawa anda lebih dekat kepada hipertensi. Sementara ianya dipanggil hipertensi tahap 1, diagnosis hipertensi sebenar adalah berdasarkan purata bacaan tekanan darah dalam tempoh tertentu. Hipertensi Tahap 2 berlaku apabila anda mempunyai hipertensi sebenar dengan bacaan melebihi 140/90 mmHg. Disebabkan terdapat risiko yang lebih tinggi untuk anda mendapatkan/mempunyai penyakit berkaitan jantung, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mengambil ubat darah tinggi bagi meletakkan tekanan darah di bawah kawalan. Perubahan gaya hidup juga diperlukan pada tahap ini bagi mengekalkan tekanan darah pada tahah normal.
Tahap hipertensi diatas itu sendiri merupakan kondisi yang serius. Oleh itu, jika bacaan tekanan darah anda melebihi 140/90 mmHg, keadaan ini dipanggil krisis hipertensi. Sekiranya anda mendapati diri anda (atau insan yang anda sayangi) mengalami gejala bantuan perubatan dengan segera.
Setiap individu adalah berbeza, dan orang tersayang disekeliling anda mempunyai keperluan penjagaan yang unik. Mendapatkan penjaga profesional untuk mereka bukan sahaja menggalakkan interaksi; malahan ianya boleh memberi mereka sokongan emosi yang diperlukan.
Baca juga:-

1.Apa Itu Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)?2.Ringkasan Bacaan Tekanan Darah3.Memantau di Rumah4.Tekanan Darah Rendah5.Perkara yang Patut & Tidak Patut dilakukan semasa Pemantauan6.Menguruskan Tekanan DarahMemantau di Rumah
Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, anda boleh mempertimbangkan pilihan untuk membeli peranti perubatan bagi membaca tekanan darah di rumah. Walaubagimanapun, sebelum anda mencari peranti ini di Shopee atau Lazada dengan teruja sekali, anda perlu mengambil kira beberapa poin penting di bawah:
Dapatkan peranti yang diperakui secara klinikal yang mudah digunakanSebagai alternatif, dapatkan cadangan daripada doktor berkenaan pilihan peranti yang lebih ideal untuk dibeliPertimbangkan ciri-ciri peranti seperti saiz, paparan serta kos keseluruhanBeli daripada farmasi atau kedai perubatan bagi memudahkan anda melihat peranti dengan sendiri selain boleh meminta nasihat serta cadangan daripada staf di situSebelum menggunakannya, minta tolong doktor untuk mengesahkan ketepatan bacaan dan membantu anda dengan aspek-aspek lain yang mungkin tidak anda ketahuiAnda disarankan untuk membeli peranti tekanan darah automatik dengan bacaan digital. Monitor automatik ini akan memudahkan proses mengukur dan memastikan anda mendapat bacaan yang tepat dengan usaha minima. Monitor ini datang dengan manset lengan. Anda perlu memastikan manset ini dibalutkan dengan rapi disekeliling lengan bagi mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat.
Anda juga boleh membeli monitor pergelangan tangan, tetapi, secara umumnya, monitor dengan manset adalah disyorkan kerana bacaannya yang lebih tepat. Anda juga boleh berunding dengan doktor untuk mendapatkan cadangan beliau. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke laman web validateBP bagi mendapatkan monitor tekanan darah yang diiktiraf dan memenuhi kriteria American Medical Association.
Selain memudahkan, memeriksa tekanan darah secara berkala di rumah juga membantu penjaga profesional anda gambaran penuh mengenai tekanan darah harian anda dan bagaimana gaya hidup anda mempengaruhinya. Dengan kewujudan pandemik COVID-19, anda disarankan untuk duduk di rumah dan kekal berhubung dengan doktor anda melalui telefon atau panggilan video, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan mereka secara bersemuka.
Sebab tambahan untuk memeriksa tekanan darah anda di rumah adalah disebabkan oleh fenomena yang dipanggil "kesan kot putih." Mengikut kesan ini, tekanan mengambil tekanan darah anda di klinik atau hospital sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah anda, yang kemudiannya membawa kepada bacaan yang tidak tepat. Anda mungkin mempunyai kebimbangan apabila mendapat pemeriksaan perubatan, dan itu secara tidak sengaja akan membawa kepada peningkatan ringkas dalam tekanan darah anda.
Kesan ini juga boleh berlaku di dalam situasi yang lain, terutamanya di saat anda berasa tertekan. 
Memantau tekanan darah di rumah juga memberikan anda peluang untuk mengawal hidup anda. Dengan melihat bacaan anda secara langsung dan bagaimana anda memastikan tekanan darah anda sentiasa terkawal, anda akan merasa bangga kerana berjaya mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Anda juga mungkin akan berasa lebih bermotivasi untuk melakukan lebih banyak perkara bermanfaat bagi meningkatkan tahap kesihatan anda secara menyeluruh.
Tekanan Darah RendahTekanan darah rendah ataupun hipotensi merupakan kondisi yang bertentangan dengan hipertensi: tekanan darah anda lebih rendah berbanding bacaan normal. Secara umumnya, keadaan ini boleh didefinisikan dengan bacaan 90/60 mmHg. Sama seperti hipertensi, hipotensi boleh menjadi petanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lain.
Jika anda mempunyai hipotensi, anda juga berkemungkinan mendapatkan gejala-gejala di bawah:
Pening kepalaPenglihatan yang kaburLoya, keletihanTidak fokusPengsanTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan darah rendah:
DehidrasiMasalah jantung (kadar degupan jantung yang tidak sekata)Penurunan jumlah darah (berpunca daripada kehilangan darah)Kesan sampingan ubat-ubatanKehamilanTekanan emosi yang ketaraPastikan anda memeriksa bacaan anda dan mengambil bacaan ulangan untuk mengesahkan ketepatan bacaan. Bacaan yang lebih rendah tidaklah perlu menjadi punca kerisauan. Namun begitu, jika bacaan anda adalah konsisten di bawah 90/60 mmHg, dan anda turut mengalami gejala hipotensi hubungi doktor anda bagi mendapatkan pemeriksaan segera. Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan yang diketahui mampu menyebabkan penurunan tekanan darah, beritahu doktor yang merawat anda (secara idealnya, anda perlu memberitahu perkara ini pada peringkat awal lagi).
Perkara yang Patut & Tidak Patut dilakukan semasa PemantauanBerikut merupakan beberapa perkara yang perlu diingatkan sebelum, semasa dan selepas mengambil tekanan darah:
Elakkan merokok,meminum alkohol, mengambil ubat atau melakukan aktiviti fizikal yang berat 30 minit sebelum anda mengambil bacaan tekanan darah. Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bacaan yang tidak tepat.Pastikan pundi kencing anda sudah dikosongkan sebelum anda mula mengambil tekanan darah.Cuba ukur tekanan darah anda pada masa yang konsisten sepanjang haribagi mendapatkan bacaan yang konsisten.Letakkan manset lengan disekeiling lengan tanpa apa-apa pelapik (lengan baju).Duduk dengan tegak dan pastikan belakang anda disokong dengan baik, kaki anda jejak ke lantai dan lengan anda berada pada paras jantung.Jangan ambil bacaan dengan segera. Tetapkan 5 minit pertama sebagai tempoh bertenang sebelum anda memulakan pemeriksaan.Elakkan bercakap atau berjalan-jalan semasa mengambil bacaan. Tarik nafas dan lepaskan secara perlahan-lahan pada selingan masa yang tetap.Ambil bacaan ulangan selepas satu hingga selang tiga minit.Tuliskan bacaan di dalam jurnal; pastikan anda turut merekodkan masa bacaan diambil.Bawa jurnal anda apabila anda berjumpa doktor; begitu juga dengan monitor tekanan darah bagi semakan berkala untuk mengesahkan ketepatan bacaan yang diambil.Menguruskan Tekanan DarahAnda perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi memastikan tekanan darah anda dan orang yang anda sayang adalah terkawal. Senaman berkala, diet yang sihat dan seimbang, berhenti daripada merokok serta mengurangkan pengambilan alkohol boleh mengekalkan tekanan darah normal dan membolehkan anda untuk hidup sihat tanpa kerisauan.
Jika anda berasa sukar untuk menguruskan tekanan darah anda dan insan tersayang, atau sekiranya anda merasakan anda memerlukan sokongan bagi mengurus akitiviti harian, anda bolehlah berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang berguna. Kumpulan sokongan juga merupakan idea yang baik untuk membantu anda mendapatkan bantuan serta panduan daripada individu-individu yang mengalami masalah sama seperti anda dan selain membolehkan anda membina perhubungan dan menyokong satu sama lain. Anda boleh juga menghubungi penasihat penjagaan serta pakar penjagaan Homage di talian 016 299 2188 untuk penjagaan peribadi, sama ada untuk diri anda sendiri atau mereka yang tersayang.
Adakah anda mencari penjaga terbaik untuk anda dan insan tersayang?Homage menyediakan servis penjagaan profesional untuk orang yang anda sayangi pada setiap peringkat. Penjaga terlatih kami bersedia  menemani, mengasuh, menjaga insan tersayang anda pada waktu malam serta memberikan terapi di rumah untuk memastikan mereka sentiasa aktif dan tidak berasa sunyi.
Sumber: HomAge


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/memahami-bacaan-tekanan-darah-panduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Pemula Dalam Slot Online Memahami Dasar Dasarnya

Panduan Pemula Dalam Slot Online Memahami Dasar Dasarnya

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 226 hits
telah menjadi salah satu bentuk perjudian paling populer di dunia digital Permainan ini menawarkan kesenangan keseruan dan kesempatan untuk meraih kemenangan yang menguntungkan Bagi pemula yang ingin memulai petualangan mereka dalam slot on...
Panduan Menanam Pokok Ros Petua Dan Penjagaan Yang Berkesan

Panduan Menanam Pokok Ros Petua Dan Penjagaan Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 369 hits
Selamat datang ke Taman Bunga Jika anda seorang peminat bunga pasti anda ingin menanam pokok ros yang indah Dalam artikel ini kami akan memberikan panduan yang lengkap tentang cara menanam pokok ros petua yang berkesan dan langkah langkah p...
Etika Pakaian Penjawat Awam Telah Ada Dalam Garis Panduan Kkm Soal Lain Tak Ada Idea Kah

Etika Pakaian Penjawat Awam Telah Ada Dalam Garis Panduan Kkm Soal Lain Tak Ada Idea Kah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 220 hits
MUZAMAL MUSKementerian kesihatan telah punyai garispanduan dan etika pemakaian jururawat yang tidak bercanggah dengan budaya profesionalisme apatahlagi sebagai seorang Muslim yang tiada sekatan untuk berpakaian menutup aurat serta sopan Jik...
Spi Bil 9 2023 Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah Kpm

Spi Bil 9 2023 Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah Kpm

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 267 hits
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan SPI Bilangan 9 Tahun 2023 bertujuan memaklumkan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah di bawah tanggungjawabnya Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12 Tahun 2023 bertarikh...
Panduan Lengkap Menanam Jagung Di Malaysia

Panduan Lengkap Menanam Jagung Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 388 hits
Jagung adalah salah satu tanaman yang penting di Malaysia kerana ia merupakan bahan utama dalam makanan ternakan Namun pengeluaran jagung tempatan tidak dapat menampung permintaan industri ternakan yang semakin meningkat terutamanya ruminan...
Sistem Sahsiah Diri Murid Kkm Panduan Dan Log Masuk

Sistem Sahsiah Diri Murid Kkm Panduan Dan Log Masuk

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 304 hits
Sistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM merupakan sebuah portal atau sistem yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurus dan merekod sahsiah dan disiplin para pelajar di sekolah Sistem ini mementingkan Amalan Bai...
Bagaimana Untuk Memulihkan Pokok Yang Terlebih Baja 7 Petua Pakar

Bagaimana Untuk Memulihkan Pokok Yang Terlebih Baja 7 Petua Pakar

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 490 hits
Anda mungkin berfikir bahawa memberi baja kepada pokok anda adalah perkara yang baik tetapi terlalu banyak baja boleh menyebabkan masalah yang serius Pokok yang terlebih baja boleh mengalami kerosakan akar kekuningan daun kekurangan bunga d...
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 314 hits
Panduan Solat Jamak Dan Qasar Kelebihan Buat Musafir Islam itu indah dan mudah tidak pernah menyusahkan dan membebankan buat umat Islam dalam banyak perkara termasuk dalam bab solat yang menjadi kewajipan untuk ditunaikan Solat Jamak dan Qa...
Panduan Lengkap Penanaman Kelapa Pandan

Panduan Lengkap Penanaman Kelapa Pandan

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 533 hits
Kelapa pandan adalah sejenis kelapa yang mempunyai bau harum yang menyerupai daun pandan Kelapa pandan juga mempunyai air kelapa yang manis dan segar serta daging kelapa yang lembut dan berkhasiat Kelapa pandan boleh dijadikan minuman santa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba