Melombong Emas Di Belakang Rumah Beli Kenderaan Tunai



Mampu beli kenderaan secara tunai. 
Itu antara kesan lonjakan ekonomi yang dialami penduduk di daerah ini berikutan pe­nemuan emas di kawasan tanah milik mereka

Tinjauan Kosmo! mendapati, selain kenderaan baharu, penduduk kampung juga memiliki jengkaut yang dikatakan dibeli sendiri bagi memudahkan kerja-kerja melombong emas di tanah mereka

Difahamkan, selain mampu meningkatkan pendapatan, ke­wujudan emas di kawasan tersebut turut menyebabkan berlakunya kes perebutan tanah dalam kalangan adik-beradik sehingga tanah milik mereka terpaksa dijual

Di sebalik ketenangan beberapa buah kampung di daerah Kechau, Lipis, Pahang yang mempunyai keluasan 77,000 hektar di sini, siapa sangka kandungan perut bumi­nya dilimpahi dengan emas mentah sekali gus mengubah taraf hidup kira-kira 5,000 penduduk di situ sejak turun temurun

Kewujudan emas yang bertimbun di kawasan itu boleh digambarkan seolah-olah penduduk tinggal dan hidup dengan logam berharga tersebut kerana ia didakwa berada di bawah, depan dan belakang rumah mereka

Oleh kerana banyaknya emas, ada penduduk yang memperoleh sehingga tujuh kilogram (kg) ketika melombong di kawasan seluas 0.4 hektar dan lebih menakjubkan apabila ada yang mendapat sehingga 2kg logam berharga itu dengan sekali sauk menggunakan jengkaut di permukaan tanah

Keadaan itu menyebabkan rata-rata penduduk mahir mendulang dan melombong emas

Antara kampung di Mukim Kechau yang dikenal pasti terdapat aktiviti melombong emas ialah Kampung Dada Kering, Kampung Petola, Kampung Pagar Sasak, Kampung Sungai Mun, Kampung Dusun dan Kampung Melaka

Kosmo! yang membuat tinjauan di daerah itu mendapati, beberapa buah kampung di situ mempunyai lubang besar seperti kolam yang digali di belakang rumah



Terdapat banyak jengkaut yang diletakkan di kawasan rumah kerana mereka terpaksa menghentikan sementara operasi mengorek tanah bagi me­nunggu permohonan lesen perlombongan kecil diluluskan

Penghulu Mukim Kechau, Mohd. Hafiz Jalaluddin berkata, sejak bertugas di situ pada 2018, dia melihat penduduk giat melombong emas

” Mereka pada mulanya beker­ja dengan tauke besar sebelum mengusahakannya sendiri selepas mempunyai kemahiran dan modal

” Emas memang banyak yang mana boleh mencecah sehingga 7kg di kawasan seluas setengah ekar (0.4 hektar) dan ada yang pernah mendapat dua kilogram hanya sekali sauk, itu pun penggalian permukaan menggunakan jengkaut sahaja,” katanya

Tambahnya, aktiviti melombong emas di situ dimulakan oleh pelombong Cina hujung tahun 1800 sebelum aktiviti mendulang di kawasan sungai dilakukan penduduk kampung zaman berzaman

Menurut Mohd. Hafiz, keba­nyakan emas dilombong di kawasan tanah pamah dan ia dijual pada harga antara RM230 hingga RM260 segram selepas diproses menggunakan palong. Modal minimum untuk melombong dan memproses emas ialah RM50,000

Sementara itu, Ketua Kampung Dada Kering, Mat Isa Mat Lia, 65, berkata, dia masih ingat ketika mengikut ibu bapanya mendulang emas di sungai ketika dia masih muda

” Kawasan ini memang banyak emas. Sekarang saya hanya mendulang emas di belakang rumah secara kecil-kecilan kerana perlu mohon permit untuk melombong

” Sekarang, banyak kawasan tanah pamah milik penduduk telah digali. Setakat ini, 10 penduduk telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen melombong emas dan kami berharap ia diberi kelulusan se­gera,” katanya

Tambahnya, antara kawasan perlombongan yang terkenal di kampung itu adalah di kawasan pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang kini telah ditambak

Menurut Mat Isa, nama Kampung Dada Kering diambil sempena dengan perlombongan emas yang dijalankan di situ sejak lebih 100 tahun lalu

” Dahulu di kampung ini pelombong Cina mencari emas dan lepas itu baru masuk orang Melayu termasuk datuk saya

” Masa itu emas sudah habis, ha­nya tinggal kawasan lapang menyebabkan orang kampung kata tinggal dada sahaja, emas dah kering, jadilah Kampung Dada Kering,” ujarnya

Sumber Harian Metro




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://u-ohgosip.blogspot.com/2021/02/melombomg-emas-di-belakang-rumah-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Beli Emas Rm2 5k Berkat Menabung Rm1 Dari Awal Tahun Akhir Tahun Total Rm3k

Dapat Beli Emas Rm2 5k Berkat Menabung Rm1 Dari Awal Tahun Akhir Tahun Total Rm3k

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 356 hits
Emas sememangnya kegilaan para wanita kerana warnanya yang cantik dan nilai yang tinggi menjadikan ianya aksesori yang tak lapuk dek zaman Emas juga dikira sebagai harta kecemasan kerana masih mempunyai nilai yang tinggi walaupun digadai ta...
Sangat Penting Beli Insurans Tambahan Untuk Cermin Depan Kenderaan Bahagian 1

Sangat Penting Beli Insurans Tambahan Untuk Cermin Depan Kenderaan Bahagian 1

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 238 hits
Sebagai pemilik kenderaan pasti tidak boleh lari dari masalah cermin retak dibahagian hadapan kenderaan adakala terkena batu kecil dari lori pasir dan adakala tidak tahu datang dari mana batu kecil tersebut Disebabkan isu ini sering terjadi...
Rumah Sendiri Sewa Atau Beli Jangan Buat Kesilapan Ini

Rumah Sendiri Sewa Atau Beli Jangan Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 627 hits
Rumah pertama yang anda bakal beli nanti apa yang anda akan buat Tokwan bagi pilihan yang paling popular di Malaysia Beli dan duduk sendiri Beli dan sewa Tokwan terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor Beli...
Baru Beli Kereta Cash Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

Baru Beli Kereta Cash Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 511 hits
KUANTAN Nama Mukim Kechau Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77 000 hektar itu mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kec...
Wow Bantu Rm500 Dibalas Rm30 000 Wanita Teruk Kena Prank Sebelum Terima Hadiah Emas Wang Tunai Daripada Bff

Wow Bantu Rm500 Dibalas Rm30 000 Wanita Teruk Kena Prank Sebelum Terima Hadiah Emas Wang Tunai Daripada Bff

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 334 hits
Bantu RM500 dibalas RM30 000 Wanita teruk kena prank sebelum terima hadiah emas wang tunai daripada BFF Saya sengaja main emosi dia Cekyana tidak kisah berhabis demi membuat kejutan kepada sahabat baiknya Cikzaza SAHABAT sejati ibarat perma...
Exco Beli Tanah Wakafkan Kepada Asnaf Bina Rumah

Exco Beli Tanah Wakafkan Kepada Asnaf Bina Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh WAT KAMAL ABAS RAZMAN Zakaria meninjau tanah yang dibelinya untuk diberikan kepada asnaf untuk membina rumah di Kampung Alor Singa Bagan Serai hari ini UTUSAN WAT KAMAL ABASBAGAN SERAI Beli tanah dan mewakafkannya kepada golongan asnaf...
Ikut 30 Nasihat Power Ini Sebelum Beli Rumah Low Cost Harith

Ikut 30 Nasihat Power Ini Sebelum Beli Rumah Low Cost Harith

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 206 hits
Ramai yang ingat nak beli rumah low cost satu kerja yang mudah Tok tak suka nak hampakan korang Tapi kalau korang tergolong sebagai salah seorang dengan anggapan seperti dalam ayat pertama tadi maaf Tak semua orang layak untuk beli rumah lo...
Bi Resmi Terbitkan Aturan Dp Nol Persen Untuk Beli Rumah Dan Kendaraan Bermotor

Bi Resmi Terbitkan Aturan Dp Nol Persen Untuk Beli Rumah Dan Kendaraan Bermotor

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 244 hits
Penyesuaian kebijakan dilakukan dengan mempertimbangkan kondisi perekonomian serta tetap memperhatikan prinsip kehati hatian dan manajemen risiko ujar Direktur Eksekutif Departemen Komunikasi Bank Indonesia Erwin Haryono
Henti Melombong Emas Jika Tiada Lesen Mb Pahang

Henti Melombong Emas Jika Tiada Lesen Mb Pahang

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 195 hits
BernamaWAN ROSDY Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri perlu menghentikan aktiviti tersebut Bernama KUANTAN Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik send...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega