Henti Melombong Emas Jika Tiada Lesen Mb Pahang


Bernama
WAN ROSDY: Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut. -Bernama KUANTAN: Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut kerana perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
 Beliau berkata, semua kegiatan perlombongan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri, dengan mereka yang berhasrat melakukan aktiviti itu perlu membuat permohonan kepada agensi berkaitan, sebelum memperoleh kelulusan, jika pemohon memenuhi syarat ditetapkan
 Bagi memastikan aktiviti perlombongan berjalan lancar, teratur dan mematuhi undang-undang, Wan Rosdy memaklumkan kerajaan negeri telah mempertimbangkan cadangan melaksanakan Skim Pelombong Kecil (SPK), khusus bagi aktiviti yang melibatkan kawasan seluas 4.05 hektar ke bawah
  "SPK yang dijangka berkuatkuasa pada Jun, akan diselaraskan oleh Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC), dengan tujuan memudah cara dan membantu penduduk melakukan aktiviti perlombongan secara sah, selain memastikan tiada ketirisan hasil negeri akibat perlombongan haram
 "Antara tanggungjawab PMC ialah mengenal pasti tanah milik individu yang berpotensi di lombong atau pemilik tanah sendiri boleh membuat permohonan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Imunisasi COVID-19 Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, pada Jumaat
 Pada program itu, Wan Rosdy menjadi individu pertama di Pahang yang menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech, diikuti 115 barisan petugas barisan hadapan negeri itu
 Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
 Wan Rosdy mengulas dakwaan penduduk di beberapa kampung di Mukim Kechau, Lipis kira-kira 237 kilometer sini, diibaratkan seperti tinggal di 'perkampungan emas' kerana tanah kawasan rumah mereka dikatakan mempunyai logam tersebut, dalam jumlah yang banyak
 Mengulas lanjut mengenai SPK, Wan Rosdy berkata pelaksanaan skim itu membolehkan aktiviti perlombongan dilakukan secara berkelompok, dengan menggabungkan tanah-tanah milik bersebelahan sekali gus menjadikan kos pengendalian lebih rendah menerusi perkongsian antara pemilik
 "Operasi perlombongan juga akan menjadi lebih teratur menerusi SPK. Bagaimanapun, mereka yang diberi kelulusan perlu terus mematuhi peraturan kerana pemantauan tetap dilaksanakan, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti pencemaran yang akan menyusahkan lebih ramai orang," katanya
 Sebagai contoh, Wan Rosdy berkata sebanyak 16 serbuan dan sitaan telah dijalankan dalam tempoh kurang sebulan, iaitu bermula 3 Feb hingga 24 Feb , dengan 14 kes melibatkan daerah Lipis dan bakinya di Raub, yang menyaksikan 15 jentera, 16 pam air dan masing-masing sebuah enjin air dan generator dirampas
 Ini melibatkan kesalahan di bawah Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001, dengan majoriti kesalahan ialah melombong emas tanpa kelulusan pihak berkuasa negeri, selain ada yang dikatakan menyebabkan pencemaran air.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/henti-melombong-emas-jika-tiada-lesen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Kegiatan Lombong Emas Itu Hak Kerajaan Pahang Mb Pahang Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Penduduk Yang Ingkar

Henti Kegiatan Lombong Emas Itu Hak Kerajaan Pahang Mb Pahang Akan Ambil Tindakan Tegas Jika Ada Penduduk Yang Ingkar

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 361 hits
Henti kegiatan lombong emas itu hak Kerajaan Pahang MB Pahang akan ambil tindakan tegas jika ada penduduk yang ingkarMedia semalam melaporkan ada aktiviti perlombongan emas yang dilakukan oleh penduduk kampung di Daerah Kechau Pahang sehing...
Baru Beli Kereta Cash Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

Baru Beli Kereta Cash Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 591 hits
KUANTAN Nama Mukim Kechau Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77 000 hektar itu mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kec...
Pahang Keluar Arahan Henti Lombong Emas Di Kechau Lipis

Pahang Keluar Arahan Henti Lombong Emas Di Kechau Lipis

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 416 hits
Kuantan Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau Lipis dihentikan serta merta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi leb...
Melombong Emas Di Belakang Rumah Beli Kenderaan Tunai

Melombong Emas Di Belakang Rumah Beli Kenderaan Tunai

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 1259 hits
Mampu beli kenderaan secara tunai Itu antara kesan lonjakan ekonomi yang dialami penduduk di daerah ini berikutan pe nemuan emas di kawasan tanah milik mereka Tinjauan Kosmo mendapati selain kenderaan baharu penduduk kampung juga memiliki j...
Pahang Kini Bertukar Status Kepada Pkpp Bermula Jumaat 5 Mac 2021

Pahang Kini Bertukar Status Kepada Pkpp Bermula Jumaat 5 Mac 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 583 hits
Beberapa hari lepas Menteri Kanan Kesalamatan Dato Ismail Sabri Yaakob mengumumkan status terkini bagi setiap negeri sama ada masih PKP PKPB atau PKPP Dalam pengumuman tersebut Pahang bertukar status daripada PKPB kepada PKPP berkuatkuasa 5...
Senarai Pemain Sri Pahang Fc Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

Senarai Pemain Sri Pahang Fc Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 843 hits
Semalam 4 Mac 2021 secara rasminya pengenalan bagi barisan pemain bagi pasukan bola sepak Sri Pahang FC dan juga pelancaran jersi yang akan digunakan dalam kancah Liga Super untuk musim 2021 Jika dulu Pahang FA kini Sri Pahang FC katanya se...
Dr Juita Wanita Malaysia Pertama Miliki Lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional

Dr Juita Wanita Malaysia Pertama Miliki Lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 289 hits
Kemampuan wanita pada hari ini tidak hanya terbatas dengan tugas tugas hakiki saja Segalanya out of box Seperti Dr Juita ini yang berjaya buktikan kemampuannya di mata umum Dr Juita menjadi wanita Malaysia pertama yang memiliki lesen Jurute...
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Online 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 459 hits
Cara Memohon Biasiswa Yayasan Pahang Untuk makluman anda Yayasan Pahang membuka lagi peluang permohonan biasiswa untuk pelajar sekolah menengah tingkatan 1 dan 4 iaitu Biasiswa Sekolah Menengah Bagaimana caranya untuk buat permohonan Jangan...
Jenis Jenis Lesen Dan Kelas Memandu Kereta Motor Di Malaysia

Jenis Jenis Lesen Dan Kelas Memandu Kereta Motor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 318 hits
Jenis Jenis Lesen Dan Kelas Memandu Kereta Motor Di Malaysia Jenis kelas memandu Malaysia ada tertera di lesen memandu seseorang pengguna Jenis lesen memandu Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta kegunaan kenderaan K...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan