Rumah Sendiri Sewa Atau Beli Jangan Buat Kesilapan Ini


Rumah pertama yang anda bakal beli nanti, apa yang anda akan buat? Tokwan bagi pilihan yang paling popular di Malaysia:
Beli dan duduk sendiri. Beli dan sewa.
Tokwan terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor. Beliau sudah lama melabur dalam hartanah dan sudah berjaya membeli lebih dari sepuluh hartanah walaupun tanpa berpendapatan tinggi. Beliau beritahu ada 1 amalan berfikir yang agak pelik ditanam dalam otak rakyat Malaysia. Khususnya bangsa Melayu.
 
“RUMAH PERTAMA SAYA MESTI LANDED (RUMAH TERES, BANGLO DSB). RUMAH PERTAMA SAYA MESTI DUDUK SENDIRI. BUKAN UNTUK SEWA.”Perkongsian yang boleh tepuk kepala otak bagi sedar.Lebih menarik, Cik Rohaniah Noor ini tidak sekadar berdiam diri dan membisu. Beliau berkongsi sudut pandangnya tentang pembelian rumah landed untuk duduk sendiri.Tokwan yakin perkongsiannya sangat bermanfaat dan boleh tepuk kepala otak orang ramai untuk faham tentang selok belok pengurusan duit, dan pelaburan hartanah pada peringkat paling asas.Rumah landed. Beli duduk sendiri VS sewa?Cik Rohaniah Noor menjelaskan bahawa yang majoriti pembeli rumah pertama biasanya akan membeli rumah yang paling mahal mereka mampu nak beli. Ini adalah satu kesilapan besar kerana :1) Kebanyakan hartanah landed harganya RM550,000 ke atas. Biasanya teres dua tingkat unit tengah. Kategori, subsale a.k.a rumah second hand.2) Manakala kalau beli rumah daripada pihak pemaju, 100% dara, lagi tinggi harganya. Ramai yang suka beli rumah baru sebab mereka geli nak pakai rumah 2nd-hand.4) Jika beli rumah harga RM550,000, modal minimuma perlu ada RM55,000. Ini belum masuk caj-caj peguam dan lain-lain. Untuk pinjaman 90% selama 30 tahun, pada kadar faedah 5%, bayaran bulannya lebih kurang RM2,657.5) Ini bermaksud, kita akan bergadai duit untuk membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,657 selama 30 tahun. Kalau umur kita 30 tahun, umur 60 tahun baru selesai hutang.6) Paling menyedihkan, ia merabakkan duit poket kita sendiri. Sebab kita duduk sendiri di rumah itu. Kos segala bagai, kita yang tanggung.7) Itu baru kos bayar rumah setiap bulan. Belum campur lagi kos kereta, barang dapur, makan, minum, duit belanja ibu dan ayah tercinta, serta lain-lain lagi. Tokwan boleh sahkan stres dan pening kepala akan berlaku setiap bulan.8) Daripada beli untuk duduk sendiri, lebih baik beli dan sewa. Tetapi, ada sedikit cabaran bila masuk bab sewa rumah landed.9) Sewa biasanya jauh lebih rendah dari ansuran bulanan. Sebab biasanya matlamat pembeli rumah landed ini lebih fokus kepada kenaikan harga rumah dari semasa ke semasa. Tapi ada juga beli sekadar suka mahu beli.11 Langkah duduk rumah landed dan dapat tunai RM1,600 sebulan dalam masa 30 tahun.Cik Rohaniah Noor juga berkongsi satu sifir yang dapat membantu kita memahami potensi dan peluang.Strategi asasnya adalah: Sewa sahaja. Jangan beli duduk sendiri.Penerangan spesifik dan contoh yang beliau berikan pula adalah seperti berikut:1) Rumah landed di Bangi Avenue pada masa ini (tahun 2015) berharga RM550,000 hingga RM580,000.2) Jika beli rumah di kawasan ini, bayaran komitmen bulanan kita sekurang-kurangnya RM2,657.3) Tapi nilai sewaan cuma sekitar RM1,200 hingga RM1,400 sebulan sahaja.Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kos komitmen bulanan RM2,657.4) Lebih baik kita sewa sahaja jika mahu duduk di kawasan ini. Lebih jimat berbanding kena bayar komitmen bulanan yang tinggi.5) Apabila kita menyewa rumah, ia tidak masuk dalam CCRIS. Maksudnya, ia tidak mengganggu kelayakan pinjaman kita di masa akan datang.6) Kelayakan pinjaman yang ada boleh digunakan untuk beli rumah yang boleh disewakan a.k.a rumah pelaburan.7) Dengan kelayakan pinjaman RM2,657 sebulan, apa kata beli 2 apartment yang bayaran ansurannya RM1,300 setiap satu. Kemudian sewa apartment itu untuk dapatkan aliran tunai ekstra setiap bulan.8) Sebagai contoh, kita dapat sewa apartment itu dengan harga RM1,600 sebulan, dan kadar maintenance RM150, maka kiraan ringkasnya adalah seperti berikut (baca poin nombor 8).9) RM1,600 (Nilai sewa) – RM150 (Kadar maintenance) – RM1,300 (Ansuran bulanan) = RM150 (Untung bersih daripada 1 apartment).10) Jika ada 2 apartment dengan kadar nilai yang sama seperti di atas, kita dapat aliran tunai bersih sebanyak RM300 sebulan.11) Cukup 30 tahun apabila hutang rumah selesai, wang sewa 100% milik kita(dalam kes apartment tadi, nilainya RM1,600 sebulan). Ini boleh dijadikan sebagai duit persaraan.Jalan sudah ada di depan mata. Pilihan sekarang di tangan kita.Ini adalah pendapat dan nasihat tokwan :1. Pastikan hartanah yang dibeli boleh dipakai atau disewakan : Kalau boleh, pilih hartanah yang boleh disewakan dgn nilai tinggi walaupun anda nak pakai sendiri buat masa ini. Nanti bila korang nak pindah, rumah ni boleh disewakan pada nilai yang melebihi ansuran bulanan dan tidak membebankan korang.2. Ansuran rendah : Untuk rumah sendiri, pastikan ansuran bulanan tak melebihi 20% dari pendapatan bersih korang. Contoh, pendapatan bersih korang RM6000, pastikan ansuran bulanan korang tak melebihi RM1,500 sebulan. Kalau lagi kurang, lagi bagus!3. Kurangkan komitmen bulanan : Kalau ansuran bulanan untuk hartanah tu at least 100% lebih dari sewa, baik korang sewa je lah. Contohnya macam kes Bangi Avenue, sewa cuma RM1,200 tapi ansuran bulanan RM2,657. Tokwan lagi suka menyewa dari beli dalam kes seperti Bangi Avenue. Lagipun, kalau sewa komitmen sewaan takkan masuk dalam CCRIS dan ianya tidak akan dikira.4. Pentingkan pelaburan dulu : Kalau rumah yang korang pakai sendiri mahal dan korang tak dapat apa-apa income/pendapatan dari hartanah tu, potensi pelaburan korang pasti akan terbantut. Sebab bila korang nak cuba nak apply loan lagi, mesti tak lepas sebab komitment peribadi terlampau tinggi. ( Selalu Tokwan tgk orang yang beli hartanah mahal untuk pakai sendiri mesti ada banyak hutang credit card dan personal loan?)5. Pakai rumah kecil dulu : Kalau korang baru je kahwin dan belum dapat anak lagi, duduk rumah 1 bilik pun dah cukup. Kenapa nak pening kepala duduk rumah besar dgn 4-5 bilik padahal korang cuma gunakan rumah untuk tidur dan berehat? Tak perlu membazir tak tentu pasal dan orang yang membazir memang susah nak kaya. Tak percaya, cuba tanya pelabur hartanah terkenal macam Cik Rohaniah atau Faizul Ridzuan jenis rumah apa yang mereke guna sekarang?6. Guna duit orang lain untuk dapatkan rumah idaman : Guna pendapatan sewaan untuk bayaran ansuran/sewa rumah yang dipakai sendiri. Kalau gunakan contoh diatas, kalau korang boleh jana pendapatan bersih sewaan RM1200, korang boleh duduk rumah di Bangi Avenue ni secara percuma!Jadi korang boleh pilih untuk nampak bergaya tetapi sengsara semata-mata nak duduk rumah lawa, atau pilih kesederhanaan dari mula dan melabur secara bijak untuk dapatkan rumah idaman korang yang dibayar oleh orang lain. Dapat rumah best yang FREE! Korang nak kaya atau kekal bergaya-tak-kaya, itu pilihan korang masing-masing.“MANUSIA AKAN TERUS KEKAL BODOH KALAU TAK ADA KEMAHUAN UNTUK BERUBAH WALAUPUN DITUNJUKKAN JALAN. MISKIN ITU ADALAH SATU PILIHAN.”16 pelabur hartanah otai ini suka beli rumah second hand. Kenapa? Soalan ni pasti akan muncul dalam kepala korang yang baru nak mulakan pelaburan hartanah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tokwan.com.my/2017/11/rumah-sendiri-sewa-atau-beli-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galau Mau Beli Atau Sewa Baju Nikah Sebelum Salah Langkah Pertimbangkan Dulu 5 Hal Penting Ini

Galau Mau Beli Atau Sewa Baju Nikah Sebelum Salah Langkah Pertimbangkan Dulu 5 Hal Penting Ini

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 203 hits
Nggak ada yang salah atau benar sih semua tergantung kondisi masing masing Tapi biar nggak salah pilih cek cek dulu deh di sini
Ikut 30 Nasihat Power Ini Sebelum Beli Rumah Low Cost Harith

Ikut 30 Nasihat Power Ini Sebelum Beli Rumah Low Cost Harith

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 239 hits
Ramai yang ingat nak beli rumah low cost satu kerja yang mudah Tok tak suka nak hampakan korang Tapi kalau korang tergolong sebagai salah seorang dengan anggapan seperti dalam ayat pertama tadi maaf Tak semua orang layak untuk beli rumah lo...
Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 209 hits
Melonggarkan tempoh kuarantin hanya selama tiga hari ke atas menteri yang pulang daripada lawatan di luar negara hanya membuka risiko yang lebih bahaya kata Najib Razak Bekas perdana menteri itu berpendapat keputusan terbaru kerajaan Perika...
Tips Memiliki Rumah Atau Aset Hartanah Pada Usia Muda

Tips Memiliki Rumah Atau Aset Hartanah Pada Usia Muda

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 233 hits
Kalau korang nak memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda baca nasihat Tokwan ni sampai habis Tips memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda1 Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta naik motor berkepit selepas nikah indahny...
Antara 5 Artis Yang Sudah Memiliki Rumah Sendiri Diusia Yang Masih Muda

Antara 5 Artis Yang Sudah Memiliki Rumah Sendiri Diusia Yang Masih Muda

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 311 hits
Memiliki rumah sendiri pada usia yang masih muda merupakan impian setiap orang Bukan sahaja artis malahan sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri
Resipi Pepes Ayam Sedap Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Resipi Pepes Ayam Sedap Boleh Buat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 221 hits
Sedapnya Pepes Ayam Kalau makan panas panas memang nikmat Sesuai dijadikan sajian minum petang atau sajian makan malam bagi anda yang tak suka menu berat Pepes ni kalau beli harganya boleh tahan Jadi jom belajar buat sendiri guna resipi per...
Jebakan Di Balik Self Reward Benar Hadiahi Diri Sendiri Atau Hanya Alasan Untuk Pemborosan

Jebakan Di Balik Self Reward Benar Hadiahi Diri Sendiri Atau Hanya Alasan Untuk Pemborosan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 265 hits
Hayooo siapa yang kalau belanja suka bilang Ah nggak apa apa sesekali self reward tapi tahu tahu duit habis
Jangan Ingkar Patuhi Sop Ketat Atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

Jangan Ingkar Patuhi Sop Ketat Atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 198 hits
Pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi adalah bukan berkaitan dengan bantuan tunai tambahan atau moratorium automatik yang diharapkan rakyat tetapi tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk mengetatkan SOP dan kompaun lebih tinggi Ini adal...
Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup

Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 568 hits
Salam to all readers Ubah Suai Sudut Ruang Tamu Rumah Sewa Nampak Hidup PKP 2 kalini aku dan housemate aku duk pulun kemas rumah bagi lawa Memandangkan kami bertiga banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di pejabat Aku kalau masuk off...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti