Melihat Sejarah Malaysia Dari Sudut Berbeza


Tak salah unsur Melayu-Islam lebih ditonjolkan dalam buku teks sejarah, kata sejarawan
PETALING JAYA: Ahli sejarah berpendapat tidak salah jika unsur Melayu dan Islam lebih ditonjolkan berbanding etnik atau kaum lain dalam buku teks sejarah negara kerana pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara Melayu-Islam yang sudah diperakui semua pihak.

Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata semua pihak juga sudah mempersetujui secara bersama dalam kontrak sosial dahulu bahawa simbol Melayu dan proses sosio-budaya Melayu adalah identiti negara.

“Jika etnik lain dikatakan tenggelam dan peratusan Melayu lebih sedikit (dalam laporan sejarah) tidak mengapa kerana kita perlu faham bahawa penduduk dominan negara ini adalah Melayu dan rata-ratanya adalah Islam,” katanya kepada FMT.

Sejarawan Ranjit Singh Malhi dalam kenyataan baru-baru ini berkata, buku teks yang digunakan di sekolah menengah adalah berpusatkan Melayu dan Islam. Selain itu, ia turut menghilangkan fakta-fakta penting berkaitan dengan pembinaan negara sambil menyimpang fakta dan bersifat keterlaluan.

Beliau menjelaskan kebanyakan penulis buku teks itu adalah orang Melayu, dan bermakna para pelajar mempelajari dunia dan sejarah Malaysia dari perspektif etnik tertentu semata-mata.

Katanya, setiap buku sejarah berkenaan mempunyai kurang dari 10 halaman mengenai peradaban India dan Cina dan lebih daripada 20 halaman mengenai peradaban Islam.

Dalam pada itu, Teo berkata, penemuan yang dibangkitkan oleh Ranjit itu adalah perkara biasa yang turut berlaku di negara luar.

“Di mana-mana negara pun apabila sesuatu sejarah itu ditulis, akan ada pihak tidak puas hati dengan cara peristiwa itu ditulis. Masalah dan persoalan ini akan dikaji oleh pakar dalam bidang mengkaji dan menilai sejarah yang sudah ditulis,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini tiada rungutan daripada ibu bapa secara rasmi bahawa sejarah negara diputar-belitkan seperti yang dinyatakan dalam penemuan Ranjit.

“Tidak ada rungutan daripada masyarakat melalui ahli politik atau NGO tertentu. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan penemuan oleh ahli sejarah kita ini (Ranjit),” katanya, dan menambah dakwaan yang dibangkitkan oleh Ranjit itu tidak boleh ditolak oleh Kementerian Pendidikan malah perlu diperhalusi dan diambil tindakan segera jika ia benar.

Bagaimanapun, Wan Ramli Wan Daud dari UKM mendakwa kenyataan Ranjit bahawa buku teks itu gagal menunjukkan kesan peradaban Hindu-Buddha terhadap budaya, bahasa, dan kesusasteraan Melayu ada benarnya.

“Zaman tamadun Melayu Hindu-Buddha ini menjangkau sekurang-kurangnya 1,200 tahun sebelum orang Melayu memeluk agama Islam. Zaman tamadun Melayu-Islam hanya kira-Kira 800 tahun sahaja,” katanya.

Beliau menegaskan sejarah itu adalah fakta yang perlu disampaikan secara telus dan jelas.

“Sejarah ialah peristiwa lepas, tidak dapat ditukar ganti – kita perlu menyatakan yang benar kepada generasi akan datang,” katanya. - freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/melihat-sejarah-malaysia-dari-sudut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

Skmm Dan Cybersecurity Malaysia Akan Siasat Audio Zahid Anwar Jika Dilaporkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 189 hits
ARAU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau CyberSecurity Malaysia masih belum menerima laporan berhubung rakaman audio yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PKR Datuk Ser...
One Vehicle Stolen Every 75 Minutes In Malaysia

One Vehicle Stolen Every 75 Minutes In Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 158 hits
Study shows on average 20 vehicles stolen per day in 2020 KUALA LUMPUR A vehicle is stolen every 75 minutes in Malaysia said Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad coordinator Mas Tina Abdul Hamid She said a study conducted by V...
Bina Semula Malaysia Yang Dihancurkan Penyangak

Bina Semula Malaysia Yang Dihancurkan Penyangak

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 171 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyeru golongan muda untuk bangkit membina semula negara yang dirosakkan oleh golongan pengkhianat dan perompak Bekas Menteri Pertahanan itu berharap anak muda tidak putus asa untuk menuntut sistem dem...
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 213 hits
Perdana Menteri Malaysia ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Menteri Kabinet Malaysia yang akan menerajui kabinet Kerajaan Persekutuan Pengumuman ini amat dinantikan dan sedikit sebanyak memberi kele...
Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia

Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 363 hits
Cendolah Minuman Cendol Sedia Diminum Pertama Di Malaysia Syarikat tempatan berasaskan makanan dan minuman Asia Innovative F B Sdn Bhd tampil dengan pelancaran produk baharu khusus untuk pengemar pencuci mulut Cendolah yang merupakan minuma...
Climate Summit Tuan Ibrahim Twisting Fact On Why Us Snubbed Malaysia

Climate Summit Tuan Ibrahim Twisting Fact On Why Us Snubbed Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 148 hits
MP SPEAKS Environment and Water Minister Tuan Ibrahim Tuan Man said Malaysia was not invited to the Climate Action Summit in the United States because the main objective of the conference is to encourage that collectively contribute 80 perc...
Malaysia Is China S Trusted Partner In Development Says Ambassador

Malaysia Is China S Trusted Partner In Development Says Ambassador

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 159 hits
China regards Malaysia as a trusted partner in development and the strong friendship built between both nations should be further enhanced China s ambassador to Malaysia Ouyang Yujing said today He said Malaysia and China s ties is based on...
Tembikai Termahal Di Dunia Kini Di Malaysia

Tembikai Termahal Di Dunia Kini Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 171 hits
Muskmelon ditanam menggunakan benih muskmelon Arus yang dianggap sebagai tembikai termahal di dunia berasal dari Jepun Jika di Jepun buah buahan premium dianggap mewah termasuk tembikai Yubari dari Sapporo yang pernah dilelong dengan harga ...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas