Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik


Ada kes, ibu bersalin tiba-tiba. Belum sampai waktu, tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi. Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival.
Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus bertindak ketika berhadapan dengan kes begini? Paling penting, ibu harus sentiasa berada dalam keadaan mental dan fizikal yang bersedia.
Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, SALAM Shah Alam Specialist Hospital menerangkan lebih lanjut tentang isu ini.
“Kelahiran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan sudah melewati usia 37 minggu.”
Tambah Dr Azwa, sebaik-baiknya sentiasa bawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital yang berisi kelengkapan bersalin apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin.
RASA BERSALIN DATANG KETIKA MEMANDU ATAU KESEORANGAN
Bagi kes yang melibatkan sakit tiba-tiba ketika memandu di jalan raya atau ketika berseorangan di rumah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memastikan proses kelahiran yang selamat.
Sumber foto: www.freepik.com Sekiranya ibu terbabit sedang memandu, maka dia perlulah berhenti di tempat yang selamat seperti di lorong kecemasan, stesen minyak atau tempat rehat R&R, yang mana terdekat. Minta bantuan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan, diikuti dengan ahli keluarga yang terdekat.a Jika tidak ada orang lain bersama, hubungi 999 sendiri dan ikut arahan paramedik MERS dengan tenang. Paramedik MERS memerlukan maklumat akan lokasi ibu bagi memudahkan bantuan kecemasan disalurkan. Bagi ibu yang berseorangan di rumah, cuba berbaring di atas katil atau permukaan yang rata. Tinggikan kepala dengan bantal. Dengar arahan paramedik MERS dengan teliti. Pastikan ibu menarik nafas yang dalam dan perlahan di antara kontraksi.
TANDA-TANDA KELAHIRAN AMAT DEKAT Ibu perlu tahu tanda-tanda ini supaya boleh mengenal pasti bahawa kelahiran akan berlaku dan tidak sempat untuk ke hospital. Pada kebiasaannya bagi anak pertama, kelahiran akan mengambil masa lebih lama manakala bagi kehamilan anak kedua dan seterusnya akan berlaku lebih cepat.
Sumber foto: www.freepik.com Kontraksi yang kerap iaitu antara dua hingga tiga minit sekali. Gesaan untuk meneran atau rasa ingin buang air besar. Air ketuban keluar dengan banyak secara tiba-tiba. Dapat melihat atau sentuh kepala bayi di kemaluan faraj. 4 KEPERLUAN ASAS PERLU ADA Selain segera mendapatkan bantuan kecemasan, sekiranya masih sempat, sediakan peralatan asas bagi memastikan kelahiran lebih mudah dikendalikan.
Sediakan alas tempat perbaringan seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal. Ini kerana proses kelahiran akan melibatkan pengeluaran lendir dan darah yang banyak dan alas tersebut memudahkan proses membersihkan kelak.
Sumber foto: www.freepik.com Kain cadar, kain selimut, kain batik atau tuala bersih dan kering. Kain lampin untuk menyambut bayi dan kain untuk membalutnya. Air suam yang diletakkan dalam besen yang bersih. Ia diperlukan untuk membuang kekotoran lendir pada bayi dan mencuci tangan. * Sekiranya tiada sebarang kain seperti dinyatakan, kertas atau surat khabar kering boleh digunakan.
JANGAN PANIK, BERTINDAK SEGERA!

Ibu perlulah berkeyakinan diri untuk melalui proses bersalin walau pun terpaksa melakukannya seorang diri atau tanpa sempat ke hospital. Jika kedudukan bayi betul dan sudah berada di bahagian rongga pelvis, kelahiran akan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Walau pun begitu, pastikan faktor kebersihan dititikberatkan untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada ibu dan anak. Ibu perlu mencuci bahagian intim dengan air atau dengan sabun dan air sebelum proses kelahiran.Dalam keadaan cemas begini, suami, ibu atau sesiapa sahaja yang akan menyambut bayi juga perlu bersih.
Ibu tidak perlu meneran bagi kes kelahiran seperti ini. Sebaik-baiknya jangan meneran. Beberapa teknik pernafasan boleh dilakukan seperti menarik nafas yang dalam dan perlahan atau pernafasan “panting”; iaitu bernafas dengan kuat dan cepat.
Pernafasan ini penting bagi mengelakkan ibu meneran dan bayi meluncur keluar dengan sendirinya. Ia juga dapat membantu mengelakkan koyakan pada tisu-tisu lembut, melengahkan masa untuk persiapan dan mengelakkan kecederaan atau bayi terjatuh jika ibu masih belum dalam posisi yang membolehkannya menyambut bayi.
Baca Juga:
“Never Use Word MANDUL.” Belum Hamil Lepas Kahwin Lama, Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!
Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!
APA NAK BUAT BILA BAYI SUDAH KELUAR?
Saat ini ibu atau orang yang menyambut bayi perlulah bersedia untuk mengampu kepala, bahu bayi dan badannya keluar untuk mengelakkan koyakan teruk pada ibu. Berhati-hati semasa menyambut kelahiran kerana bayi selalunya licin. Perhatikan kedudukan tali pusat. Longgarkan untuk mengelakkan ia mencerut leher atau badan bayi. JANGAN POTONG TALI PUSAT UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KUMAN! Lap seluruh badan bayi terutama pada bahagian mulut dan hidung yang mungkin mempunyai lendir dengan kain lembut seperti kain lampin. Sambil mengelap, urut perlahan bahagian belakang bayi dan kaki untuk merangsang bayi menangis supaya dia boleh bernafas dengan baik. Letakkan bayi di dada ibu (atau perut ibu jika tali pusat pendek) secara menangkup atau melekap untuk sentuhan kulit ke kulit. Selimutkan tubuh bayi untuk mengelakkan kesejukan. Sambut uri keluar dan biarkan tali pusat tidak dipotong. Tunggu sehingga paramedik atau bidan  memotongnya menggunakan peralatan yang steril. Dapatkan posisi yang selesa untuk ibu boleh memulakan penyusuan kali pertama. Elakkan ibu sejuk dengan membersihkan ibu dan menukar kain yang basah. Sementara menunggu kehadiran paramedik, duduk bersama ibu dan bayi sepanjang masa bagi memastikan kedua-duanya dalam keadaan baik. Peralatan bayi dan ibu boleh disediakan kerana kemungkinan ibu dan bayi akan ditahan di hospital. Sumber foto: www.freepik.com Dr Nurul Azwa menegaskan bersalin di rumah amat tidak digalakkan tanpa dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih. Ini adalah kerana komplikasi bersalin boleh meragut nyawa ibu dan anak yang dikandung.
Sekiranya sudah hampir dengan tarikh bersalin, anda perlu memastikan yang;
Anda menyimpan nombor telefon klinik atau jururawat berdekatan untuk dihubungi sekiranya berlaku kes sebegini. Pastikan telefon boleh berfungsi sebagai persediaan. Tidak berada keseorangan di rumah atau membuat perjalanan jauh seorang diri apabila kandungan mencecah 37 minggu atau tarikh bersalin semakin hampir. Sumber: Majalah Pa&Ma

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Tiba-Tiba Datang Rasa Nak Bersalin, Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat. Jangan Panik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiba-tiba-datang-rasa-nak-bersalin-doktor-kongsi-apa-patut-ibu-ayah-buat-jangan-panik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Kena Biasakan Ambil Gambar Kalau Anak Sakit Senang Rujuk Pada Doktor

Ibu Ayah Kena Biasakan Ambil Gambar Kalau Anak Sakit Senang Rujuk Pada Doktor

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 181 hits
Setiap kali berjumpa doktor bukan semua dari kita mampu bercerita dengan baik keadaan diri anak ketika dilanda sakit baik demam atau apa jua masalah Cadangan terbaik dari adalah dengan merekodkan setiap masalah sakit yang dihidapi anak Baru...
Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 198 hits
Saat hamil sememangnya bakal ibu akan merasa risau tidak kisahlah sama ada untuk kandungan pertama atau anak yang seterusnya Menanti detik untuk bersalin membuatkan bakal ibu rungsing dan susah hati kerana tertanya tanya bagaimana proses ke...
Benci Kesalahan Jangan Benci Orang Yang Salah Ig Ibu Lesap Aisyah Aziz Kongsi Quote Nasihat

Benci Kesalahan Jangan Benci Orang Yang Salah Ig Ibu Lesap Aisyah Aziz Kongsi Quote Nasihat

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 169 hits
Perkongsiaan Aisyah Aziz baru baru ini telah menarik perhatian ramai selepas dia berkongsikan quote nasihat mengenai pendosa yang diambil daripada ayat tokoh agamawan Imam Shafi i Kongsi 8216 quote 8217 nasihat Dalam petikan yang dimuat nai...
Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Punca Sesak

Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah Jadi Punca Sesak

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 194 hits
Seorang lelaki berkongsi pendapatnya mengenai sikap ibu dan ayah yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap pagi Dalam hantaran tersebut lelaki itu menyenaraikan 8216 aktiviti 8217...
Hiburan Doktor Paksa Lahir Normal Walaupun Bayi Songsang Kepala Tertinggal Dalam Rahim Ibu

Hiburan Doktor Paksa Lahir Normal Walaupun Bayi Songsang Kepala Tertinggal Dalam Rahim Ibu

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 179 hits
Meraung si berusia 38 tahun dibuatnya selepas terpaksa menerima hakikat selepas bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi meninggalkan buat selamanya Paksa bersalin normal Difahamkan sewaktu mahu bersalin si ibu sudah terkena jangkitan dan t...
Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 266 hits
Bila dah masuk bulan Mei ni rasa teruja sangat sangat Setiap hari kita kena hargai dan tunjukkan rasa kasih pada ibu tersayang tapi bulan ni ada satu tarikh istimewa untuk kita semua reward mereka Bermula saat dia mengandung dan melahirkan ...
Adik Beradik Ayah Aku Semua Kategori Kaya Tiap Kali Raya Rumah Aku Diorang Tak Nak Masuk Katanya Panas Dan Berbau

Adik Beradik Ayah Aku Semua Kategori Kaya Tiap Kali Raya Rumah Aku Diorang Tak Nak Masuk Katanya Panas Dan Berbau

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum semua Aku tak tahu orang lain diorang dan adik beradik macam mana mungkin sama dengan aku dan mungkin tidak Aku yakin sangat kita ni yang anak dan adik beradik boleh nampak mak ayah kita macam mana tapi setakat memerhati kal...
Perceraian Ibu Bapa Beri Kesan Pada Anak Jangan Sampai Emosi Mereka Terganggu

Perceraian Ibu Bapa Beri Kesan Pada Anak Jangan Sampai Emosi Mereka Terganggu

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 123 hits
Rumah tangga penyanyi dan suami Datuk Seri Adnan Abu menemui noktah selepas suaminya Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Ikatan perkahwinan pasangan ini terlerai selepas sembilan tahun hi...
Abang Dan Kak Ipar Selalu Lepaskan Beban Jaga Anak Kat Ibu Ayah Bila Ibu Cakap Penat Abg Marah Dan Hina Ibu

Abang Dan Kak Ipar Selalu Lepaskan Beban Jaga Anak Kat Ibu Ayah Bila Ibu Cakap Penat Abg Marah Dan Hina Ibu

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 185 hits
Dari mula perkahwinan ipar saya a k a menantu perempuan keluarga kami tidak hormat pada ibu dan ayah saya Tidak tahu punca apa Sedangkan keluarga kami sangat menyambut kedatangan dia dalam keluarga kami Ibu tak pernah sekali pun menyuruh ip...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut