Melihat Kekecohan Yang Berlaku Apakah Bersatu Masih Mahu Meniru Sistem Pemilihan Pkr




Pemilihan PKR baru saja berakhir dan meskipun kongres parti itu sudah bermula hari ini dan akan berakhir esok, tetapi keputusan penuh masih lagi tidak dapat diumumkan.


Bagi pertandingan jawatan timbalan presiden, yang diketahui hanyalah Azmin Ali dikatakan berjaya menewaskan Rafizi Ramli, namun jumlah perolehan undi yang sebenar belum lagi boleh dimuktamadkan.


Semua kelewatan dan pelbagai masalah lain yang timbul adalah berpunca daripada sistem satu ahli satu undi serta kaedah pengundian secara e-voting yang diperkenalkan oleh PKR dalam sistem pemilihannya pada kali ini.


Selain kaedah itu menyebabkan pemilihan berlangsung dalam tempoh yang agak lama iaitu hampir dua bulan dan menyebabkan ramai keletihan, pengundian secara e-voting yang diperkenalkan juga dilihat telah merosakkan imej parti itu berikutan pelbagai gangguan dan kekecohan yang timbul daripadanya.


Bayangkan, itu baru yang keluar mengundi dalam pemilihan PKR kali  ini hanya kira-kira 140 ribu saja daripada keseluruhan ahlinya yang berjumlah hampir 900 ribu orang.


Bagaimana agaknya jika yang keluar mengundi mencecah sehingga 200 ribu atau 300 ribu ahli?


Disebabkan itu, Anwar Ibrahim yang kini merupakan Presiden PKR dalam reaksi segeranya turut mahu mengkaji semula sistem pemilihan parti itu bagi mengelakkan apa yang berlaku kali ini tidak berulang di masa akan datang.


Bagaimana dengan Bersatu? Masih mahukah mereka meniru kaedah dan sistem pemilihan PKR itu?


Berkaitan dengan pemilihan Bersatu yang dijadualkan pada tahun depan, parti itu sebelum ini dilaporkan mahu meniru kaedah pemilihan yang diamalkan oleh PKR, meskipun sistem sedia ada yang termaktub dalam perlembagaannya adalah berasaskan perwakilan.


Terdapat segelintir golongan dalam Bersatu yang kononnya menjunjung ketelusan, keterbukaan dan mahu amalan demokrasi yang lebih baik telah terghairah untuk meniru sistem PKR bagi dilaksanakan dalam pemilihan parti pada tahun depan nanti.


Tetapi, melihat kepada kekalutan dan pelbagai masalah yang timbul dalam pemilihan PKR baru-baru ini, apakah Bersatu sudah benar-benar sedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi jika terus dengan keghairahan mahu meniru sistem PKR itu?


Sebagai baru parti yang strukturnya belum cukup kemas, malah ramai pemimpinnya di peringkat bahagian dan cawangan adalah muka-muka baru yang tiada pengalaman berpersatuan, kiranya terus mahu meniru sistem PKR itu, sediakah untuk berhadapan dengan kekalutan, gangguan atau kekecohan jika diandaikan yang keluar mengundi, jangankan mencecah ratusan ribu ahli, tetapi sekadar hanya 70 ribu atau 80 ribu sekali pun? (ShahbudinHusin 17/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/melihat-kekecohan-yang-berlaku-apakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tahan Pakar It Disyaki Ceroboh Sistem E Voting Pemilihan Pkr

Polis Tahan Pakar It Disyaki Ceroboh Sistem E Voting Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 441 hits
POLIS dilaporkan telah menahan seorang pakar IT untuk membantu siasatan berhubung serangan siber terhadap sistem e voting di cabang PKR Julau Sarawak Suspek yang berusia 44 tahun dari Subang Jaya Selangor ditangkap oleh pihak polis di lapan...
Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 381 hits
JAWATANKUASA Pemilihan Pusat terpaksa menggantung keputusan pemilihan cabang Julau Sarawak selepas pihak polis merampas 7 tablet yang digunakan untuk mengundi Perkara itu diberitahu oleh ketua jawatankuasa itu Datuk Rashid Din Katanya penan...
Anwar Kecam Tindakan Gopoh Punca Pegawai Pemilihan Pkr Ditahan

Anwar Kecam Tindakan Gopoh Punca Pegawai Pemilihan Pkr Ditahan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 374 hits
MALAYAIAKINI PEMILIHAN PKR Presiden PKR Anwar Ibrahim mengecam tindakan gopoh yang menyebabkan penahanan pegawai pemilihan PKR berhubung dakwaan serangan siber pada pemilihan di Julau semalam Dipercayai seorang pemimpin PKR membuat laporan ...
Amk Desak Sistem Pemilihan Dikaji Semula

Amk Desak Sistem Pemilihan Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 294 hits
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin ketika Kongres Nasional Keadilan ke 13 di Ideal Convention Centre Shah Alam Selangor foto FAREEZ FADZIL SHAH ALAM Angkatan Muda Keadilan menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengkaji ...
Pemilihan Semula Pkr Rafizi Menang Besar Di Pensiangan

Pemilihan Semula Pkr Rafizi Menang Besar Di Pensiangan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 394 hits
KOTA KINABALU Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menang besar mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan semula parti itu bagi cabang Pensiangan hari ini Keputusan tidak ras...
Pkr Walaupun Sistem E Undi Banyak Masalah

Pkr Walaupun Sistem E Undi Banyak Masalah

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 309 hits
Anwar Ibrahim berkata terdapat pelbagai rungutan lebih lebi lagi dalam pemilihan PKR Bahagian Julau di Sarawak Sabtu lalu KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan PKR tidak boleh ditangguhkan walaupun timbul banyak masalah ak...
Pemacu Ini Ada Bukti Gempar Pemilihan Pkr

Pemacu Ini Ada Bukti Gempar Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 313 hits
MALAYSIAKINI Sekumpulan anggota PKR diketuai ketua bahagian Betong Sarawak Vernon Kedit hari ini membuat satu lagi laporan kepada Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuching Mereka tiba di pejabat SPRM pada kira kira 9 15 pagi Bercaka...
Foto Rasuah Gaya Baru Di Pemilihan Pkr Sarawak

Foto Rasuah Gaya Baru Di Pemilihan Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 404 hits
Dakwaan berlaku politik wang timbul ketika pemilihan PKR Lanang semalam selepas sekumpulan anggota parti didakwa menukar resit undi mereka dengan wang di klinik buasir berhampiran pusat pengundian di Sibu Sarawak Sumber PKR mendakwa sekumpu...
Pemilihan Pkr Di Kuala Selangor Lancar

Pemilihan Pkr Di Kuala Selangor Lancar

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 293 hits
Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor diadakan sekali lagi pada hari ini berikutan berlaku sabotaj di Stadium Tertutup Kuala Selangor 28 Oktober lalu
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law