Anwar Kecam Tindakan Gopoh Punca Pegawai Pemilihan Pkr Ditahan


MALAYAIAKINI

   
PEMILIHAN PKR | Presiden PKR Anwar Ibrahim mengecam tindakan "gopoh" yang menyebabkan penahanan pegawai pemilihan PKR berhubung dakwaan "serangan siber" pada pemilihan di Julau, semalam.
Dipercayai seorang pemimpin PKR membuat laporan polis susulan dakwaan yang dibuat calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli bahawa pegawai berkenaan "mengusik" tablet yang digunakan untuk sistem e-undi di Julau.

"Satu lagi contoh kegopohan yang mengenepikan fakta," kata Anwar berhubung penahanan itu dalam mesej teks peribadi kepada pemimpin PKR.

Malaysiakini sudah mendapat pengesahan kesahihan mesej teks berkenaan.

Menurut Anwar, laporan itu membawa kepada penahanan pegawai ibu pejabat PKR oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tambah Anwar, jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) PKR sudah membuat laporan polis sendiri berhubung insiden di Julau itu.

"Kenyataan saya di media sebentar tadi adalah untuk memohon agar pemimpin dan aktivis parti tenang dan menerima keputusan sebaiknya.

"Siasatan boleh diteruskan oleh pihak Ppolis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM))," kata Anwar lagi dalam mesejnya.

Kenyataan yang dimaksudkan Anwar adalah yang dibuat pada sidang media di Port Dickson, seperti dilapor Bernama.

Dalam kenyataan itu, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak boleh masuk campur dalam pemilihan parti.

"Ramai yang minta saya campur tangan, tapi saya tidak boleh. Ini yang tidak difahami, termasuk oleh media.

"Saya tidak boleh masuk campur dalam pemilihan selain memastikan tiada penipuan, ugutan, dan saya menggesa jawatankuasa pemilihan melantik pihak yang benar-benar bersih dan tidah berpihak," katanya dipetik sebagai berkata.

Semalam, Rafizi mendakwa perisian dengan nama 'Prey' dipasang pada tablet e-undi di Julau
merupakan 'malware'.

Susulan itu, JPP menggantung keputusan pemilihan dengan mendakwa berlaku "serangan siber".

Penyandang ketua cabang Julau, Semana Sawang bagaimanapun menafikan dakwaan Rafizi.

Penulis teknologi, Keith Rozario turut menafikan dakwaan yang mengatakan perisian itu sebagai 'malware'.

Berdasarkan semakan di web perisian itu, Prey merupakan perisian antikecurian bagi mengesan peranti yang hilang atau dicuri, namun ia juga boleh digunakan bagi "memadam data" pada peranti berkenaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/anwar-kecam-tindakan-gopoh-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Kecundang Dalam Pemilihan Pkr

Anwar Ibrahim Kecundang Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 891 hits
Rafizi Ramli bakal Menteri Kewangan apabila Anwar Ibrahim menaiki takhta Perdana Menteri nanti KECUNDANG Bermacam usaha dilakukan untuk memastikan Rafizi menang Satu keluarga Anwar berkempen untuk Rafizi sampai ke Julau di Sarawak Siapa san...
Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 451 hits
17 November 2018 Sinar Harian Anwar Ibrahim SHAH ALAM Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama ya...
Pemilihan Pkr Tujuh Ditahan Kerana Merusuh Di Tanjong Karang

Pemilihan Pkr Tujuh Ditahan Kerana Merusuh Di Tanjong Karang

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 286 hits
SHAH ALAM Polis menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kejadian merusuh semasa pemilihan PKR Cabang Tanjong Karang petang semalam kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab Menurutnya kesemua lelaki berusia antara 19...
Azmin Perlu Hormati Proses Pemilihan Anwar

Azmin Perlu Hormati Proses Pemilihan Anwar

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 367 hits
Azmin perlu hormati proses pemilihan AnwarPosted By on November 12 2018Bakal Presiden PKR Anwar Ibrahim mengingatkan Mohamed Azmin Ali supaya menghormati proses pemilihan parti itu Mengulas tindakan timbalan presiden itu yang mengumumkan ba...
Pemilihan Pkr Di Kuala Selangor Lancar

Pemilihan Pkr Di Kuala Selangor Lancar

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 304 hits
Pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor diadakan sekali lagi pada hari ini berikutan berlaku sabotaj di Stadium Tertutup Kuala Selangor 28 Oktober lalu
Pemilihan Pkr 10 Unit Tablet E Undi Cabang Julau Diceroboh Perisian Prey Anti Theft

Pemilihan Pkr 10 Unit Tablet E Undi Cabang Julau Diceroboh Perisian Prey Anti Theft

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 352 hits
JULAU Sepuluh unit tablet e undi yang digunakan untuk pemilihan Parti Keadilan Rakyat cabang Julau didapati telah dipasang perisian Prey Anti Theft Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan di sini ber...
Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 391 hits
JAWATANKUASA Pemilihan Pusat terpaksa menggantung keputusan pemilihan cabang Julau Sarawak selepas pihak polis merampas 7 tablet yang digunakan untuk mengundi Perkara itu diberitahu oleh ketua jawatankuasa itu Datuk Rashid Din Katanya penan...
Polis Tahan Pakar It Disyaki Ceroboh Sistem E Voting Pemilihan Pkr

Polis Tahan Pakar It Disyaki Ceroboh Sistem E Voting Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 459 hits
POLIS dilaporkan telah menahan seorang pakar IT untuk membantu siasatan berhubung serangan siber terhadap sistem e voting di cabang PKR Julau Sarawak Suspek yang berusia 44 tahun dari Subang Jaya Selangor ditangkap oleh pihak polis di lapan...
Pemilihan Semula Pkr Rafizi Menang Besar Di Pensiangan

Pemilihan Semula Pkr Rafizi Menang Besar Di Pensiangan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 405 hits
KOTA KINABALU Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menang besar mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan semula parti itu bagi cabang Pensiangan hari ini Keputusan tidak ras...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

4 Kakitangan Majalah Turki Leman Ditahan Atas Dakwaan Menghina Nabi Muhammad S A W