Pemacu Ini Ada Bukti Gempar Pemilihan Pkr


MALAYSIAKINI


   
Sekumpulan anggota PKR diketuai ketua bahagian Betong Sarawak Vernon Kedit hari ini membuat satu lagi laporan kepada Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching.
Mereka tiba di pejabat SPRM pada kira-kira 9.15 pagi.

Bercakap kepada pemberita di luar bangunan SPRM di Kuching sebelum membuat laporan mereka, Vernon menunjukkan sebatang pemacu pena yang didakwanya mengandungi bukti mengenai dakwaan berlakunya pembelian undi.

"Kami kini mempunyai bukti yang tidak boleh dipertikaikan bahawa perbuatan membeli undi berlaku pada Sabtu 10 Nov di Julau," katanya yang menambah, terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya penipuan dan pelbagai salah laku jenayah.

"Dalam pemacu pena yang kecil ini terkandung bukti yang menggempar dan mengejutkan mengenai berlakunya rasuah secara berleluasa dan terang-terangan di Julau pada 10 Nov," katanya yang menambah, apa yang berlaku adalah amat menjijikkan dan modus operandinya amat memalukan.

Beliau memuji dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk Julau kerana berani untuk tampil ke depan dan mendedahkan amalan-amalan rasuah tersebut yang beliau sifatkan sebagai sesuatu yang amat dibenci dari segi undang-undang dan telah mempersendakan pendirian parti selama ini.

"Oleh sebab itu maka saya berada di sini pagi ini untuk membuat laporan buat kali kedua kepada SPRM dan menyerahkan bukti baharu ini yang merupakan kemuncak kepada rancangan yang telah diatur rapi untuk dengan sengaja memanipulasi proses dan keputusan pemilihan parti," kata Vernon.

Beliau berkata memandangkan kes di Julau itu masih dalam penyiasatan, maka beliau tidak dapat memberi atau mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu selain daripada yang telah disebut dalam kenyataannya.

"Bukti-bukti yang ada adalah kuat dan kami serahkan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Parti PKR berdiri atas prinsip keadilan dan saya berdiri di sini bersama-sama rakan seperjuangan untuk memberi khidmat dengan hanya satu tujuan: iaitu memastian keadilan bukan sahaja dilaksanakan tetapi mestilah dilihat sebagai telah dilaksanakan, dan dilaksanakkan dengan tegas.

"Kami tidak bersedia untuk bertolak ansur dalam perkara ini," tambah beliau.

Pada 10 Nov, kira-kira 1,000 anggota PKR dari Bahagian Julau telah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada pemilihan parti.

"Seperti yang kami dakwa sebelum ini, pendaftaran keanggotaan ramai daripada mereka adalah diragui.

"Beberapa laporan polis telah dibuat oleh anggota-anggota yang mendakwa mereka telah didaftar sebagai anggota parti tanpa pengetahuan atau izin mereka.

"Pelbagai penganalisis bebas juga telah memberikan fakta-fakta yang menyokong dakwaan kami tetapi tiada tindakan diambil oleh badan penyelia parti untuk menyelesaikan masalah itu.

"Sebaliknya, pihak sekretariat parti menyatakan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau penipuan," kata beliau.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/pemacu-ini-ada-bukti-gempar-pemilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Afif Emosi Koyak Koyak Kertas Kem Rafizi Selepas Kalah Pemilihan Pkr

Dr Afif Emosi Koyak Koyak Kertas Kem Rafizi Selepas Kalah Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 699 hits
Calon ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini menggemparkan perwakilan Kongres Tahunan AMK dengan mengoyak cai pasukan lawan Rafizi Ramli Afif calon kem Timbalan Presiden Azmin Ali berbuat demikian dalam acara di Shah Alam di hadapan kir...
Anwar Ibrahim Kecundang Dalam Pemilihan Pkr

Anwar Ibrahim Kecundang Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 905 hits
Rafizi Ramli bakal Menteri Kewangan apabila Anwar Ibrahim menaiki takhta Perdana Menteri nanti KECUNDANG Bermacam usaha dilakukan untuk memastikan Rafizi menang Satu keluarga Anwar berkempen untuk Rafizi sampai ke Julau di Sarawak Siapa san...
Tun M Rombak Kabinet Lepas Pemilihan Pkr

Tun M Rombak Kabinet Lepas Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 233 hits
Lihat sambungan siri ini E Buku IH 121 Kemelut Dalam Senyum Anwar MahathirSINGAPURA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka untuk merombak Kabinet selepas pemilihan PKR yang berakhir hujung minggu lalu Dalam wawancara bersama ahbar ...
Foto Rasuah Gaya Baru Di Pemilihan Pkr Sarawak

Foto Rasuah Gaya Baru Di Pemilihan Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 467 hits
Dakwaan berlaku politik wang timbul ketika pemilihan PKR Lanang semalam selepas sekumpulan anggota parti didakwa menukar resit undi mereka dengan wang di klinik buasir berhampiran pusat pengundian di Sibu Sarawak Sumber PKR mendakwa sekumpu...
Pkr Akan Lantik Juruaudit Bebas Untuk Pemilihan

Pkr Akan Lantik Juruaudit Bebas Untuk Pemilihan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 499 hits
PARTI Keadilan Rakyat dilapor akan melantik juruaudit bebas bagi menilai perjalanan proses dan keputusan pemilihan parti itu kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil Katanya biro politik akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam mesyu...
Pemilihan Perebutan Jawatan Timbalan Presiden Pkr Berakhir Tunku Azizah Terkejut Disekat Rafizi Di Twitter

Pemilihan Perebutan Jawatan Timbalan Presiden Pkr Berakhir Tunku Azizah Terkejut Disekat Rafizi Di Twitter

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 915 hits
Pemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di TwitterPemilihan perebutan jawatan timbalan presiden PKR berakhir Tunku Azizah terkejut disekat Rafizi di Twitter
Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

Kaji Semula Proses Pemilihan Pkr Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 519 hits
17 November 2018 Sinar Harian Anwar Ibrahim SHAH ALAM Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama ya...
Pemilihan Pkr Biduk Berlalu Kiambang Tidak Bertaut

Pemilihan Pkr Biduk Berlalu Kiambang Tidak Bertaut

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 345 hits
Pemilihan PKR Biduk berlalu kiambang tidak bertaut Posted By on November 17 2018Ucapan pertama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan menimbulkan kontroversi Ucapan itu didakwa memasukkan beberapa te...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan