Melayu Palsu


 

Saya didatangi seorang siswa yang bertanya, apakah benar Sultan Mansur Syah dari Kesultanan Melayu Melaka pernah mengahwini seorang puteri milik Sultan Muhammad al-Fatih dari kerajaan Uthmaniyyah di Konstantinopel.
Pertanyaan itu membuatkan saya merenung lama. Jawapan saya kepadanya agak panjang. Saya memberitahunya berjela begini. Ada seorang lelaki yang telah ke medan perang, dia berdepan dengan musuh sebegitu berani.
Sebenarnya kalau ditanya kembali, dia akan mengatakan yang dia tidaklah terlalu berani. Kerana keberanian yang tulen tidak pernah wujud untuk seorang tentera di medan perang, melainkan dia para wali. Dia justeru harus buat-buat percaya yang dia memang pemberani. Dia mengerti, bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain, kerana di medan perang; kalau dia tidak berjaya membunuh, mungkin sahaja dia yang akan dibunuh.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Maka dia perlu berpura-pura berani untuk bertempur. Dalam pergelutan yang penuh heroik itu, dia tercedera. Parah. Apabila dia akhirnya diusung keluar dari medan perang di tengah segala dentum bom, percik api, taburan peluru dan teriak dahsyat yang bersipongang itu; dia hilang ingatan. Koma. Total.
Apabila dia tersedar kembali, apa yang dihadapinya itu sangat memilukan. Lelaki tersebut kehilangan sebelah kakinya. Dalam kegilaan di medan perang, kakinya hancur dilantak bom.
Tidak ada cara lagi untuk kakinya diselamatkan oleh perawat di medan perang yang serba kekurangan. Dia hidup dan mampu jaga kembali itu sendiri sudah satu keajaiban.
Sejak itu lelaki tersebut tempang. Dia masih belum pulih dari trauma perang. Jiwa dan kejiwaannya merana dengan teruk sekali. Dia masih ingat akan sengsara dan ketakutan perang terdahulu. Dia tidak begitu mengingat apa yang berlaku tetapi, kehilangan kaki tersebut sangat membuatnya murung. Fikirannya masih tidak dapat lepas dari kaki sebenar yang telah luluh
lantak.
Setiap kali dia melihat rekod bergambar sosok tubuhnya yang kacak berdiri dengan kaki atau katih yang teguh, dia akan sebak. Kadang dia menangis sendirian. Beberapa bulan terus berlalu sehinggalah dia akhirnya dibantu dengan cara beroleh sebelah kaki palsu. Untuk permulaannya kaki palsu itu amat menderanya. Ini kerana kaki palsu bukanlah kaki sebenar.
Dia tidak biasa menggunakannya. Akan tetapi menerusi beberapa latihan dan terapi, perlahan-lahan dia boleh menerima kaki palsu tersebut. Lama-kelamaan, setelah melalui proses asuhan dan psikologi kepercayaan bahawa kaki palsu tersebut sebaik kaki sebenar, dia semakin yakin.
Dia kini sudah boleh menyarung seluarnya yang terbaik. Dia juga sudah boleh membeli sepatu sepasang.
Dia kini boleh berjalan dengan yakin. Dia sudah beroleh isteri. Malah oleh teknologi yang macam-macam, kaki palsu yang sebelah itu boleh dilentur dan dihenjut semahunya. Dia bahkan sudah boleh berlari menggunakan kaki palsu. Bukan itu sahaja, spring dan hentakan kaki palsu itu amat menakjubkan sehingga sang lelaki veteran perang itu boleh melantun dan memotong larian anak-anak muda yang punya sepasang kaki sebenar.
Dia akan dipuji kerana hebat. Dia disanjung kerana tabah. Dia dipandang berani. Dia juga semakin kuat mempercayai, bahawa kaki palsu itu mampu membawanya ke mana sahaja.
Melayu palsu demikianlah. Oleh trauma penjajahan, kemeranaan oleh hempukan dan kezaliman feudalisme, dan tekanan diskriminasi yang celaka; kita lantas mengalami ketempangan yang lama. Ada sesuatu yang tempang pada tubuh badan kita.
Akan tetapi bukan kakinya. Yang tempang dan cacat ialah minda, atau mungkin lebih tepat memori kita. Sebagai Melayu ada bahagian dari diri kita yang menjadi mangsa perang. Dan perang itu bukan perang fizikal tetapi perang budaya dan psikologi yang telah merebutkan anggota kita yang sihat. Perang itu malah dilancarkan oleh raja-raja kejam ke atas kita. Ia mencacatkan satu komponen yang mustahak.Iaitu memori.
Akan tetapi, masa pun berlalu, seperti lelaki dengan kaki yang tempang sebelah, kita didatangkan bantuan untuk memasangkan kaki palsu. Kita telah diberikan memori palsu. Memori palsu ini sangat sesuai dengan jiwa kita yang baharu. Sebagai seorang Melayu, atau sekelompok Melayu yang sebahagian dirinya kehilangan, kita mempunyai himbauan atau kehendak yang luar biasa dari kebiasaan yang pernah ada.
Kita percaya jika kita menang di medan perang, dan tidak kehilangan sebelah kaki; kita telah menakluk dunia. Kita telah menjaguh. Justeru apabila ada agamawan yang hadir menawarkan himbauan atau angan-angan bahawa kita sebenarnya pernah di medan perang, dan kalaulah kita menang maka tentunya kita berada di atas; tentu sebagai tuan, kita pun mempunyai satu impian.
Seperti lelaki tempang yang mempunyai impian untuk memiliki kaki semula, dia diberikan kaki palsu. Kita Melayu yang mempunyai impian untuk menang perang juga telah diberikan kepalsuan. Kali ini, seperti kaki palsu, kepalsuan itu adalah untuk melengkapkan atau membaiki kecelaan dan kecacatan yang berlaku oleh kecederaan lampau. Kita diberikan memori palsu. Memori atau kenangan palsu inilah yang bergerak menangkap hakikat ketempangan bangsa.
Memori palsu inilah yang mengisi impian Melayu nanar bahawa Sultan Mansur Syah pernah menikahi puteri Uthmaniyyah, padahal baginda mengahwini puteri Cina (Hang Li Po). Memori palsu inilah yang berlegar dalam minda cacat bangsa, kesan dari trauma penjajahan dan henyakan berkali-kali feudalisme. Memori palsu inilah yang memesongkan sejarah. Kerana ia menyediakan angan-angan dan impian.
Memori palsu ini makanya membuatkan Melayu, percaya memori yang palsu itu yang benar. Seperti lelaki yang telah terlupa dia sebenarnya berkaki palsu dan bukan kaki sebenar. Dia boleh berlari laju mengalahkan anak-anak muda dengan kaki sebenar. Maka Melayu dengan memori palsu juga percaya mereka adalah tuan dan jaguh padahal itu semua palsu.
Memori palsu ini datang dalam pelbagai bentuk dan kerangka. Ada memori palsu kononnya, dalam kalangan Melayu pernah ada Nabi. Atau memori palsu, Melayu pernah berjuang bersama Nabi Muhammad di Perang Hunain. Atau memori palsu, Melayu didokong Uthmaniyyah dalam bentuk perkahwinan dan entah apa lagi. Ini kerana impian Melayu ialah khilafah, yakni pemerintahan Islam.
Melayu harus khilafah. Sebab umat Islam pernah kalah pada tahun 1924, kerajaan Islamnya runtuh oleh bentakan sekularisme (antara lain). Melayu ingin menjadi tuan seperti dahulu. Padahal seperti lelaki kehilangan kaki, dia pernah kehilangan. Dia sudah kecacatan. Bahawa yang dipasang pada dirinya itu bukan kebenaran, tetapi kepalsuan. Dia dibuat percaya dan yakin bahawa memori palsu itulah memori yang benar.
Maka atas dasar impian dan percaya pada kepalsuan itu, sejarah pun digulir dan diterbalikkan. Mana-mana yang boleh dikincah dan dipesongkan, maka Melayu akan berasa perlu ia untuk dipalsukan. Ini kerana impian iaitu kembali kepada khilafah mengatasi segala realiti bahawa umat sudah kehilangan dan cacat.
Di atas premis kepalsuan inilah kita menonton filem ‘sejarah” yang palsu. Untuk menghindar kecaman bahawa ia sejarah yang palsu, lekas disemat pesan eh ini kaki palsu (maka ia fiksyen). Di atas premis kepalsuan inilah ada ulama memandai-mandai membohongi umat mengenai hubungan alam Melayu dengan khilafah Uthmaniyyah, Di atas premis kepalsuan inilah ada kumpulan propagandis memakai impian patriot memalsukan macam-macam memori agar boleh dipasang pada minda Melayu.
Semuanya dengan niat untuk melupakan trauma dan ketempangan. Seperti lelaki dengan kaki palsu, yang pada malam hari untuk keselesaan di kala persetubuhan dengan isterinya dia harus menanggalkan sebelah kaki tersebut yang tidak boleh dilipat-lipat; kita juga Melayu kadang-kala dipaksa menanggalkan memori palsu itu apabila ada sejarawan yang berani bertempik mengingatkan eh eh ini bukan sejarah malah ia adalah pemesongan dan memori palsu.
Lelaki itu sedar dia punya kaki palsu. Pada malam hari dia tidak harus lena dengan kaki palsu. Dia harus kadang-kala menanggalkannya. Momen dia seorang diri di tubir katil menanggalkan kakinya yang palsu itu, lelaki itu telah terhimbau trauma sebenar. Bahawa dia memanglah tidak kalah, tetapi dia pernah hilang kaki. Bahawa yang dipakainya hari-hari dengan rasa yakin itu bukan pun kaki betulnya yang telah hancur dimakan bedil.
Kita, yang bergelumang dengan realiti; kaum realis – menanti momen sekejap bila Melayu kelak menyedari dia sebetulnya telah dipasangkan dengan memori palsu – kerana momen sekejap untuk menikmati persetubuhan itu (atau tidur nyenyak) akan lambat laun mengejutkan Melayu. Momen Melayu sedar itu ialah apabila nanti kaum bangsawan dan feudal menghina dan menzalimi mereka dengan landaan balak, pasir dan durian; apabila kelak kaum agamawan merodok, menunggang dari belakang dan menyontot haram Melayu berkali-kali.
Tatkala itu, pada momen sekejap, Melayu akan tahu; memori terpasang dalam ingatan mereka ini bukannya yang betul. Ia rupa-rupanya adalah palsu. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/melayu-palsu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Ada Tarian Singa Pengantin Melayu Buat Majlis Tema Tradisional Cina Buat Netizen Tertarik

Wow Ada Tarian Singa Pengantin Melayu Buat Majlis Tema Tradisional Cina Buat Netizen Tertarik

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 487 hits
Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang amat dinantikan nantikan buat pasangan pengantin kerana di situlah mereka dapat merealisasikan majlis idaman yang sudah diidamkan buat sekian lama Seperti pasangan pengantin Melayu yang berasal ...
Qrtiger Penjana Kod Qr Paling Maju Dengan Logo Tersedia Dalam Bahasa Melayu

Qrtiger Penjana Kod Qr Paling Maju Dengan Logo Tersedia Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 253 hits
QRTIGER salah satu penjana kod QR terkemuka di AS yang dipercayai oleh jenama seperti TikTok Lululemon Sodexo Pepsico L occitane Samsung Disney Universal Studios Hilton Hotels dan banyak lagi mengumumkan pada bulan Mei bahawa ia kini boleh ...
Senarai Lagu Melayu Julai 2022

Senarai Lagu Melayu Julai 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 265 hits
Senarai Lagu Melayu Julai 2022Senarai Lagu Melayu Julai 2022 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Julai 2022 Untuk bulan Julai ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dar...
Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Kini Kembali Selepas 2 Tahun Ditangguhkan

Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Kini Kembali Selepas 2 Tahun Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 282 hits
Sedar tak sedar rupanya tahun ini merupakan tahun ketujuh penganjuran Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Setelah dua tahun penganjurannya terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemic Covid 19 kini PWM2020 kembali semula Pencarian Wanita M...
Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 435 hits
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Dengan kemajuan teknologi untuk mengalih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukanlah perkara yang sukar Segalanya boleh dilakukan secara online tidak seperti dahulu di mana anda perlu menyemak kamu...
Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 426 hits
KAFE PALMIERRA 28 PORT OOTD MENARIK DENGAN SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYUENAK BERBALOI DAN WAJIB SINGGAH Kali ini AlongMurni ingin kongsikan satu lokasi tempat makan yang menarik dan menu yang wajib dicuba Kafe Palmierra 28 yang terletak di ...
37 Individu Direman Kes Tuntutan Palsu Rm100 Juta

37 Individu Direman Kes Tuntutan Palsu Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 234 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia mereman 37 individu hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya melibatkan nilai keseluruhan kira kira RM100 juta Menurut
Seorang Wn China Tertangkap Basah Masuk Indonesia Pakai Paspor Palsu

Seorang Wn China Tertangkap Basah Masuk Indonesia Pakai Paspor Palsu

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 146 hits
Pria paruh baya asal China berinisial EW datang ke Indonesia menggunakan paspor palsu Dia akhirnya diamankan petugas Imigrasi Bandara Soekarno Hatta Kepala kantor Imigrasi Khusus Kelas I Bandara Soetta Tito Andrianto menegaskan EW menggunak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba