Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu


 
KAFE PALMIERRA 28 PORT OOTD MENARIK DENGAN SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYU
ENAK, BERBALOI DAN WAJIB SINGGAH  






Kali ini AlongMurni (AM) ingin kongsikan satu lokasi tempat makan yang menarik dan menu yang wajib dicuba. Kafe Palmierra 28 yang terletak di kawasan Petaling Street. Walaupun baru sahaja sebulan beroperasi di kawasan Petaling Street namun kafe Palmierra 28 sudah berjaya menarik perhatian ramai orang terutamanya pelancong untuk mencuba pelbagai makanan tradisi Melayu disini. Berkonsepkan sajian masakan tradisi melayu, Kafe Palmierra 28 ini juga memiliki keunikan dan keindahan dekorasi dalaman yang tersendiri.

 

KEUNIKAN KAFE PALMIERRA 28



DEKORASI

Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, AM terpaut dengan keindahan yang terdapat pada dinding Kafe Palmierra 28 ini. Setiap sudut memang cantik sesuai sangat untuk berOOTD dan bergambar.

 






SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYU

AM akan kongsikan antara menu-menu sajian pilihan yang menarik dan wajib dicuba di Kafe Palmierra 28. Rasanya memang enak di samping mengekalkan keaslian rasa sajian melayu itu sendiri.

 

PEMBUKA SELERA


Popia Sira         - Paduan rasa manis pedas memang cukup padu. Popia Sira memang merupakan kuih muih yang sentiasa jadi pilihan AM sejak dari kecil.

Temosa Raja        - Pertama kali mencuba Temosa Raja. Temosa ini mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih berlemak dan tidak pedas. Temosa ini popular di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.



 


Popia Sira dan Temosa Raja

MENU UTAMA

Menu utama pilihan yang dihidangkan bersama Nasi Putih Basmathi




Lemak Cili Api Daging Salai        - Kombinasi masak lemak yang cukup padu dan terbaik. Sangat kena dengan tekak selera AM. Bila masak dengan nasi bertambah-tambah rasanya.

Udang Masak Sambal Petai        - AM paling suka masakan ini kerana udangnya besar-besar dan kemanisan serta kesegaran udang masih terasa. Tambahan pula, petainya besar-besar dan dihidangkan sebiji-sebiji dengan kuantiti yang agak banyak. Memang Wow!!!

Pais Ikan Patin        - Haaa.. Patin memang masakan kegemaran AM. Biasanya kalau Patin, AM suka Patin Masak Tempoyak. Pertama kali cuba masakan Pais Ikan Patin. Pais Patin ini tidah berkuah seperti Patin Tempoyak. Ianya dibalut dengan dan dibakar atas kuali/pemanggang. Rasanya memang lazat!!

Terung Goreng Belacan        - Terung antara yang AM suka makan. Memang sedap bila di Palmierra 28 menyajikan Terung Goreng Belacan. Kena cuba rasai keenakan masakan ini yea.

Opor Daging        - Opor daging ini sangat popular di Pahang. Terasa kelembutan daging menyatu di dalam masakan rempahnya. Memang padu dan sedap sangat!! Highly recommended!!














MENU ALA CARTE


Laksa Pahang        - Pertama kali cuba Laksa Pahang ini. Memang sedap!! AM suka 💖💖💖

Nasi Lemak with Daging Rendang        - Ini salah satu menu sarapan pagi yang sering mendapat sambutan dan menjadi pilihan di                     Palmierra 28. 

Maggie Seafood Palmierra        - Ini bukan sebarang maggi tau!! Palmierra Maggi Seafood ini sekali rasa hirupan supnya pasti akan membuatkan rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi!!.. Memang padu dan sedap!! Highly recommended







Palmierra Maggi Seafood
Nasi Lemak Rendang Daging
Laksa Pahang

PENCUCI MULUT


Puding Raja        - Puding Raja ini memang cukup istimewa dan menjadi santapan istimewa di Istana Pahang. Kena cuba rasai sendiri kelazatan dan keenakannya.

Sagu gula melaka        - Paduan rasa lemak manis memang menyatu di dalam Sagu Gula Melaka ini. memang sesuai dimakan untuk minum petang dan santai-santai sambil berbual dengan rakan.  



Puding Raja
Sagu Gula Melaka

MINUMAN PILIHAN




Kasturi Palmierra        - Kombinasi Lemon dan Asam Boi

Pelangi Ungu        - Kombinasi Ribena, Soda dan Laici

Bunga Telang Meranti        - Kombinasi Keladi, Susu dan Coklat







Dari kiri : Kasturi Palmierra, Bunga Telang Meranti dan Pelangi Ungu
Apa tunggu lagi!! Jom singgah ke Kafe Palmierra 28 untuk mencuba menu-menunya yang enak. Pasti puas hati dan sangat berbaloi!!!



PALMIERRA 28 
Alamat:

154, Jalan Petaling, City Centre,


50000 Kuala Lumpur, Malaysia.


 

Hari & Waktu Operasi:

Ahad - Rabu : 12.00 p.m - 10.00 p.m

Khamis - Sabtu : 12.00 p.m - 11.00 p.m

 

Waktu Operasi:

11.00 Pagi - 11.00 Malam

 

Untuk Tempahan:

0182450807

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2022/07/Kafe-Palmierra28-Port-OOTD-Menarik-Dengan-Sajian-Masakan-Tradisi-Melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Hidangan Melayu Tradisional Di Palmierra 28 Petaling Street Kl

Cuba Hidangan Melayu Tradisional Di Palmierra 28 Petaling Street Kl

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 611 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan sebuah lokasi tempat makan yang menarik yang aku kunjungi baru baru ini bersama rakan rakan Kenapa tempat ini menarik Ok...
Bosan Dengan Tempat Makan Biasa Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

Bosan Dengan Tempat Makan Biasa Ini Kafe Menarik Yang Boleh Dikunjungi Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 264 hits
Hujung minggu tak tahu nak pergi mana Jangan risau banyak kafe kafe menarik dan aesthetic dekat Kuala Lumpur yang korang boleh explore dengan kawan kawan ataupun ahli keluarga 6 Feeka Coffee Roasters var currentUrlTwo window location hostna...
Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 440 hits
Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu Dengan kemajuan teknologi untuk mengalih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukanlah perkara yang sukar Segalanya boleh dilakukan secara online tidak seperti dahulu di mana anda perlu menyemak kamu...
100 Perkataan Bahasa Brunei Beserta Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

100 Perkataan Bahasa Brunei Beserta Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 618 hits
Bahasa Brunei ada persamaan sedikit dengan dialek Sabah dan Sarawak Perlu diingatkan juga ada perkataan yang sama tapi membawa maksud yang berlainan Seperti di Malaysia Brunei juga mempunyai banyak dialek contohnya Bahasa Iban Bahasa Murut ...
Wow Ada Tarian Singa Pengantin Melayu Buat Majlis Tema Tradisional Cina Buat Netizen Tertarik

Wow Ada Tarian Singa Pengantin Melayu Buat Majlis Tema Tradisional Cina Buat Netizen Tertarik

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 488 hits
Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang amat dinantikan nantikan buat pasangan pengantin kerana di situlah mereka dapat merealisasikan majlis idaman yang sudah diidamkan buat sekian lama Seperti pasangan pengantin Melayu yang berasal ...
Senarai Lagu Melayu Julai 2022

Senarai Lagu Melayu Julai 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 270 hits
Senarai Lagu Melayu Julai 2022Senarai Lagu Melayu Julai 2022 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Seperti biasa MOMI akan kemaskini senarai lagu lagu baru pada bulan Julai 2022 Untuk bulan Julai ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dar...
Melihat Keseruan Tradisi Balap Kerbau Di Thailand

Melihat Keseruan Tradisi Balap Kerbau Di Thailand

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 184 hits
Melihat Keseruan Tradisi Balap Kerbau di Thailand Tradisi balap kerbau yang diadakan setiap tahun oleh para petani di Chonburi Thailand ini menandai dimulainya musim tanam padi
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor