Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Kini Kembali Selepas 2 Tahun Ditangguhkan
Sedar tak sedar, rupanya tahun ini merupakan tahun ketujuh penganjuran Pencarian Wanita Melayu – Plaza Shah Alam (PWM2020). Setelah dua tahun penganjurannya terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemic Covid-19 kini PWM2020 kembali semula!
Pencarian Wanita Melayu 2020 ini membuka peluang buat semua gadis Melayu menyertainya, sekaligus merebut peluang untuk merangkul gelaran Ikon Wanita Melayu 2022. Penganjuran PWM bermula pada 2014, lima Ikon Wanita Melayu diangkat iaitu Ashira Kaseh (2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016), Nurul Ain Nasiron (2017), Amy Nurtinie (2018) dan Aini Sophie (2019)
Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Azura Moktar (busana kuning) bersama para penaja Pencarian Wanita Melayu 2022
Menurut Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Azura Moktar, sehingga kini pihaknya telah menerima hampir 200 penyertaan dari seluruh negara. Penyertaan secara online menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com telah dibuka sejak Mac 2022 lalu. Di mana para peserta dikehendaki mengisi setiap butiran lengkap yang diperlukan serta menyertakan sekali foto mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.
Sesi uji bakat bakal diadakan pada 23 dan 24 Julai nanti di Plaza Shah Alam da permarkahan para peserta yang terlibat akan dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.
Hanya 25 peserta sahaja akan layak ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 6 Ogos. Manakala hanya 10 peserta akan dipilih ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 13 Ogos depan di Plaza Shah Alam.
Turut hadir sewaktu sidang media yang berlangsung semalam ialah penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2022 iaitu Pengurus Besar Perhubungan Awam Habib, Yasheedah Yashaiya, penaja yang terlibat, selebriti dan juga hos PWM(2022) Fahrin Ahmad
Puan Yasheedah (di tengah) menunjukkan Tiara Mutiara Laut Selatan
yang bakal dimahkotakan kepada pemenang Utama Pencarian Wanita Melayu 2022
"Seperti tahun sebelumnya, Habib masih lagi menjadi penaja utama untuk proram ini. Kali ini Habib menawarkan hadiah bernilai RM20,000 (Habib Jewels & Ice-Watch) kepada pemenang PWM 2022.Selain itu, 10 finalis PWM 2022 juga layak menjadi Duta Kempen Habib di mana mereka akan diundi oleh pelanggan barangan kemas itu di media sosial," beritahu Pengurus Besar Perhubungan Awam Habib, Yasheedah Yashaiya
Selain Habib, penajaan hadiah turut disumbangkan oleh Anytime Fitness, Anas Abdullah, Twenty, Shes Official, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtazfella Perfume, Breylee Malaysia dan Schatzs Cosmetic.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/07/pencarian-wanita-melayu-plaza-shah-alam.html