Melayu Miskin Kerana Rasuah


Bersatu teguh, bercerai roboh. Sebuah peribahasa yang menyeru kepada perpaduan. Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan dan kekuatan. Itulah sebabnya setiap bangsa dan bahasa di dunia ada perumpamaan masing-masing yang membawa kepada maksud sama. Malah dalam al-Quran juga ada beberapa ayat yang menjurus kepada pentingnya perpaduan. Antaranya surah al-Anfal ayat 46: “Dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu rasa gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Sejak manusia pandai hidup dalam kelompok, manusia memahami, hanya perpaduan yang boleh menjamin keselamatan mereka, yang boleh memberi kekuatan kepada kelompok atau kumpulan masyarakat mahupun sesuatu bangsa. Sejarah berkali-kali membuktikan dengan perpaduan yang jitu, banyak kerajaan berjaya ditumbangkan oleh rakyat biasa sahaja, bukannya bala tentera. Begitulah, hebatnya sesuatu perpaduan yang terbentuk.

Perpaduan kaum, tidak boleh tidak adalah perkara yang penting dan utama bagi sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Saya hendak menyentuh tentang perpaduan Melayu.

Secara ringkas, perpaduan Melayu terbentuk pada 1946 apabila Malayan Union cuba ditubuhkan walaupun dengan persetujuan raja-raja Melayu. Kekuatan perpaduan Melayu berjaya menolak Malayan Union sehingga ia dimansuhkan pada 1948.

Apabila komunis cuba bertapak di Tanah Melayu, demi bangsa dan agama, sekali lagi kekuatan perpaduan Melayu berjaya mengekang tersebarnya ideologi komunis walaupun nyawa jadi pertaruhan, yang mana akhirnya berjaya membuat komunis menyerah diri.

Semangat perpaduan Melayu ini ditunjukkan oleh generasi dahulu yang mana pada masa itu kedudukan mereka diancam. Daripada generasi tersebut, sekarang hanya tinggal beberapa kerat yang masih hidup.

Dengan suasana kehidupan dunia internet dan dalam talian sekarang, masih perlukah kita bincang mengenai perpaduan Melayu? Adakah kedudukan orang Melayu sedang terancam?

Dianggarkan penduduk negara ini berjumlah 32.7 juta orang, hampir 60 peratus Melayu Islam, tidak termasuk bumiputera. Maka orang Melayu kira-kira 19.6 juta.

Sementara 11.7 juta orang Melayu berada di luar Lembah Klang. Hanya tiga juta bukan Melayu tinggal di luar Lembah Klang. Maksudnya di sini, mereka yang tinggal di luar Lembah Klang mempunyai tahap pendapatan sederhana kepada rendah dan seterusnya miskin. Sementara yang tinggal di Lembah Klang mempunyai tahap pendapatan sederhana kepada tinggi.

Jelas, orang Melayu mempunyai tiga kali ganda golongan berpendapatan sederhana, rendah dan miskin berbanding bukan Melayu. Maknanya, kekuatan ekonomi orang Melayu tidak kuat, walau di Lembah Klang sekalipun. Kebanyakan berpendapatan sederhana dan tinggal di PPR (Program Perumahan Rakyat).

Dari segi ekonomi terbukti tidak setanding bukan Melayu. Pendidikan bagaimana? Politik lagi?

Sekarang kita analisa realiti, sebelum ini perpaduan Melayu wujud apabila ancaman dari luar datang mengancam kedudukan mereka. Secara naluri, mereka bertindak sebab ancaman itu nyata dan jelas di depan mata.

Tetapi sekarang bukan lagi ancaman luar yang menggugat kedudukan orang Melayu, bukan juga kita nak kaitkan dengan kaum lain, langsung tiada kena-mengena. Tetapi ancaman dalam bentuk pengkhianatan kepada bangsa Melayu oleh orang Melayu sendiri. Orang-orang yang memegang kuasa, yang diberi kepercayaan untuk menjaga, melindungi dan memajukan bangsa dan negara. Tetapi yang dibuatnya ialah mencari kekayaan sendiri, mengamalkan rasuah, penyelewengan dan seangkatannya.

Ancaman ini bersifat dalaman, susah hendak dilihat, maka mengakibatkan ramai orang Melayu tidak perasan. Sebab mungkin pada mereka, ini bukan ancaman serius, tidak melibatkan mereka secara terus. Tetapi sedarlah, ini boleh menjadi punca kejatuhan orang Melayu jika tidak ditentangi, terutama rasuah.

Rasuah di peringkat tertinggi boleh menyebabkan runtuhnya ekonomi, menyebabkan perbelanjaan kerajaan menjadi mahal berganda-ganda, akhirnya masyarakat umum yang sengsara. Inilah salah satu punca kenapa ekonomi orang Melayu tidak setanding bukan Melayu. Ramai Melayu lebih miskin sebabnya kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Kita ambil contoh, Afrika Selatan. Sewaktu Presiden Zuma memerintah, kerajaannya dikawal oleh keluarga Gupta (imigran dari India) melalui rasuah. Keluarga Gupta merasuah hampir seluruh menteri termasuk Presiden Zuma sendiri, Sehinggakan keluarga Gupta boleh menentukan siapa yang dilantik sebagai menteri atau dipecat. Pada 2018, Presiden Zuma meletakkan jawatan selepas menghadapi undi tidak percaya di Parlimen. Akibat amalan rasuah beliau, kerugian Afrika Selatan dianggarkan sebanyak RM134 billion.

Beginilah dahsyatnya rasuah. Ini tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Pemimpin negara kita yang akan datang, pemimpin yang lepas dan yang sekarang adalah Melayu. Jadi, sebelum bangsa Melayu itu kehilangan kuasa dan musnah oleh gejala rasuah kerana kerakusan segelintir penguasa, perlulah kita menentang amalan rasuah di semua peringkat. Ini tidak akan berhasil jika dilakukan oleh satu atau dua orang.

Rasuah inilah ancaman kita sekarang. Kerana amalan rasuah inilah, orang Melayu dipandang rendah kerana dianggap sebagai bangsa yang senang dibeli. Akibat rasuah dan sifat tamak haloba juga bangsa Melayu berpecah.

Perpaduan Melayu itu perlu untuk sama-sama kita menolak segala ancaman amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kerana rasuah yang akhirnya boleh merosakkan dan menggadai bangsa. Perpaduan Melayu diperlukan sekarang agar bangsa Melayu terbela, terlindung, dihormati dan dipandang tinggi.

Pada masa sama, perkara paling penting, kita perlu memelihara hak-hak kaum lain, menghormati kebebasan beragama dan kebebasan berbahasa mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh:  Azman Mohd. Hashim
          Ketua Biro Perpaduan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/melayu-miskin-kerana-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pagpag Cara Penduduk Miskin Isi Perut Dengan Sisa Makanan Demi Kelangsungan Hidup

Pagpag Cara Penduduk Miskin Isi Perut Dengan Sisa Makanan Demi Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 294 hits
Manila Ada pelbagai cara manusia terpaksa lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup Ada orang susah yang memilih cara salah semata mata untuk memastikan mereka dapat mencari makan dan menyara keluarga Bagi golongan kurang berkemampuan di ...
Dagu Terbelah Ikut Belah Ibu Keayuan Luar Biasa Wafariena Bak Gadis Melayu Terakhir Jadi Bualan Netizen

Dagu Terbelah Ikut Belah Ibu Keayuan Luar Biasa Wafariena Bak Gadis Melayu Terakhir Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 295 hits
nbsp Siapakah Wafariena Roslan Dia antara bintang baru dunia lakonan yang mula dikenali menerusi siri televisyen 7 hari mencintaiku 2 Wajahnya yang ayu persis wanita melayu terakhir ini menjadi igauan netizen terutamanya lelaki Manakan tida...
Orang Miskin Di Filipina Makan Daging Yang Dikutip Dari Tong Sampah Untuk Kelangsungan Hidup

Orang Miskin Di Filipina Makan Daging Yang Dikutip Dari Tong Sampah Untuk Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 388 hits
Ramai orang yang kurang berkemampuan terpaksa memilih cara lain untuk menyara kehidupan mereka biarlah cara yang dipilih itu mengundang risiko kepada kesihatan sendiri Menurut laporan dari Social Innovation Inclusion of Sustainable Developm...
Yang Miskin Dan Kaya Bergantung Pada Orang Lain Akhirnya Orang Agama Ambil Peluang

Yang Miskin Dan Kaya Bergantung Pada Orang Lain Akhirnya Orang Agama Ambil Peluang

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 181 hits
NORMAN RADZUANAntara ungkapan Bacalah dengan hati yang lapang dan dengan dada yang terbuka Yang miskin dan kaya bergantung pada orang lain AKHIRNYA ORANG AGAMA AMBIL PELUANG Orang miskin bergantung kepada orang kaya untuk membantunya melalu...
Strategi Lebih Segar Diperlukan Untuk Bantu Golongan Jatuh Miskin

Strategi Lebih Segar Diperlukan Untuk Bantu Golongan Jatuh Miskin

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 185 hits
June 9 2021Pembangunan perusahaan sosial dan koperasi akan mendorong semangat keusahawanan dan dapat mendukung perniagaan kecil yang dimulakan individu dalam kategori miskin kata James Raj dari KRPPM PETALING JAYA Pakar berkaitan isu kemisk...
Melayu Dan Palestine Ada Pertalian Darah

Melayu Dan Palestine Ada Pertalian Darah

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 454 hits
PALESTIN bumi bertuah Bumi yang melahirkan ramai saintis ternama Terbaharu Palestin melahirkan saintis astrofizik Imad Barghouthi seorang profesor di Universiti Al Quds di Tebing Barat Sejak rejim Zionis menjarah semua kepentingan rakyat Pa...
Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa Melayu

Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 435 hits
Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa MelayuIalah surah ke 67 dalam al Quran dan terdiri atas 30 ayat Surah ini tergolong surat Makkiyah Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ...
T18e19 Foto Askar Melayu Perak 1920 An

T18e19 Foto Askar Melayu Perak 1920 An

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 355 hits
Terkedu sebentar Tedi tengok foto di bawah ni Gambar tujuh orang askar Melayu Perak pada tahun 1920 Gambar yang dipercayai diambil di Ipoh pada tahun 1920 an ini dilelong di e bay oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ...
Mesej Untuk Rakyat Malaysia Khususnya Orang Melayu

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Khususnya Orang Melayu

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 392 hits
My comments Saya ingin jelaskan sedikit berkenaan bencana besar yang telah pecahkan tembelang kejahilan sistem kemasyarakatan kita Yang pertama adalah oil price crash pada tahun 2014 Apabila harga minyak dunia runtuh maka kewangan Kerajaan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023