Melayu Dan Palestine Ada Pertalian Darah



PALESTIN bumi bertuah. Bumi yang melahirkan ramai saintis ternama. Terbaharu, Palestin melahirkan saintis astrofizik, Imad Barghouthi, seorang profesor di Universiti Al-Quds di Tebing Barat. 
Sejak rejim Zionis menjarah semua kepentingan rakyat Palestin,orang Melayu di rantau Asia Tenggara paling aktif mendedahkan kejahatan umat Yahudi.
Kenapa orang Melayu begitu sentimental dengan nasib rakyat Palestin, khususnya golongan saintis?
Sejarah membuktikan sebelum abad ke-11 SM, bumi Palestin adalah tanah kepunyaan bangsa kuno Canaan yang kemudiannya dikuasai secara paksa oleh Bani Israel dan bangsa Yahudi.

Di utara, terbentuk kerajaan Israel dan selatan dibangunkan kerajaan Judah. Kerajaan Israel diserang dan ditawan Empayar Assyria kuno menyebabkan kekacauan dan hilangnya 10 suku puak bangsa Israel yang menduduki wilayah utara bumi Canaan itu. 
Kajian 'The Table of Nations’ (ToN) disokong kajian DeoxyriboNucleic Acid (DNA), bangsa kuno Canaan menurunkan bangsa rumpun Austronesia, Malayo-Polynesia dan Nusantara. Di Nusantara, kaum Melayu merebak dengan cepatnya.

Kajian ToN mendapati rajah Salasilah Bani Jawi berasal daripada jaluran bangsa kuno Hamite atau Hamit yang menghasilkan bangsa besar Canaanite atau Canaan. 
Seterusnya, terhasilnya bangsa kecil Hittites atau Hittit. Bangsa Hittit membentuk kaum Bani Jawi dan bangsa Melayu yang ada hari ini. 
Bangsa Melayu ialah puak bangsa asal Canaan-Hittit yang terlebih dahulu terusir angkara pencerobohan bangsa Yahudi yang menyerang dan mengusir nenek moyang mereka daripada tanah air asal mereka di bumi Canaan (Palestin).
Apa yang penulis ingin teliti adalah sumbangan dunia Islam daripada kaum Canaan ke Eropah pada abad pertengahan dalam bidang sains dan kejuruteraan. 
Pada abad pertengahan, dunia Islam berada di puncak budaya kejayaan penemuan ilmu sains, membekalkan maklumat dan idea ke Eropah melalui Al-Andalus, Sicily dan kerajaan-kerajaan Salib di Levant.
Ia termasuk terjemahan Latin daripada Klasik Yunani dan teks Arab dalam bidang astronomi, matematik, sains, dan perubatan. 
Terjemahan teks falsafah Arab ke bahasa Latin dilaporkan sebagai membawa kepada transformasi hampir semua disiplin falsafah di dunia Latin abad pertengahan dengan pengaruh yang sangat kuat daripada para ahli falsafah Islam juga di dalam bidang falsafah, psikologi dan metafizik semula jadi.
Sumbangan lain termasuk inovasi teknologi dan saintifik melalui Jalan Sutera termasuk ciptaan China seperti kertas dan serbuk peluru serta bahan letupan.
Dunia Islam juga mempengaruhi aspek lain daripada budaya Eropah abad pertengahan, sebahagiannya oleh inovasi asli yang dibuat semasa Zaman Keemasan Islam (Islamic Golden Age) termasuk pelbagai teknologi seperti seni, pertanian, kimia, muzik, tembikar dan lain-lain.

Ada banyak bukti perkataan Arab dipinjam orang Eropah termasuk Inggeris dan Perancis. Ia termasuk nama bintang tradisional seperti istilah ‘al-debaran’, ‘al-kimia’, ‘al-jabar’, ‘al-goritma’ dan lain-lain nama komoditi seperti ‘gula’, ‘kapur barus’, ‘kapas’ dan ‘kopi’.
Pada abad ke-20, saintis, teknologis dan jurutera Palestin tumbuh seperti cendawan selepas hujan. 
Pakar kejuruteraan pertanian terkenal, Dr Sufian Sultan yang berkhidmat dengan Kementerian Pertanian Palestin sejak 2015 ialah seorang pakar agronomi.
Dr Mohammed Shabir pula pakar mikrobiologi. Dr Hasan Abu-Libdeh pakar matematik yang telah mengasaskan pusat Biro Perangkaan Pusat Palestin pada 1993. 
Nama saintis seperti Dr Salem Hanna Khamis dan Dr Ali Hasan Nayfeh turut jadi pujaan di Palestin.
Pakar pharmakologi seperti Dr Ansam Sawalha; pakar fizik (Dr Hanna Nasir, Dr Munir Hasan Nayfeh, Dr Mazin Butros Qumsiyeh dan Hashem B El-Serag); pakar kimia (Dr Mahdi Muhammad Abu-Omar) dan Dr Yusef Al-Abed ialah antara sekelumit saintis terkemuka Palestin.
Justeru, umat Melayu daripada jalu-ran keturunan dan generasi DNA sama perlu membuktikan mereka mampu menyerlah dalam bidang sains serta teknologi. Apatah lagi, ALLAH SWT telah menyerlah hakikat itu dalam surah Al-Mujaadilah ayat 11.
Kesimpulannya, tidak hairanlah kenapa umat Melayu di rantau Asia Tenggara mempunyai semangat sentimental sangat tinggi kepada kesusahan rakyat Palesin. Penulis berharap hubung kait pertalian darah ini mampu menyuntik semangat umat Melayu untuk menjadi saintis tersohor.


Ir Dr Muhidin Arifin Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/melayu-dan-palestine-ada-pertalian-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harapan Youth Rep Apologises Over Upside Down Palestine Flag

Harapan Youth Rep Apologises Over Upside Down Palestine Flag

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 250 hits
A Pakatan Harapan Youth representative has apologised over an upside down Palestine flag held outside the US Embassy building in Kuala Lumpur this afternoon Taking to Facebook PKR deputy youth chief Syed Badli Shah Syed Osman said they were...
Bila Anak Tanya Mengapa Beri Perhatian Kepada Isu Palestine

Bila Anak Tanya Mengapa Beri Perhatian Kepada Isu Palestine

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 300 hits
BILA ANAK TANYA MENGAPA BERI PERHATIAN KEPADA ISU PALESTINE Copy paste dari penulis di Facebook Abu Faqih Centre Apabila anak kita bertanya Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin dan selalu mengikuti isu semasa di Baitulmaqdis Ap...
Savegaza Palestine Perlukan Bantuan Kalian

Savegaza Palestine Perlukan Bantuan Kalian

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 226 hits
credit nytimes comSEBENARNYA amat terkesan dengan berita yang sedang melanda Gaza sekarang ini Kemusnahan yang tiada kesudahannya Dulu sudah habis musnah bangunan kediaman mereka kini setelah terbina indah dari kesan runtuhan LAKNAT ISRAEL ...
Nombor Akaun Derma Untuk Palestine

Nombor Akaun Derma Untuk Palestine

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 218 hits
Rakyat Palestine terus berjuang mempertahankan negara mereka Itulah antara peristiwa akhir zaman yang akan terus berlaku Mereka berjuang mempertahankan tanah air mereka menggunakan apa saja senjata yang ada termasuklah menggunakan batu Kita...
Tiada Kerjasama Aman Palestin Dan Palestine Finance Untuk Kutip Sumbangan

Tiada Kerjasama Aman Palestin Dan Palestine Finance Untuk Kutip Sumbangan

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 258 hits
Tindakan perundangan akan diambil jika Palestine Finance gagal ikut arahan BANGI Aman Palestin menafikan bahawa terdapat sebarang kerjasama di antara pihaknya dengan Palestine Finance seperti di pautan Ketua Pengarah Media dan Korporat Aman...
Sejarah Ringkas Penduduk Sebenar Palestine 12500 Sebelum Masihi

Sejarah Ringkas Penduduk Sebenar Palestine 12500 Sebelum Masihi

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 364 hits
12 500 9 500 SM Bangsa Natufia kuno adalah bangsa pertama bermastautin di Jericho Kajian struktur DNA bangsa Natufia melibatkan peratusan 61 2 This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Alhamdulillah Kempen Donate 4 Palestine Disertai Neelofa Dan Pu Riz Berjaya Kutip Rm2 Juta

Alhamdulillah Kempen Donate 4 Palestine Disertai Neelofa Dan Pu Riz Berjaya Kutip Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 332 hits
Neelofa dan PU Riz terlibat dalam kempen Donate 4 Palestine PERGOLAKAN yang berlaku di Semenanjung Gaza mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia termasuk juga di Malaysia Bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin pelbagai inis...
Bebas Palestine Lirik Lagu

Bebas Palestine Lirik Lagu

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 295 hits
BEBAS PALESTINE LIRIK LAGU Hidup mati kerana AllahBerjuang fi sabilillahWahai para pejuang maralah ke hadapanKerahkanlah tenagamu dan juga fikiranKorbankanlah hartamu sekalipun jiwa ragaBerjuang membebaskan Palestin yang tercintaWahai para ...
Melayu Upah Spy Yahudi Zionis Nauzubillah Nauzubillah

Melayu Upah Spy Yahudi Zionis Nauzubillah Nauzubillah

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 299 hits
Yang berikut adalah berita daripada 2018 dilaporkan pada May 29 2020 Najib govt s RM6 5m deal April 2018 with Israeli firm Senpai to surveil PH according to court documents sighted by tech news site Calcalistsystem to gather information and...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket