Strategi Lebih Segar Diperlukan Untuk Bantu Golongan Jatuh Miskin




Imran Ariff -June 9, 2021Pembangunan perusahaan sosial dan koperasi akan mendorong semangat keusahawanan dan dapat mendukung perniagaan kecil yang dimulakan individu dalam kategori miskin, kata James Raj dari KRPPM.PETALING JAYA: Pakar berkaitan isu kemiskinan menyeru agar strategi jangka panjang dirangka bagi membantu mereka yang baru “jatuh miskin” akibat kesan wabak Covid-19.
Penyelidik kemiskinan dan anggota Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai matlamat pembangunan lestari James Raj berkata, wabak telah menyebabkan ramai dalam golongan B40 menjadi lebih miskin, dan sebilangan daripada kelompok M40 jatuh ke tahap lebih rendah.
“Mereka tidak boleh dibiarkan jatuh dan mereka harus mampu bangunkan kembali kehidupan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, kumpulan itu perlu menjalani program kemahiran semula dan diberi pekerjaan sehingga mereka dapat bangun kembali.
Tambahnya, pendekatan bagi mengurangkan kemiskinan juga akan membantu yang lain dalam komuniti miskin mengubah keadaan mereka dengan lebih berkesan berbanding bantuan tunai.
Katanya, bantuan tunai dan moratorium pinjaman sebagai “langkah penyelesaian” tidak akan mengatasi masalah jangka panjang dan tidak akan mengangkat rakyat ke tahap sosio-ekonomi yang lebih tinggi.
“Kita menangani keperluan ketika ini, tetapi sebenarnya tidak membantu mereka meningkatkan keupayaan, yang diakui lebih sukar dilakukan.
“Rakyat boleh bergantung kepada bantuan dan tidak akan terlepas daripada kitaran kemiskinan.
“Jika suami dan isteri miskin dan anda memberi mereka wang serta makanan tetapi tidak meningkatkan pengetahuan dan latihan mereka, anak-anak mereka juga akhirnya akan menjadi miskin,” katanya.
Beliau menyarankan pembangunan perusahaan sosial dan koperasi yang akan mendorong semangat keusahawanan dan dapat mendukung perniagaan kecil yang dimulakan individu dalam kategori miskin.
“Anda boleh menubuhkan dapur komuniti bagi membolehkan mereka membuat makanan untuk dijual atau menyediakan platform untuk membantu mereka memasarkan hasil tangan.
“Ini mendorong mereka belajar kemahiran baharu dan mengembalikan maruah mereka kerana mampu menjana pendapatan,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) Carmelo Ferlito berkata, strategi seperti itu terbukti berkesan di sebilangan negara.
Beliau berkata, bantuan sosial perlu selalu dirancang dengan matlamat di mana penerima tidak lagi memerlukan bantuan.
“Di India, mereka melihat usahawan berpendapatan rendah yang mengembangkan perniagaan sendiri dan menjadikannya komersial.
“Mereka ini didapati mampu membina jaringan tempatan dan menggunakan sumber dengan cara yang inovatif,” kata beliau.
Beliau juga menyebut syarikat tenaga bersih yang melibatkan diri dengan komuniti miskin di Bangladesh, India dan Kemboja mendapati bahawa rakyat di negara itu dapat menggabungkan produk dengan berkesan ke dalam ekosistem sedia ada dan mengembangkan sistem bayaran yang sesuai dengan keperluan komuniti mereka.
“Ini mewujudkan aktiviti keusahawanan mikro, menghasilkan pekerjaan bagi penduduk setempat dan meningkatkan taraf hidup,” tambah beliau.
Lebih daripada itu, katanya, kerajaan harus bekerjasama dengan sektor swasta untuk menawarkan latihan profesional bagi mempersiapkan mereka yang baru jatuh miskin untuk kembali menceburi pasaran kerja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/strategi-lebih-segar-diperlukan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelan Pemulihan Mahiaddin Sudah Tidak Relevan Kerajaan Baharu Lebih Diperlukan

Pelan Pemulihan Mahiaddin Sudah Tidak Relevan Kerajaan Baharu Lebih Diperlukan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 178 hits
Setakat semalam 13 Jun 2021 kes Covid19 di negara kita sudah mencecah angka 657 508 dan jumlah kematian pula seramai 3 908 orang Semalam juga angka kematian dicatatkan ialah 64 orang manakala jumlah kes sebanyak 5 304 Dengan mengambil kira ...
Rlaf Kumpul Lebih S 4 2 Juta Bantu Rakyat Gaza

Rlaf Kumpul Lebih S 4 2 Juta Bantu Rakyat Gaza

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 274 hits
4 6 2021 18 44 Oleh SAID MAHADI SAID IZIDDIN Singapura KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Yayasan Rahmatan Lil Alamin berjaya mengumpul dana bantuan kemanusiaan berjumlah 4 241 350 untuk masyarakat yang terjejas oleh konflik di Gaza Jumlah
Analisis Dagangan Emas Pada 8 Jun 2021 Emas Cenderung Untuk Jatuh Lebih Rendah Ke Arah Tahap 1 842

Analisis Dagangan Emas Pada 8 Jun 2021 Emas Cenderung Untuk Jatuh Lebih Rendah Ke Arah Tahap 1 842

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 263 hits
Analisis teknikal Hari ini emas diniagakan dalam aliran menurun seperti yang telah saya jangkakan Saya masih melihat potensi penurunan harga yang lebih besar ke arah tahap 1 860 Cadangan dagangan Perhatikan peluang kemasukan pesanan menjual...
Pakai Pelitup Muka Dua Lapis Bantu Tapis Lebih Banyak Zarah

Pakai Pelitup Muka Dua Lapis Bantu Tapis Lebih Banyak Zarah

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 218 hits
MALAYSIAKINI Pemakaian pelitup muka berganda dengan mengenakan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan dapat membantu menapis lebih banyak zarah berbanding menggunakan pelitup muka kain semata mata kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan...
Sayur Tahan Berbulan Bulan Lebih Segar Guna Plastik Zip Lock Balut Tuala

Sayur Tahan Berbulan Bulan Lebih Segar Guna Plastik Zip Lock Balut Tuala

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 386 hits
Stok sayur atau lauk basah yang selalu jadi keutamaan ibu ibu Bukan apa jika nak masak semua keperluan dah ada lagi senang Tak adalah bila nak masak baru nak keluar beli barang dapur Tambah lagi dengan keadaan wabak Covid nak keluar acapkal...
Disambangi Bupati Ende Ridwan Kamil Siap Bantu Pembuatan Patung Bunga Karno

Disambangi Bupati Ende Ridwan Kamil Siap Bantu Pembuatan Patung Bunga Karno

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 239 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil menyatakan siap mendukung rencana Pemerintah Kabupaten Ende Nusa Tenggara Timur membangun patung Presiden Soekarno
Lebih 1 000 Pesakit Covid 19 Di Kelantan Adalah Kanak Kanak

Lebih 1 000 Pesakit Covid 19 Di Kelantan Adalah Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 234 hits
243 total views 243 views today KOTA BHARU Seramai 1 078 atau 18 peratus daripada 5 921 pesakit COVID 19 di Kelantan adalah golongan kanak kanak berusia 12 tahun ke bawah kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan...
Polis Panggil Pihak Penerbitan All Together Now Malaysia Juri Bantu Siasatan

Polis Panggil Pihak Penerbitan All Together Now Malaysia Juri Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 245 hits
p align center Polis akan memanggil semua pihak yang terbabit dalam penerbitan program televisyen All Together Now Malaysia termasuk 50 juri bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Ketu...
Hiburan Majlis Ilmu Ebit Lew Bantu Saharul Ridzwan Sekeluarga Eratkan Hubungan

Hiburan Majlis Ilmu Ebit Lew Bantu Saharul Ridzwan Sekeluarga Eratkan Hubungan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 238 hits
Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon dan usahawan pelakon Saharul Ridzwan mengakui dia dan isteri rindu mahu pergi ke majlis ilmu dikendalikan oleh penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Seminar Keluarga Sunnah Adve...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus