Surah Al Mulk Terjemahan Bahasa Melayu


Surah Al Mulk ( الملك‎) Terjemahan Bahasa MelayuIalah surah ke-67 dalam al Quran dan terdiri atas 30 ayat. Surah ini tergolong surat Makkiyah. Dinamakan Al Mulk yang bererti Kerajaan diambil dari kata Al Mulk yang yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Surat ini disebut juga dengan At Tabaarak yang bererti Maha Suci

AL MULK
[1] Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3] Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan

[4] Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)

[5] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang

[6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali

[7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak

[8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9] Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! “
[10] Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”

[11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka

[12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar

[13] Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada

[14] Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya

[15] Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)

[16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)

[17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu

[18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu

[19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

[20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya

[21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)

[22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata

[23] Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”

[24] Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”

[25] Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”

[27] Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”

[28] Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

[29] Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”

[30] Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”

https://quran-melayu.blogspot.com/2016/05/surah-al-mulk-terjemahan-bahasa-melayu.html?m=1

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2021/05/surah-al-mulk-terjemahan-bahasa-melayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kitab Kompilasi Matan Matan Asasi Panduan Dan Rujukan Terjemahan Bahasa Arab Ke Bahasa Melayu

Kitab Kompilasi Matan Matan Asasi Panduan Dan Rujukan Terjemahan Bahasa Arab Ke Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 387 hits
Tersedia dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Arab dan terjemahannya dalam Bahasa MelayuSenarai Matan Matan1 Matan Al Ajurrumiah2 Nazam Al Ajurrumiah3 Matan Bina Wal Asas4 Matan Izzi5 Matan Maqsud6 Madkhal7 Matan Ummul Barahin8 Matan Jauharah Tauhid...
20 Terjemahan Nama Ikan Dalam Bahasa Melayu English Di Malaysia

20 Terjemahan Nama Ikan Dalam Bahasa Melayu English Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 1042 hits
Senarai terjemahan jenis jenis ikan dalam bahasa melayu Bahasa inggeris sebagai panduan Ikan Kembung Indian Mackerel Ikan Selar Kuning Yellowstripe ScadIkan Cencaru Torpedo Scad Ikan Kerisi Jepun Japanese Threadfin BreamIkan Tenggiri Narrow...
Koleksi Video Pdp 32 Set Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas

Koleksi Video Pdp 32 Set Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 353 hits
Salam semua Kemahiran asas membaca terdiri daripada 32 set kemahiran Bahasa Melayu yang dipelajari dalam Program Pemulihan Khas BACA DI SINI Senarai video pembelajaran 1 Huruf vokal 2 Huruf kecil 3 Perkataan KV KV 4 Perkataan KV KV KV 5 Per...
Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 1 3

Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 1 3

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 634 hits
Nota Lengkap Bahasa Melayu Tingkatan 1 3 ini mengandungi nota tatabahasa serta nota komsas yang meliputi silibus daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3 Pada masa yang sama di dalam perkongsian ini turut mengandungi latihan berkaitan dengan...
Bahasa Melayu Klasik Lawan Bahasa Negeri Sembilan

Bahasa Melayu Klasik Lawan Bahasa Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 965 hits
Gambar hiasan hasil carian Google BK Sudi apalah kiranya tuan hamba memberikan saya durian itu barang seulas N9 Bak suleh BK Alangkah baiknya jika kita semua dapat bersegera berangkat sekarang agar kita boleh sampai sebelum senja NS Moh dog...
Tuisyen Percuma Cepat Membaca Bahasa Melayu Bersama Cikgu Haseni Akademi Youtuber Ayu

Tuisyen Percuma Cepat Membaca Bahasa Melayu Bersama Cikgu Haseni Akademi Youtuber Ayu

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca Adakah anda sebagai ibu bapa mempunyai anak kecil yang ingin belajar membaca atau sedang belajar membaca Adakah anda sebagai guru mempunyai murid yang sedang belajar membaca atau masih belu...
Surat Surah Al Hadid Arab Terjemahan Dan Latinnya

Surat Surah Al Hadid Arab Terjemahan Dan Latinnya

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 753 hits
Surah Al Hadid Arab Terjemahan dan Latinnya Surah Al Hadid termasuk kedalam golongan surat surat Madaniyah dan merupakan surat ke 57 dari Al Quran yang terdiri atas 29 Ayat Surah ini diturunkan sesudah Surah Al Zalzalah dan dinamai Al Hadii...
Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

Pembelajaran Secara Online Melalui Google Classroom Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 341 hits
Pada musim wabak Covid19 ni kita harus bersyukur kerana masih lagi dapat belajar Negara kita dikatakan pengguna nombor satu dunia dalam Google Classroom Justeru saya hantarkan link di bawah untuk digunakan sebagai latihan Semoga memberi man...
Sebab Apa Ramai Melayu Benci Pas

Sebab Apa Ramai Melayu Benci Pas

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 209 hits
Kita tak perlu hairan Semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ramai orang Mekah benci Islam termasuklah keluarga Nabi sendiri Jadi memang ramai orang Melayu akan benci PAS Ini kerana mereka benci Islam
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon