Serangan Hala Ke Lawan Jangan Tembak Kaki Sendiri Pesan Ismail


 
Ismail Sabri Yaakob menghantar mesej kepada ahli BN supaya sedar dan kenal ‘siapa lawan dan kawan’ dalam PRU15 agar jelas siapa yang perlu ditentang.BANDAR BAHARU: Pada program solidariti Barisan Nasional (BN) di Kedah hari ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghantar mesej kepada ahli BN untuk sedar dan kenal “siapa lawan dan kawan’ dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) agar jelas siapa yang perlu ditentang.
Dengan mengenal pasti lawan BN untuk PRU15 yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA), Ismail yang juga naib presiden Umno berkata, serangan seharusnya dihalakan ke arah pihak lawan, bukannya “tembak kaki sendiri”.
“Jangan tembak kaki sendiri, kita dah tahu nak lawan siapa…serang mereka,” katanya ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran peringkat Kedah di Dataran Serdang, di sini.
Turut hadir Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, Ketua Umno Kedah, Jamil Khir Baharom, selain pemimpin komponen BN serta masyarakat setempat.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Ismail berkata, segala faedah ke atas rakyat yang diumumkan dalam Bajet 2023, sebaiknya digunakan ahli BN sebagai bahan untuk menghadapi PRU15.
“Beritahu rakyat, tak lama lagi manifesto parti-parti lain akan keluar…tetapi manifesto hanya janji, jangan sampai dua kali kena tipu,” katanya.
Ismail memuji Zahid “berjiwa besar” kerana mengumumkan beliau sebagai perdana menteri selepas PRU15 serta mengajak ahli BN, terutama di peringkat pemimpin dan bakal calon PRU15 turut mencontohi sifat sama.
“Kita kena berjiwa besar, saya nak beritahu orang paling berjiwa besar ialah presiden (Zahid). Apabila saya jadi perdana menteri dia sokong, baru-baru ini dia umum calon perdana menteri ialah Ismail Sabri, (ini) datang dari mulut presiden kita, saya ucapkan terima kasih.”
Ismail mengakui pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN dan parti mesra BN (Friends of BN) bukan perkara mudah, terutama di negeri yang mana Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan seperti di Kedah.
“Kalau ada satu Parlimen, dua DUN bolehlah bahagi-bahagi, tetapi di Kedah ini, DUN belum dibubarkan. Bila belum bubar, kita boleh janji kau nanti akan dapat DUN, tetapi tak tau mereka akan percaya kepada janji atau tidak.
“Akhirnya berebutlah kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan…inilah yang saya risaukan.”
Ismail mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Okt lalu untuk memberi laluan kepada PRU15, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pahang, Perlis dan Perak sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi membolehkan pilihan raya negeri dan persekutuan dilaksanakan serentak.
PAS yang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing tidak membubarkan DUN, selepas ia dimuktamadkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 13 Okt lepas.
Pakatan Harapan (PH) pada 15 Okt lalu turut memutuskan tidak akan membubarkan tiga DUN di bawah pentadbirannya, iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/serangan-hala-ke-lawan-jangan-tembak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lari Lawan Azmin Pn Cabar Anwar

Jangan Lari Lawan Azmin Pn Cabar Anwar

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 144 hits
Perikatan Nasional berkata sikap Anwar Ibrahim yang tidak jelas ketika mencabar pengkhianat PKR adalah kerana beliau takut tak dapat sokongan pengundi Melayu Perikatan Nasional menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menepati kenyataannya...
Pesan Jokowi Di Hut Ke 45 Bei Jangan Bangga Hanya Cetak Rekor Ihsg

Pesan Jokowi Di Hut Ke 45 Bei Jangan Bangga Hanya Cetak Rekor Ihsg

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 130 hits
Jokowi memberikan pesan mendalam bagi BEI di tengah ancaman resesi global 2023 mendatang Mantan Gubernur DKI Jakarta ini meminta BEI untuk tidak jumawa hanya mencetak kinerja Indeks Harga Saham Gabungan di tengah ketidakpastian perekonomian...
Kaki Ayam Jangan Dibuang Menu Simple Tomyam Kaki Ayam Guna Sos Padu Buat Nasi Bertambah

Kaki Ayam Jangan Dibuang Menu Simple Tomyam Kaki Ayam Guna Sos Padu Buat Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 180 hits
Sup kaki ayam mungkin sudah terbiasa Apa kata kali ini kita ubah citarasa suami dan anak anak dengan tomyam kaki ayam pula Masam masam berlemak Selain tinggi khasiat tambahkan lebih sayur supaya lebih berkhasiat Tak perlukan resipi yang sar...
Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 202 hits
Salahkan diri sendiri bukan orang lain kata Muhyiddin kepada Ismail SabriPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda Daily oleh Hiekal Rosli 9 Oktober 2022 18SharesTan Sri Muhyiddin Yassin membalas kritikan terhadap Perdana Ment...
Apa Kita Ada Sekarang Mungkin Rezeki Mereka Ayah Ini Pesan Jangan Berkira Nak Berhabis Untuk Anak

Apa Kita Ada Sekarang Mungkin Rezeki Mereka Ayah Ini Pesan Jangan Berkira Nak Berhabis Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 150 hits
Setiap anak yang Allah SWT kurniakan membawa rezeki mereka bersama Jangan sesekali dikesalkan kehadiran mereka kerana berbuat baik dengan anak menjanjikan ganjaran yang baik buat mama papa Tak ada salahnya kita juga buatkan sesuatu yang mem...
Apa2 Pun Yang Hendak Dilakukan Lakukanlah Dengan Akhlak Pesan Pu Riz

Apa2 Pun Yang Hendak Dilakukan Lakukanlah Dengan Akhlak Pesan Pu Riz

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 101 hits
Perkongsian selebriti Neelofa berkenaan wajah anaknya buat kali pertama di media sosial telah menarik perhatian ramai sehingga nama Muhammad Bilal tranding Walaupun diuji dengan tindakan kurang sopan sesetengah netizen yang sesuka hati memu...
Saya Dah Pesan Kepada Pemain Nafuzi Zain

Saya Dah Pesan Kepada Pemain Nafuzi Zain

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 152 hits
Foto TFCKuaIa Terengganu Beraksi bagaikan pentas finaI demikian permintaan pengendaIi Terengganu FC Nafuzi Zain kepada anak buahnya yang bakaI berdepan dengan Kedah DaruI Aman FC pada aksi terakhir Liga Super di Stadium DaruI Aman AIor Seta...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Jom Ke Pkns Pilih Karnival Di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley

Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan