Melawat Abang Di Asrama
Ni sebenarnya kisah minggu lepas,Eh ke dua minggu lepas?Tapi masa ni 20 April la..Masa ni birthday Mama Yan.Tapi tak ada masa nak upload story,Tu yang tertangguh lama tu…Mama Yan sekeluarga datang melawat abang di sekolahnya,Mula-mula masuk pagar sekolah terkejut tengok,Penuh macam ada majlis keraian apa apa je kat sekolah tu.
Masa mula-mula sampai pun,meja kat canteen penuh dengan murid san penjaga masing masing,Kebetulan pula ada yang nak bangun,Teruslah Mama Yan dan family dapat duduk meja tu,Kebetulan jugalah,Meja tu diduduki oleh kawan MY,First time la kami bersua muka, Kenal di alam siber ni dah dekat dua puluh tahun kut…Kalau blogger lama-lama tu kenal agaknya,Blog dia dulu nama UmmiAbiQis,Sebelum tu dia pakai nama MayaQarmyla,Kami kenal zaman forum mesra dot net dulu-dulu,Tentulah ada kisah dan kenangan di sebalik perkenalan,Tapi biarlah ia terus menjadi kenangan,Tak payah kenang-kenang lagi,Keep on moving bak kata Kumpulan Five…
Tempat pertemuan dengan anak anak hanya di kantin dan pondok wakaf sekitar kawasan kantin sahaja,Okaylah kan… kantin buka..Ada jual jual makanan serta minuman juga..
Memandangkan mentua MY pun ada kat rumah,Ikut sekalilah dia tengok cucunya,Alhamdulillah..Abang dah semakin selesa dengan kehidupan asrama,Masa minggu pertama di asrama, Nampaklah dia agak stress,Maklumlah minggu orientasi kannn..Sekarang lebih relax…Masa ni MY masakkan sebungkus spageti untuk dia makan bersama sama dengan kawan saru dorm..Bawakan juga mamee monster, mi segera, dan jajan.Tak ketinggalan juga buku sekolah dia yang tertinggal,Tiap kali balik bermalam, ada aje buku yang tertinggal, Haiyaaa…
Baru je semalam hantar dia balik ke asrama,Pagi ni MY perasan set lukisan kejuruteraan dia tertinggal kat bilik bawah…Memang jadi kerjalah nak menghantar barang dia ke sekolah aje ni…Hai lah anak… hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2024/04/melawat-abang-di-asrama.html