Pergilah Abang Sayang Dah Reda Sayang Kuat Siti Aisyah


“Mulut abang tak pernah lekang dengan ucapan terima kasih. Terima kasih abang itu selalu buat sayang rasa dihargai.”
Demikian luahan isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa di Facebook miliknya pada Khamis.
Sumber foto: Facebook Siti Aisyah Amirulfaris Siti Aisyah Mohd Roslan, 34, turut menzahirkan rasa syukur susulan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pada Rabu berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.”
“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital,” tulisnya.
Baca Juga:
Anak Tak Berhenti Panggil Daddy, Momen Sayu Ketika Pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
“Kecil-Kecil Lagi Anak Dia..” Ramai Sayu Lihat Foto Mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Dengan Keluarga
Nahas Helikopter TLDM, Semua Anak Mangsa Dapat RM1,000 Akaun SSPN
Sumber foto: Facebook Siti Aisyah Amirulfaris Kini katanya, dia pula ingin mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham suaminya itu kerana menjaganya dengan anak-anak, menjadi suami dan ayah yang baik, serta menantu yang baik buat ibu dan ayahnya.
“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang.”
Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang,” tulisnya.
Sumber foto: BERNAMA Dalam pada itu, Siti Aisyah juga memaklumkan hari ini adalah hari lahirnya malah bulan April adalah bulan yang disukainya.
“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.
“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya,” tulisnya.
Sumber: SINAR HARIAN 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Pergilah Abang, Sayang Dah Reda. Sayang Kuat..” – Siti Aisyah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pergilah-abang-sayang-dah-reda-sayang-kuat-siti-aisyah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Survei Lsi Ungkap 76 2 Persen Publik Puas Dengan Kinerja Jokowi Ada 2 Alasan Kuat

Survei Lsi Ungkap 76 2 Persen Publik Puas Dengan Kinerja Jokowi Ada 2 Alasan Kuat

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 137 hits
76 2 persen publik puas dengan kinerja Jokowi 14 1 persen di antaranya merasa sangat puas
Dulu Kau Ingat Pn Adalah Kerajaan Yang Kuat

Dulu Kau Ingat Pn Adalah Kerajaan Yang Kuat

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 137 hits
Satu ketika Nadir fikir PN adalah kerajaan yang kuat untuk Islam dan boleh membantu Palestine Niat Nadir murni untuk sokong Palestine Allah makbulkan doa Nadir dengan memandu keputusan YDPA untuk melantik Anwar Ibrahim dan PHBN sebagai kera...
Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya

Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 347 hits
minta Datuk Siti Nurhaliza doa supaya dapat adik perempuan di Makkah curi perhatian warga maya Sejak kebelakangan ini atau lebih mesra dengan panggilan Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutaman...
Dentuman Kuat 4 Pagi Bongkar Penemuan Mayat Lelaki

Dentuman Kuat 4 Pagi Bongkar Penemuan Mayat Lelaki

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 153 hits
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzilbhnews bh com myKeadaan kereta yang remuk selepas seorang lelaki terjatuh ke atasnya dari tingkat atas pangsapuri di Taman Sri Murni di ibu negara awal pagi tadi Foto ihsan pendudukKUALA LUMPUR Dentuman kuat kede...
Semangat Kuat Ibu Meninggal Dunia Bayi Lahir Secara C Zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu

Semangat Kuat Ibu Meninggal Dunia Bayi Lahir Secara C Zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 207 hits
Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam kata pegawai kesihatan Palestin Sumb...
Video Optimis Pesan Kuat Ganjar Mahfud Untuk Hakim Mk Jelang Putusan Pilpres

Video Optimis Pesan Kuat Ganjar Mahfud Untuk Hakim Mk Jelang Putusan Pilpres

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 103 hits
Ganjar menitipkan pesan agar para hakim MK diberi kekuatan dalam memberikan keputusan
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing