Melawan Benci Dengan Rahmah Setiap Hari




 
JON TYSON/UNSPLASH

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pertubuhan-pertubuhan dalam masyarakat sivil dan media, menggembleng tenaga untuk menyeru semua rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan rahmah setiap hari.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia mengangkat amalan “maaf zahir batin” ke tingkat yang lebih tinggi. Amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran dalam Islam dan dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme, dan komuniti-komuniti Orang Asal atau Asli di Sabah, Sarawak dan semenanjung.

Mari kita lazimkan amalan memohon dan memberikan “maaf zahir batin” sepanjang tahun, tidak terhad kepada raya Aidilfitri dan Syawal, tetapi dari awal Muharam sampai ke akhir Zulhijah, dari 1 Januari sampai ke 31 Disember, sepanjang 365 hari setahun.

Mari kita jayakan pergerakan #MZB365 ini kerana kita sebagai manusia berbuat salah setiap hari, perlu insaf dan memohon maaf setiap hari, dan juga bersedia memaaf setiap hari.

Jika kita segan memohon maaf, maka pembinasaan yang kita lakukan, sama ada berniat atau tidak, kerana kejahatan mahupun kekhilafan, tak kira besar atau kecil, akan berkekalan dan merosakkan hubungan dan silaturahim antara insan.

Mohon dan beri maaf boleh berlaku di antara suami dan isteri, antara anak dan orang tua, antara saudara-mara, antara murid, ibubapa dan guru, antara jiran tetangga, antara rakan sejawat, antara orang-orang yang saling tidak mengenali tetapi menemui sesama lain di lalulintas, antara individu-individu yang melanggar undang-undang dan masyarakat, dan antara komuniti yang berlainan.

Pada masa yang sama, apabila kita memaafkan orang lain, ini tidak bermakna kita menjadi lebih lemah dan secara tidak sedar menggalakkan lebih banyak salah laku.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Ini sudahnya bukan untuk mengkompromikan kedaulatan undang-undang. Apabila pesalah melanggar undang-undang, pesalah tetap menghadapi pengadilan dan hukumannya.

Pengampunan dan pengurangan hukuman hanya terjadi apabila si pesalah menyedari kesalahannya, mengaku bersalah, menembusi pembinasaannya dan/atau berikhtiar untuk tidak mengulangi kesalahan itu.



READ MORE:  A security guard raises the bar

 

Memberi maaf kepada mereka yang ikhlas memohon maaf sebenarnya memperkuatkan kita dan masyarakat secara keseluruhan. Ia membina pendamaian, mengurangkan salah faham, menghapuskan benci dendam, dan mengeratkan silaturahim kita sebagai manusia yang dicipta berlainan, supaya kita lebih mengenali sama satu lain melalui kelainan.

Memupuk semangat dan amalan memohon dan memberi maaf menjadi semakin penting kerana terdapat individu-individu dan puak-puak yang setiap hari mencari peluang dan alasan untuk memecahkan masyarakat demi kepentingan politik, perniagaan dan peribadi.

Mereka mencari setiap salah laku yang boleh diperbesarkan untuk menyemai perasaan sangsi dan benci supaya mereka dapat diangkat menjadi pahlawan sampai ada yang melampaui batas undang-undang dengan membakar dan mengganas.

Gejala populisme yang berasaskan kebencian dan teori konspirasi sudah pun melumpuhkan negara, membinasakan masyarakat, menjatuhkan ekonomi, melaparkan kanak-kanak, menenggelamkan impian malah meragut nyawa di banyak pelosok dunia. Kita mesti pastikan Malaysia tidak mengikut jejak mereka.

Di mana batas undang-undang dilampaui, kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi. Di mana akal ditipu dengan propaganda dan pembohongan, kebenaran dan pemikiran logical mesti ditegakkan.

Akan tetapi, tiada penawar yang lebih baik daripada rahmah, yang boleh mengeratkan silaturahim, menghancurkan benci, melenyapkan sangsi dan menewaskan mereka yang ingin menangguk di air keruh.

Rakyat Malaysia berupaya menghadapi keadaan mencabar dengan kekuatan. Apabila pandemik Covid melanda, kita ada #KitaJagaKita. Kini kebencian merebak, mari kita #MZB365, melawan benci dengan rahmah setiap hari.

Sertai dan jayakanlah pergerakan ini!

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/melawan-benci-dengan-rahmah-setiap-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Berpada Pada Di Hari Raya Ini Senarai Jumlah Kalori Bagi Setiap Biskut Dan Kuih Popular

Makan Berpada Pada Di Hari Raya Ini Senarai Jumlah Kalori Bagi Setiap Biskut Dan Kuih Popular

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 188 hits
Tibanya hari raya pastinya kita akan dihidangkan dengan juadah istimewa seperti kuih muih dan hidangan seperti ketupat lemang dan sebagainya sebagai pelengkap kepada sambutan Aidilfitri tiap tahun Bagi mereka yang menjaga badan dan berdiet ...
Corat Coret Kelmarin Hari Ini

Corat Coret Kelmarin Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum WBTBEBERAPA rakan sepejabat Sk akan mula bercuti mulai minggu depan Kebanyakan yang lain macam Sk akan mula bercuti pada isnin dan pihak pengurusan telah memberikan cuti khas pada hari selasa atau sehari sebelum Hari Raya Ai...
4 Menteri Kabinet Jokowi Siap Hadir Di Sidang Mahkamah Konstitusi Hari Ini

4 Menteri Kabinet Jokowi Siap Hadir Di Sidang Mahkamah Konstitusi Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 132 hits
Pada persidangan ini kubu pemohon termohon maupun terkait tidak diperkenankan bertanya Pertanyaan hanya diberikan para hakim MK
Jokowi Lantik Mantan Ajudan Sebagai Ksau Hari Ini

Jokowi Lantik Mantan Ajudan Sebagai Ksau Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 123 hits
Pada pelantikan tersebut Mohamad Tonny Harjono mendapat kenaikan pangkat
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa Di Pagi Hari Raya

Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa Di Pagi Hari Raya

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 535 hits
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 13 Anda berhajat ziarah kubur Ibu Bapa di pagi Hari Raya tetapi tidak pasti apakah doa yang boleh dibaca semasa ziarah kubur Artikel kali ini penulis akan menyenaraikan tatacara doa yang and...
Perbaikan Jalan Tol Bocimi Dilakukan Temporer Ditargetkan Rampung Tiga Hari

Perbaikan Jalan Tol Bocimi Dilakukan Temporer Ditargetkan Rampung Tiga Hari

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 153 hits
Kementerian PUPR akan melakukan perbaikan temporer Tol Bocimi yang ambles karena longsor
Cerita Warga Tiga Hari Menginap Di Pelabuhan Jangkar Gara Gara Kalah Tiket War Kapal Mudik Ke Madura

Cerita Warga Tiga Hari Menginap Di Pelabuhan Jangkar Gara Gara Kalah Tiket War Kapal Mudik Ke Madura

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 180 hits
Sejak diberlakukan pembelian tiket secara daring pihak pelabuhan tidak melayani pembelian tiket offline
8 Checklist Persiapan Hari Raya Aidilfitri

8 Checklist Persiapan Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 605 hits
8 Checklist Persiapan Hari Raya Aidilfitri 10 Pelbagai perkara bermain di fikiran mengenai persiapan hari raya Ada antara perkara boleh diingat selalu ada yang kita terlupa Jadi bagi memudahkan anda membuat persiapan hari raya artikel ini m...
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Kek Lapis Penganan Pilah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinda Dania Katana Chord

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Makan Kenduri Di Telok Panglima Garang

3 Beranak Ke Ikea Cheras