Melatah Nak Gelak Ke Nak Kesian
Siapa entah post status lawak tengok orang melatah dalam satu show ni. Fiza pun carilah kat youtube. Mungkin show Opocot melatah yang dimaksudkan. Kesian pulak tengok artis melatah teruk betul. Pulak tu ramai yang dok sakat
Tak pasal, Fiza boleh terjebak tengok show tu. Aduhaiii nak gelak ke nak kesian entah. Opocot! Ooo mak kau! Itu biasa kita dengar yang keluar dari mulut orang yang kaki latah ni. Asal cucuk pinggang atau cuit sikit je dah mulalah dia melatah tak berhenti
Yang keluar opocot, mak kau tu okay lagi lah. Tapi kalau perkataan yang tak senonoh tu, boleh buat malu je. Zaman dulu, melatah ni terkenal dikalangan orang orang tua je. Sekarang ni, orang muda pun dah mula melatah.
Melatah penyakit atau tidak?Menurut Kamus Bahasa Melayu[me.la.tah] | ملاته
Definisi : melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Credit : Pusat Rujukan Persuratan Melayu
What causes latah? Latah terjadi bila mana seseorang tu terkejut melampau dengan sesuatu. Samada dengan disergah, usikan, cuitan ataupun bunyian. Uniknya budaya melatah ni hanya terjadi pada sesetengah bangsa di Asia Tenggara dan kebanyakkannya adalah wanita
Wanita melatah itu biasa. Lelaki melatah jarang sekali tapi bila tengok show tu macam lebih ramai lelaki melatah rupanya
Pakar mempercayai bahawa latah ni adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit. Ada juga yang mengatakan ianya sejenis penyakit. Mungkin ia berkaitan dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan juga sosial
Ianya tergolong dalam culture-bound syndrome, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-diterbitkan pada tahun 1994.
Jadi, masih belum diketahui punca yang tepat untuk dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental ataupun sekadar tabiat dalam sesuatu budaya
Sejarah latah pula boleh baca kat cerita lengkap fenomena melatah
Melatah Boleh BerjangkitYe, melatah boleh berjangkit tau! Ehh bukan saja nak takutkan tapi orang kata lah. Katanya kalau kita suka usik ke sakat orang melatah, nanti kita pun boleh terkena jangkitan melatah tu
Faktor genetik juga salah satu punca jangkitan melatah ni. Lagi lagi kalau duduk satu rumah dengan keluarga yang jenis melatah. Persekitaran juga memainkan peranan seseorang mudah dijangkiti tabiat melatah ni
Kesan MelatahSerius cakap, rasa kesian bila orang suka mengusik kaw kaw orang melatah tu. Yang kita ni dok gelak sampai keluar air mata dibuatnya
Ada juga saudara jenis melatah teruk. Kalau berjumpa ada je yang suka menyakat dia. Kesian-kesian pun kita boleh gelak lagi tengok gelagat orang melatah. Terasa kejam pulak gelakkan orang melatah. Tapi itulah tak boleh nak bendung gelak tu. Sakit perut gelak weii
Penat MelatahKita gelak-gelak, orang yang melatah tu serius penat. Dia pun tak minta jadi macam tu. Tapi bila masyarakat sekeliling suka menyakat hari hari mana mahunya melatah tu nak hilang macam tu je
Tipulah kalau kata mereka tak malu dan rendah diri. Benda susah nak kawal dan mereka pun tak sangka akan jadi seteruk itu. Kalau jenis yang melatah teruk memang penat lah kena jadi bahan lawak orang
Kerja TergangguKerja mereka pun boleh ternganggu kalau orang asyik dok sakat je. Orang melatah ni sangat bahaya kalau drive. Rasanya tak ada orang melatah drive kan? Ke ada juga? Ke tak dibenarkan drive. Maaf, soalan macam bodoh tapi serius juga nak tahu sebab tak tahu.
Dalam hal ni tak tahu nak salahkan sesiapa. Mereka dan keluarga mereka? Oh tidak! Orang sekeliling memainkan peranan bantu mereka.
Melatah MembahayakanJangan usik keterlaluan. Gurauan tu adakalanya bahayakan nyawa orang. Dibuatnya masa tu tengah potong sayur kat dapur, sekali terkejut pisau terkena orang. Tak pasal bahayakan orang lain juga.
Nak mengusik pun biar kena tempat dan masanya. Dan gurauan tu jangan melampau sangat.
Cara Hilangkan LatahOrang sekeliling kena bantu pelatah ni dengan cara jangan buat mereka melatah. Sebab lagi kerap kita sakat dia lagi galak dan semakin teruk latahnya nanti
Cara lain, jalani terapi, kaunseling (psikoterapi) dan juga hipnoterapi. Kalau rasa orang sekeliling tak membantu, boleh usaha jalani rawatan dan terapi. Mudah-mudahan dapat membantu menghilangkan latah
Rasanya setiap orang ada je melatah. Cuma melatah tu jenis melatah biasa dan tak teruk. Contohnya macam barang terjatuh ke, tersandung ke. Dia jadi auto melatah. Ada tak yang macam tu? Mesti ada kan
Fiza paling takut dekat dengan orang melatah ni. Risau betul dipukul diketuk ke bila orang lain usik. Kita pulak yang jadi mangsa nanti. Sebelum terkena, siap siap jauhkan diri daripada si pelatah
Kalau nampak orang melatah, sila duduk jauh jauh okay. Jangan kau orang tumpang sekaki menyakat pelatah. Mereka ada perasaan dan mereka juga perlukan masa untuk bertenang. Hormati juga keluarga mereka. Kalau family pun jenis suka menyakat tak boleh nak kata apa lah. Itu antara merekalah
Orang luar, faham faham sendiri. Kalau orang tak suka, tak perlu seronok sangat lah nak menyakat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/melatah-nak-gelak-ke-nak-kesian.html