Melangkah Keluar Dari Metaverse Dan Melangkah Masuk Ke Dalam Jumpaverse Menjelang Hari Raya Di Ipc
Menjelang sambutan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, IPC Shopping Centre (IPC) meraikan Ramadan dan Hari Raya dengan kempen “Jumpaverse” yang bermula dari sekarang hingga 15 Mei, di mana pembeli-belah boleh menikmati pelbagai promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan berbelanja di IPC Shopping Centre
Pandemik telah menyebabkan ramai orang menjalani kehidupan seharian mereka secara dalam talian, di dalam dunia meta atau metaverse digital di mana mereka bekerja, berhubung, dan berinteraksi dengan rakan-rakan serta keluarga. Sempena sambutan Raya yang sudah tidak lama lagi, IPC mahu menggalakkan orang ramai untuk meninggalkan metaverse dan melangkah masuk ke dalam dunia nyata menerusi kempen “Jumpaverse” anjurannya yang kaya dengan interaksi dunia sebenar, di mana mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dalam persekitaran yang serba mudah, selesa dan selamat, di IPC Shopping Centre
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, IPC telah mengubahsuai tempat makan terbuka luar bangunan mereka di mana pengunjung Muslim boleh berbuka puasa secara al-fresco bersama-sama rakan dan keluarga mereka sambil menikmati potongan 20% untuk tempahan makanan melalui Foodpanda, manakala ahli Pandapro boleh menikmati 5% potongan tambahan. Mereka yang berbuka puasa di situ juga boleh memainkan peranan mereka dalam menjaga alam sekitar dengan mengasingkan sisa makanan dan bungkusan ke dalam tong sampah yang disediakan. Tempat makan terbuka ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam
Pembeli-belah yang berbelanja minimum RM600 dalam tiga resit akan menerima set bekas kutleri, manakala mereka yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima e-Baucar Jumpaverse bernilai RM10. Terdapat juga Paket Raya untuk ditebus oleh pembeli-belah yang berbelanja minimum RM150 dalam dua resit. Dalam pada itu, terdapat manfaat tambahan untuk ahli IPC Tack Club yang boleh menikmati tawaran promosi sama pada nilai perbelanjaan yang lebih rendah
“Hari Raya sebelum ini telah disambut dengan cara yang berbeza akibat pandemik. Namun, memandangkan kita telah kembali kepada normal, IPC mahu menyediakan sebuah platform atau tempat untuk pembeli-belah Muslim kami untuk berkumpul pada Ramadan dan Hari Raya ini, dan meraikan kebersamaan sambil menikmati makanan, bersantai atau membeli-belah untuk persiapan Raya. IPC mahu terus menjadi tempat di mana para pengunjung boleh berasa selesa dan tenang seperti di rumah mereka sendiri untuk menyambut Raya sambil menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan,” kata Mark Tan, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre.
Semasa kempen Jumpaverse ini, pembeli-belah akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti bengkel seni dan kraf hujung minggu percuma untuk kanak-kanak, pertunjukan muzik dan tarian kebudayaan serta penampilan oleh maskot kesukaan kanak-kanak, Små Club Buddies. Pembeli-belah juga boleh mengambil bahagian dalam penebusan media sosial dengan menangkap swafoto di mana-mana perhiasan bertemakan Raya di sekitar IPC Shopping Centre dan memuat naik ke dalam Instagram Story mereka. Para peserta hanya perlu tag @IPCShoppingCentre dan memasukkan tanda pagar #Jumpaverse untuk menebus beg tote kitar semula IPC percuma di i-Counter yang terletak di Aras G
Bagi memasti para pengunjung boleh membeli-belah dengan tenang, IPC telah meningkatkan kerja-kerja sanitasi dan komited terhadap standard kebersihan yang tinggi, protokol pengesanan kontak dan penjarakan sosial mengikut arahan kerajaan yang terkini bagi mengekang penularan virus demi memastikan keselamatan semua pembeli-belah, penyewa, dan komuniti. IPC Shopping Centre juga telah memperkenalkan penambahbaikan terkini ke atas kemudahannya bagi memudahkan dan menyenangkan pembeli-belah
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen “Jumpaverse” IPC Shopping Centre, sila kunjungi www.ipc.com.my/jumpaverse dan ikuti IPC di dalam Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2022/04/melangkah-keluar-dari-metaverse-dan.html