Melaka Maju Aku Terpegun Di Encore Melaka Impression Series
Encore Melaka Tarikan Terbaru di negeri Melaka || Yahoooooo. Finally, aku jejak ke bumi Melaka setelah bertahun tinggalkan zaman diploma 5 tahun lepas. Melaka semakin maju! Yes, bila masuk Encore Melaka nih, aku tergamam! Wujud bangunan gah macamni kat Melaka. Meskipun maju, sejarah dan seni kebudayaan di Melaka tetap sama, tak pernah berubah!
Encore Melaka bukan setakat canggih di luar, bahagian dalam bangunan pun canggih! Serious, Teruja kita tengok!! Pilihan warna putih dan biru yang digunakan pada dinding bahagian luar memang cantik, Cantik untuk bergambar.. Hehee~
Dah, jom masuk! Check bag dulu...
Ada apa di Encore Melaka?
Ha, aktiviti utama kat sana ialah tonton show. Masa kami sampai tu, hujan dah start turun, tak boleh bergambar sangat, and show pun dah nak start.
What Show ? Show berkaitan apa?
Persembahan Teater. Kami tengok persembahan teater atau nama lainnya, pertunjukan kebudayaan berkaitan sejarah Melaka. Kalau sebut teater, of course penceritaan tu secara muzikal, terdapat tarian, lagu, dan pelbagai babak puitis. TAPI teater di Encore Melaka mempunyai keunikan dan kelainan berbanding teater di tempat lain dari segi kecanggihan teknologinya! Nak tahu apa? Scroll lagi ye........
Awesome! Berrgabung
Rasa macam tengok screen wayang paling besar !!
Cantik sangat warna warni kan,,
Bersesuaian tagline mereka, 'the untold story of Melaka', para pengunjung bakal dihidang dengan tujuh cerita menarik dalam pertunjukan di sini. Betul, ada cerita yang tak pernah diketahui sesiapa dalam negeri Melaka nih tau. Aku pun baru tahu..Tertanya-tanya apabila muncul seorang lelaki mengaku dia ada ENAM ORANG IBU. Fuh, What do you think? Hehe~
Sedang syok menonton teater, tiba-tiba kerusi penonton macam bergerak. Member aku cakap, yang pusing tu adalah stage kat depan tuhhhh! Bergaduh gak lah nak pastikan sama ada, kerusi audience yang bergerak or stage depan kami yang buat pergerakan. Tahu apa??
Jawapannya : Platform audience ROTATE 360 degree lahhh! Wowww! I told you! Hehe..
Kerusi yang penonton duduk tu sebenarnya berputar 360 degree secara perlahan semasa show sedang berlangsung dan kalau nak tahu, stage yang digunakan untuk persembahan tuuuu sangatlah panjang sepanjang 240 meter bersama beberapa pentas hidraulik dalaman! Selain daripada tuh, aku kagum dengan audio, lighting dan paparan 3D yang sangat canggih. Sekejap tengok kat paparan kat screen 3D, pastu tengok kat bahagian bawah, dan atas pentas sebenar.....fuh...tak rasa boring pun..
Nah, Inilah kelainan yang terdapat dalam teknologi persembahan teater Encore Melaka. Korang pun kena rasa apa aku rasa..Kah-kah! Amazingg hoi!
Ya, bertekak dengan orang sebelah pasal stage kat sini.
Sebab tak baca brochure sebelum tengok teater. HAHA.
Sepanjang persembahan, mata aku meliar tengok screen besar gila depan mata. Part paling aku suka, part air turun dari atas siling. Kagum gila masa tuh! Rasa sejuknya air tu sampai ke tempat aku duduk.. Love it! Real punya show...Siap betul-betul punya air turun beb! Aku ada selit sikit sedutan video kat Instagram.. Check it out yeah!
Woww.. 200 orang pekerja local yang menjayakan persembahan untuk menghiburkan penonton..Ini baru sebahagian tau
Kerusi selesa, persekitaran bersih
Teater done, Takkan terus balik? Ha, lepak lah jap tepi laut, boleh tengok sunset... Nak tenangkan fikiran sebelum melangkah pulang.
I love this view so much ! Feel peace and harmony. Angin meniup diri... Adui, Rindu pulak sekarang
'Art Market' pun ada. EHH!! Hihi. Masa kami pergi, date dekat dengan Christmas celebration
Banyak booth yang dibuka. Member Aku rambang mata tengok anting-anting yang dijual..Ada oden, nasi, air minuman..dan banyak lagi..
Okay, kalau nak beli banyak lagi souvenier, ada tempatnya berhampiran tempat kaunter tiket
Banyak boleh dibeli buat kenangan.
Petang sampai ke malam kita duduk kat Encore Melaka nih awak! Saja nak tengok keadaan malam kat sini.
Bangunan bersisik
Nak baring boleh takkkk? Hahaha.. No lah, cannot sit or lay on the board tu okay..
OVERALL, aku suka dan puas hati! Segala teknologi yang digunakan memang canggih gila, sesuai dengan harga tiket... Kalau korang dah sampai sini, baru tahu apa maksudnya... Aura semangat dan kejayaan negeri Melaka terasa dekat dengan aku masa berada di sini..
Jadik...korang pun boleh terjah ke sini..untuk rasai sendiri perbezaan yang terkandung dalam persembahan teater nih..
OHHH jap
Kalau uolz nak dapatkan 5% diskaun, boleh guna code di bawah tapi sah untuk pembelian tiket di website dorang sahaja : https://encore-melaka.com/
Guna CODE ni : EMBLGNONA
Code ni boleh digunakan sehingga 31 March 2020 sahaja tau! Rugi tak grab, alang-alang dah ada diskaun nih, kan :)
Harga bermula 1 Januari sehingga Disember 2020 seperti tertera ye..
ENCORE MELAKALokasi : PTS Impression Sdn Bhd, No 3, Jalan KSB= Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia
No telefon : +606 2707 7700Website : www.encore-melaka.com
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2019/12/melaka-maju-aku-terpegun-di-encore.html