Pendekatan Pak Lah Najib Punca 2020 Tak Maju



Malaysia tidak maju bukan kerana salah Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-4 pada 1990an lalu.
Menurut Tun Mahathir yang menjadi PM ketika wawasan itu dilancar, kegagalan negara untuk mengecap taraf negara maju hari ini adalah kerana pendekatan ekonomi, pentadbiran dan sosial PM ke-5 (Abdullah Ahmad Badawi) dan ke-6 (Najib Razak) yang tidak sesuai dengan matlamat awal dan perlaksanaan yang ditetapkan.
Oleh itu, menurut Mahathir, taraf negara maju hanya akan dicapai 10 tahun lagi iaitu pada 2030.
“Tahun 2020 ini agak signifikan bagi saya kerana hampir 3 dekad yang lalu kita lancarkan Wawasan 2020 dan menyasarkan tahun ini mencapai tahap negara maju.
“Tetapi, kerana beberapa pendekatan beberapa tahun lalu yang diambil pemimpin kerajaan ke-5 dan ke-6, maka wawasan itu tidak dapat dicapai pada tahun ini.
“Kita perlu lanjutkan tempoh itu selama 10 tahun lagi,” katanya di hadapan kira-kira 80,000 pengunjung sewaktu berucap sempena sambutan Ambang 2020 di Dataran Merdeka malam tadi.
Mahathir berkata 2020 diharap dapat memberi lebih nikmat dan kemakmuran kepada rakyat berbanding 2019, yang ditinggalkan dengan pelbagai kenangan pahit dan manis.
“Walaupun ada debaran dan sedikit kerisauan jika berlaku sesuatu di luar jangkaan yang mungkin merugikan dan menyusahkan, rata-rata kita perlu yakin bahawa usaha yang kita semai pada 2019 akan membuahkan hasil pada 2020.
“Kerajaan sedar bahawa sepanjang 2019 terdapat beberapa isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Kita akur dan peka dengan suara-suara tersebut dan usaha untuk memajukan negara ini tetap berterusan dan kekal sebagai satu amanah kerajaan hari ini,” katanya.
Mahathir turut memberitahu, rakyat di seluruh negara mempunyai peranan supaya sasaran kedatangan 30 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan RM100 bilion dapat diraih sempena Tahun Melawat Malaysia 2020
Mahathir berkata negara mempunyai peluang besar dalam industri pelancongan dan ia terbukti apabila statistik aktiviti pelancongan negara terus berkembang setiap tahun.
“Bagi tahun 2019, prestasi industri pelancongan Malaysia dari Januari hingga September memperlihatkan kesan yang amat menggalakkan.
“Ketibaan pelancong asing ke Malaysia meningkat sebanyak 3.7% kepada 20.11 juta orang berbanding 19.39 juta orang bagi tempoh sama pada 2018,” katanya.
Bahkan, kata beliau, perbelanjaan pelancong asing bagi tempoh Januari hingga September 2019 turut menunjukkan peningkatan sebanyak 6.9% iaitu RM66.14 bilion, berbanding dengan RM61.85 bilion bagi tempoh sama pada 2018.
“Ia industri yang berupaya melibatkan setiap lapisan masyarakat dan tidak mempunyai had kepada sesiapa yang ingin menceburinya.
“Kesan limpahan atau `spill over effect’ amat menyeluruh dan rakyat boleh memilih untuk menceburinya mengikut keupayaan, kreativiti dan cita rasa diri masing-masing,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25960

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Pak Lah Tak Hina Kaum India Cina Seperti Tun M

Najib Pak Lah Tak Hina Kaum India Cina Seperti Tun M

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 313 hits
Datuk C Sivarraajh KUALA LUMPUR Ketika kempen PRU 14 rata rata pengundi dalam kalangan Cina dan India begitu teruja apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kembali menerajui negara sebagai perdana menteri semula Malah setiap kesilapan terdahul...
Takkan 2020 Pun Nak Salahkan Najib Lagi

Takkan 2020 Pun Nak Salahkan Najib Lagi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 312 hits
Bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak setiap ahli pembangkang melawan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun depan Menurutnya mereka perlu menen...
Azam Tahun 2020 Rakyat Mahu Najib Dipenjara

Azam Tahun 2020 Rakyat Mahu Najib Dipenjara

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 478 hits
Ramai yang kata orang Melayu majoriti tidak lagi sokong Tun itu aku boleh terima Tetapi majoriti melayu lebih besar mahu najib dpenjarakan Itupun aku boleh terima Apakah ekonomi akan lebih bagus jika najib dpenjarakan Itu kena tanya pakar T...
Maju Pilwalkot 2020 Gibran Rakabuming Didukung Atlet Badminton Solo

Maju Pilwalkot 2020 Gibran Rakabuming Didukung Atlet Badminton Solo

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 210 hits
Billy mengatakan Gibran sangat layak menjadi Wali Kota Solo menggantikan F X Rudi Hadiyatmo karena memiliki pengalaman memimpin di perusahaannya
Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

Imbas Kembali Wawasan 2020 Malaysia Sebagai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 641 hits
Tadi ada banyak masa aku membaca kembali satu artikel dari Pejabat Perdana Menteri yang aku rasa terlupa nak buang tentang Wawasan 2020 Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun 2020 dan tahun ni adalah tahun kita menjadi negara maju Kon...
Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 767 hits
Penguasaan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan Dan selama lebih 18 bulan inilah juga Dr Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi...
Bila Pm Bukan Jenis Lanun Kita Pakat Lah Doa Ekonomi Bagus Negara Maju Walau Berlainan Parti

Bila Pm Bukan Jenis Lanun Kita Pakat Lah Doa Ekonomi Bagus Negara Maju Walau Berlainan Parti

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 303 hits
Ringgit Makin bagus alhamdulillahHarga sawit Makin Naik alhamdulillahItu Cara netizen kepala waras
Kadar Tol Turun 18 Peratus Bukan Pada 1 Januari 2020

Kadar Tol Turun 18 Peratus Bukan Pada 1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 669 hits
akyat Malaysia yang bercadang untuk menikmati faedah kadar tol di lebuhraya lebuhraya bawah pengurusan PLUS mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi Menurut sumber yang rapat dengan syarikat konsesi itu PLUS tidak mendapat lagi sebarang su...
Mulai Jan 2020 Pelancong China Amp India Dikecualikan Visa Dengan 7 Syarat Ketat Ini

Mulai Jan 2020 Pelancong China Amp India Dikecualikan Visa Dengan 7 Syarat Ketat Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 292 hits
Bermula 1 Januari depan pelancong dari India dan China akan dikecualikan visa selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan nbsp Pengumuman kerajaan itu adalah bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malays...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement