Encore Melaka The Place You Must Visit
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua sahabat reader blog JM 😍
NAMPAK tak? nampak? baru baca tajuk entri pun dah TERUJA tau..korang teruja tak? Pernah dengar pasal Encore Melaka ni? Pernah pergi ke tak?
Semua orang tahu..sebut jenis Negeri MELAKA, sudah tentu cross in mind..negeri yang paling banyak tempat-tempat sejarah dan attraction termasuklah makanan famous negeri Melaka ASAM PODEH!!
Kalau musim cuti sekolah je...tipulah kalau parent tak bawak anak-anak pergi bercuti kat Melaka, Pergi naik CRUISE la, Menara Taming Sari la, naik BECA lah..ehh macam-macam lah ada kat Melaka tu dan tarikan terkini ramai yang tak tahu adalah ENCORE Melaka
ENCORE Melaka? tempat apa ni? best tak sini? Apa nak buat kalau ke sana? Betul tak? mesti akan ada orang tanya soalan-soalan seperti itu.
Nah!!!! DUTA Encore Melaka...DUTA? akakaaka....Haaaai orang-orang Melaka hihihiih.....jangan kata orang Melaka sendiri tak tahu apa yang menarik kat Encore Melaka tu..ke orang Melaka dah puas pergi sana tapi biasanya lah kan..kalau dah dekat takkan pergi punya percayalah. Contoh seperti orang Putrajaya lah...bila tanya dah berapa kali naik Cruise Putrajaya keliling tasik? Jawapan nya tak pernah (JM lah tu)..hahahah..sedangkan orang dari negeri lain ramai yang dah naik
SO jom ikut JM..kita tengok apa yang best kat Encore Melaka ni.. Tapi sebelum tu JM nak kongsi sedikit pasal ENCORE Melaka ni.
What is ENCORE Melaka? Is it Performing Arts Teater in Malaysia (Melaka) like Istana Budaya in Kuala Lumpur? FAHAM????
Pernah tengok bangunan Istana Budaya tak? cantik kan design dia? TETAPI design building Encore Melaka lagi SUPERB beb!!! Sangat besar dan senibina bercirikan OMBAK dan SISIK IKAN!!!! Tak percaya? nanti JM share gambar!
Nampak tak..bahagian atas bangunan tu beralun seperti ombak dan dinding seperti sisik ikan"The Geomectric Facade has concaved arcs made out of thousand of FISH SCALE-like LED panel and 50,723 White Diamond shaped aluminium composite panels, which reflects light from the ever-changing and vibrant sky of Melaka."
Serious memang cantik sangat tempat ni, lokasi yang mudah di cari, terletak di tepi laut Selat Melaka...tapak asal adalah LAUT dan di tambak dengan tanah untuk bina Encore Melaka ni. Cuba korang bayangkan berapa kos yang untuk menyiapkan teater building yang terbesar di ASIA di atas tanah yang ditambak...asalnya LAUT!!!!
Itu sebab bangunan Encore Melaka tepi laut. Parking untuk ORang Kurang Upaya pun disediakanKenapa perlu ke sini? Apa yang boleh buat kalau ke sini?
1. Bergambar dengan bangunan Encore Melaka yang sangat cantik dan unik. Keunikan bangunan Encore Melaka ni menjadi tumpuan pelancong, traveller dan insta-famous. Ia juga menjadi lokasi pre-wedding dan lokasi pengantin mengambil gambar kenangan.
Welcome to Encore Melaka - Impression Series..memang impress!!!Serious cantik sangatBoleh tengok sunset dari siniZoom sikit!2. Kepada peminat TEATER, JM syorkan korang tengok Encore Melaka Teater - An Immersive Performance yang dipentaskan di atas pentas keluasan 240meter - The Longest Stage in South East Asia dan yang lagi menarik tu bole htengok secara langsung persembahan dari 200 orang pelakon teater tempatan..200 orang tau!!! dan yang paling menarik..kedudukan/kerusi penonton teater ni boleh berputar 360darjah..bukan pentas yang bergerak..TETAPI kerusi tempat penonton ni yang berpusing..memang best sangat lah..Emang rezeki JM dapat menonton dan menikmati persembahan teater yang melibatkan multiple lifting platforms, sound and light and a 3D projection that create reality that travel through time. Nak ceritanya..bila tengok persembahan teater ni memang sangat terpukai dengan teknologi yang mereka gunakan dan komitmen setiap pelakon teater sangat kemas dan teratur.
Bagaimana nak ke sini dan kemudahan yang disediakan?
Korang waze je Encore Melaka..takkan sesat punya..terletak betul-betul tepi laut dan kawasan sekitar Encore Melaka ni dalam proses pembangunan lagi. Dalam beberapa tahun lagi akan ada bangunan yang lebih unik..sedang dalam pembangunan.
Alamat Encor Melaka : No 3 Jalan KSB - Impression 8, Impression City @ kota Syahbandar, Melaka
Memang IMPRESS betul la...waktu kami sampai hari tu dari jauh lagi dah nampak bangunan Encore Melaka tersergam indah..nampak putih dari jauh.
Kalau pergi dengan kenderaan sendiri tak perlu risau kerana banyak kemudahan tepat letak kereta disediakan, ada dalam bangunan bertingkat dan juga parking di luar kawasan lapang bangunan. Kemudahan tempat letak kereta sangat banyak.
Kemudahan surau juga disediakan bersebelahan tandas di Entrance AKemudahan tempat letak kereta yang besar dan luasBagi mereka yang menginap di hotel seperti Ramada Plaza Hotel, Swiss Garden Hotel, Majestic Hotel, The Pines Hotel, Hatten Hotel, Doubletree Hotel, Casa Del Rio Hotel, Puri Hotel, Swiss Hotel Heritage dan Swan Hotel, jana risau kerana ada Shuttle Service dari Hotel ke Encore Melaka and its FREE!!!!!
FREE pick up Shuttle from Hotel to Encore MelakaFree Shuttle Bus and VanEncore Melaka Teater - An Immersive Performance
Nahh!!!! bila dah puas bergambar jom kita masuk tengok Teater - An Immersive Performance. Saat-saat yang di tunggu telah tiba, 20 minit sebelum 5.30pm, semua pemegang tiket akan masuk melalui Pinta A (entrance A) kerana show akan bermula jam 5.30pm selama 75minit.
Harga tiket standar RM148Tiket boleh dibeli di kaunter atau beli secara onlineWaktu Persembahan adalah mengikut hari :
Isnin hingga Sabtu - 5.30 pm dan 8.30 pmAhad - 2.30 pm dan 5.30 pm
Harga Tiket
Standard Seat : RM128
Premium Seat : RM248
VIP : RM568 RM528 for Mykad RM568 for Non Mykad
Wheelchair : RM98
Tiket online : Tiket Online
Kepada yang berminat boleh tempah tiket sekarang sebelum 31 Dis 2019 kerana Promosi Sempena Hari Christmas dan juga ada promosi Sempena Tahun Baru China. Harga tiket lebih murah dan tempah sekarang di Ticket Online
Selepas masuk entrance A, semua penonton dikehendaki scan tiket dan handbag checking. Tidak dibenarkan bawa masuk makanan, minuman dan kamera kecuali telefon bimbit. Bagi yang bawa kamera perlu di simpan di dalam laci yang disediakan
Tempat duduk audience yang sangat luasPersembahan teater ni terdiri daripada 7 kisah/cerita yang berbeza (storyline) :1st Scene - kisah Parameswara, bagaimana beliau telah terjumpa dengan kancil dan pokok melaka2nd Scene - Kisah berkenaan Cheng Ho. Kenal tak siapa Laksamana Cheng Ho
3rd Scene - Kisah perkahwinan Nyonya Melaka (sangat menarik)4th Scene - Six Mothers5th Scene - Pregnant Woman6th Scene - Kisah Wau7th Scene - Finale
Kisah Parameswara, terdapat 3 orang memberi penerangan bagi setiap persebahan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeri dan Bahasa CinaKisah Parameswara menakana Melaka sempena Pokok MelakaKisah Laksamana Cheng Ho di MelakaMemang banyak scene yang sangat menarik dan cantik, JM tak boleh nak share semua kat sini, kalau korang nak tahu lebih sila la pergi tengok show ni memang sangat berbaloi
Semua antara scene sepanjang persembahanJadi jangan lepaskan peluang, kunjungilah Encora Melaka!!!!!!!!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jarimanistravel.blogspot.com/2019/12/encore-melaka-place-you-must-visit.html