Meh Mak Iti Belanja Bayar Toys Untuk Peminat Netizen Puji Tokti Humble
Ramai yang sukakan sikap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mudah didekati dan sangat merendah diri. Terbaharu, melalui perkongsian vlog di saluran Youtube, beliau dan anak sulungnya Siti Aafiyah membeli-belah di sebuah gudang menjual permainan.
Artikel Menarik: [Bawa Kek #2, Anissa Buat Suprise Beritahu Syahmi Dia Hamil Anak Kedua. Tahniah!]
Comel melihat telatah Aafiyah yang memilih permainan untuk adiknya Muhammad Afwa yang kini berusia enam bulan. Di dalam video tersebut, Tokti turut melahirkan rasa berterima kasih kepada para peminat yang banyak memberi hadiah kepada anak-anaknya. Tambahnya, hadiah untuk Aafiyah dan Afwa penuh satu bilik!
Sempat juga berkongsi permainan yang menjadi kegemarannya ketika kecil, Tokti memberitahu yang dia tak bermain dengan anak-anak patung. Dia lebih suka bermain permainan yang lasak seperti baling selipar dan biji getah.
Artikel Menarik: [Modal Tak Besar Tapi Anak Jadi Cerdik. Ajak Dia Tampal Sticker Je!]
Tokti turut melahirkan rasa bersyukur kerana mempunyai sedikit kemampuan dan seboleh-bolehnya dia cuba untuk menunaikan permintaan anaknya. Apa yang menarik, di penghujug video dapat dilihat Tokti menegur seorang kanak-kanak yang kebetulan ada di kaunter dan mempelawa untuk membayar permainan yang dibeli oleh kanak-kanak itu.
Dia juga turut mendoakan para peminatnya agar gembira dengan kehidupan mereka. Rata-rata komen dari peminat yang menonton video tersebut memuji Tokti serta mendoakan semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki.
Ada ke mommies yang tengah pregnant sekarang? Jom, join e-workshop Pa&Ma yang akan share macam-macam ilmu untuk dapat baby. Yang bestnya, e-workshop ni FREE! Siap ada hadiah best untuk lucky draw 👏🏼👏🏼
Perkongsian ilmu dari Dr Roliza Ibrahim (Pakar Perunding Pediatrik) dan Pn Bel Nawhen (Jururawat Bertauliah). Issey pun ada nak share pengalaman dia dapat baby baru-baru ni. Jom daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Meh Mak Iti Belanja.” Bayar Toys Untuk Peminat, Netizen Puji Tokti Humble! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/meh-mak-iti-belanja-bayar-toys-untuk-peminat-netizen-puji-tokti-humble/