Belanja Off Budget Tiada Kaitan Kerajaan Hutang 1mdb Siapa Bayar


 



Perbelanjaan off budget atau perbelanjaan yang disembunyikan dalam Belanjawan perlu diteliti secara rapi.



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa perbelanjaan off budget yang tidak dimasukkan ke dalam Belanjawan memang mengurangkan jumlah hutang tetapi sekiranya syarikat berkaitan kerajaan tersebut gagal maka hutang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.


"Dalam menangani Covid dan memacu ekonomi yang segar perlu ada suntikan dana tambahan, sebab itu kita menyokong dana Covid dan Kementerian Kesihatan.


"Namun ada pertimbangan dengan perbelanjaan off budget. Ini jangan dipandang ringan sebab selalunya menteri atau PM menyebut hal ini tidak melibatkan dana kerajaan. Ini satu hal yang mengelirukan kerana tidak benar sama sekali berbelanja berbilion itu tidak menjejaskan dana kerajaan. Dia akan balik kepada kerajaan.


"Saya sentuh off budget kerana ada anggapan ini dana tambahan, tak ada kena mengena dengan kerajaan. Saya sebut ini satu kesilapan.


"Contoh terbesar dan terkenal seantero dunia adalah 1MDB. Ini dirangka oleh kerajaan yang dikatakan off budget tetapi sebagaimana kita tahu sehingga akhir Jun 2021, baki hutang 1MDB kekal pada RM30 bilion. Siapa bayar? Syarikat bayar? Kerajaan. Kerajaan telah menjelaskan RM12 bilion ringgit termasuk bayaran khidmat hutang (faedah).


"RM10 bilion dijelaskan melalui pinjaman manakala bakinya dari akaun amanah. Ada orang kata 1MDB ini fitnah. Fitnah apa, wang dibayar. Sebab itu saya ingin tekankan pertanggungjawaban kepada kerajaan bila ada projek besar," katanya dalam perbahasan Belanjawan 2022 pada sesi pagi Dewan Rakyat hari ini.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengaitkan peristiwa kegagalan 1MDB berkenaan dengan syarikat baharu yang akan dibentuk untuk menjalankan perkhidmatan spektrum 5G.


Syarikat berkenaan, katanya disokong kerajaan dan diperuntukkan dana RM15 - 20 bilion dan sekiranya gagal maka akan menambah hutang kerajaan.


"Misalnya projek 5G yang kabur. Ada kata kos RM11 bilion, ada kata RM15 bilion, ada kata mungkin mencecah RM28 bilion untuk tambah baik 4G, kita kata negara mana yang pernah lakukan ini? Saya nak tahu syarikat mana terlibat, agen dan VIP mana yang terlibat?" tanyanya.


Selain itu, Anwar juga membangkitkan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara terbaharu yang mencatat hampir RM1 bilion ketirisan.


Beliau memberi peringatan tindakan perlu diambil sama ada di peringkat kementerian atau jabatan bagi mengelakkan hal tersebut berulang.


"Laporan Ketua Audit Negara terbaharu menyebut Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh PM pun bocor. Kalau ini tak dapat kita kawal.... belanja RM100 kepada guru, mereka tepuk tangan, belanja RM200 kepada pekerja itu baik tetapi yang bilion dan ratusan juta yang bocor ini, patut ditangani terlebih dahulu.


"Laporan Ketua Audit perlu diambil tanggungjawab oleh Menteri Kewangan atau PM. Sama ada Menteri, KSU atau pengarah jabatan mesti dipertanggungjawabkan. Kalau tidak tahun depan keluar lagi laporan yang sama," kata Anwar.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/belanja-off-budget-tiada-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Baki Hutang Sebenar 1mdb Rm 39 3b

Jumlah Baki Hutang Sebenar 1mdb Rm 39 3b

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 184 hits
Sembang Bersama HANIPA MAIDIN November 1 2021 Tak lucu ke Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 jom kita lihat angka angka ini hutang terkumpul 1MDB setakat akhir Jun 2021 RM32 bilion setakat ini kerajaan dah b...
Hutang Meningkat Petanda Kerajaan Gagal

Hutang Meningkat Petanda Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 346 hits
Menurut kenyataan itu LKAN ini mengandungi tiga komponen utama iaitu pengesahan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan bagi Tahun berakhir 31 Dis 2020 analisis kewangan Kerajaan Persekutuan dan pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan P...
Anwar Wants Govt To Explain Off Budget Projects In Dewan Rakyat

Anwar Wants Govt To Explain Off Budget Projects In Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 291 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim has demanded the government explain several off budget expenditures while debating Budget 2022 in the Dewan Rakyat today He named several projects including the nationwide 5G rollout the possible revival of t...
Perbelanjaan Off Budget Jangan Disorokkan Anwar

Perbelanjaan Off Budget Jangan Disorokkan Anwar

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 252 hits
Perbelanjaan off budget jangan disorokkan AnwarOleh October 29 2021Kelulusan tender yang tidak telus dalam perbelanjaan off budget akan terus ditentang oleh Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2022 Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata...
Budget 2022 Putrajaya Introduces One Off Windfall Tax On Companies Earning At Least Rm100m

Budget 2022 Putrajaya Introduces One Off Windfall Tax On Companies Earning At Least Rm100m

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 288 hits
A general view of Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur October 28 2021 Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz said the tax which will be 24 per cent for the first RM100 million and 33 per cent for the rest above that is to ens...
Mukhriz Cadang Hutang 1mdb Dijenamakan Hutang Ntr Kerana Najib Puncanya

Mukhriz Cadang Hutang 1mdb Dijenamakan Hutang Ntr Kerana Najib Puncanya

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 266 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan hutang 1MDB dijenamakan semula sebagai Hutang NTR Hutang 1Malaysia Development Berhad perlu dijenamakan menjadi Hutang NTR kerana ia berpunca akibat perbuatan bekas ...
Hutang Terkumpul 1mdb Rm32 Bilion Setakat Akhir Jun 2021

Hutang Terkumpul 1mdb Rm32 Bilion Setakat Akhir Jun 2021

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 427 hits
Oleh KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Bhd mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021 demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan hari ini Sejumlah RM1...
Kerajaan Tidak Kompromi Golongan Tolak Vaksin Mahu Nikmati Kelonggaran Hishammuddin

Kerajaan Tidak Kompromi Golongan Tolak Vaksin Mahu Nikmati Kelonggaran Hishammuddin

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 144 hits
S Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir pada sidang media khas di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur Foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan berkompromi dengan golongan antivaksin yang mahu menikmati kelonggar...
5990 Arak Cap Timah Kerajaan Perlu Sekat Penggunaan Nama Harian Metro 18 10 2021

5990 Arak Cap Timah Kerajaan Perlu Sekat Penggunaan Nama Harian Metro 18 10 2021

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 365 hits
Kuala Lumpur Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca isu penjualan arak yang mengelirukan umat Islam semakin berleluasa Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu menyekat pengunaan nama Timah s...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord