Meet Greet Ukay S Bersama Team Proparangers Menikmati Hidangan Bbq Dalam Sungai Di Bbq Lamb Kl Kemensah
Selamat Tahun Baru 2019
Selamat Tahun Baru 2019 Seri Wangi ucapkan kepada semua readers tersayang, macam mana uoll dah ada azam baru tahun ni? Haaaa...Seri Wangi malas nak berazam-azam dah tahun ni, lebih-lebih lagi dah retire (pencen) tapi tetap ada plan kalau diizinkan Allah s.w.t. takut nanti azam kita tu tak termakbul pulak kan? Jadi...biarkan ianya mendatang dan kita terima seadanya.......jangan risau Seri Wangi tetap terus menulis selagi terdaya di samping menambah ilmu di usia senja ni....Oklah....nak cite pasal aktiviti last akhir tahun 2018...ada hutang yang belum berbayar (ps: update blog...haaa)
Meet & Greet UKAY'S
Tahun 2018 telah pun berlalu, namun banyak kenangan pahit dan manis yang Seri Wangi lalui dalam dunia Berblogging ni dan sememangnya wishlist yang Seri Wangi idamkan kebanyakkan dah tertunai...firstly for Travel....haaaa. Semoga tahun 2019 ni wishlist yang masih belum tertunai dimakbulkan Allah s.w.t. dengan izinnya, kalau ada rezeki...!! Last event tahun 2018 ialah Meet & Greet UKAY'S pada 29 Disember 2018 bersama ahli-ahli Team PropaRangers di BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak dekat dengan Zoo Negara. Ini adalah kali kedua Team Proparangers buat pertemuan dengan artis menikmati makan tengahari dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah. Artis pertama sebelum itu ialah Santai Bersama Aiman Tino.
Aktiviti beramahmesra bersama Kumpulan Ukay's bersama Team Proparangers dengan kerjasama LF Production dan juga dengan owner BBQ Lamb KL Kemensah iaitu En Zainuddin Yatim bersama isteri yang sangat mesra menyambut kedatangan kami...meriah gitu...jom Seri Wangi belanja gambar-gambar sekitar alam fauda dan flora di BBQ Lamb KL Kemensah, pasti uoll pun ingin ke sini bersama family pada hujung minggu...sambil makan, sambil mandi-manda.
Kumpulan Ukay's kini kembali menyengat dengan 2 lagu terbaru mereka iaitu Terpaksa Ku Lepaskan, Hadirlah Kasih, Terseksa, Kurelakan Kau Pergi dan l Love you, l Miss You. Memang best lagu dia firstly "l Love you, l Miss You" jadi kalau uoll miss kat darling uoll bolehlah layan lagu ni. Lagu "l Love you, l Miss You" adalah berentak pop rock hasil ciptaan Amy Ukay's yang kini dapat didengar melalui youtube dan mendapat sambutan dari peminat hampir 4 juta penonton dalam masa 3 bulan. Album tersebut diterbitkan hasil kerjasama UK'S Records Entertainment dan Rusa Music. Kumpulan Ukay's masih lagi dianggotai orang lama iaitu Ali Ukay's (Drummer),Amy Ukay's (Keyboardist), Tokjie (Bassist) dan Faiz (Guitarist).
Hidangan BBQ Lamb KL Kemensah - Hidangan di BBQ Lamb KL Kemensah memang tidak disangkal lagi keenakannya yang mana semua hidangan makanannya dimasak di dapur khas berupa dapur asap yang pastinya kualiti masakannya memang sedap dan bahan-bahan basahnya adalah segar. Malas nak cite...uoll datanglah sendiri tengok, cuci mata and jamu selera, pastinya uoll akan datang lagi bersama family sebabnya Seri Wangi dah databg banyak kali...haaaa...Dan tahun 2019 dah ada menu baru.
Dapur BBQ
Menu Baru - Mix Skewer (laku keras)
Kalau uoll terasa nak makan kat dalam sungai dan menikmati alam fauna dan flora bersama family dan mandi-manda dengan anak-anak di kolam renang, janganlah tunggu lagi jomlah ke BBQ Lamb KL Kemensah yang hanya berdekatan dengan Zoo Negara. Kedatangan uoll akan disambut oleh si Fuana/Flora...
Untuk Tempahan dan maklumat lanjut:
Facebook:https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Tel/Wasap012-2114100
Alamat
BBQ Lamb KL KemensahTaman ZooviewKampung Kemensah67000 Ampang, Selangor
Thank you to Team Proparangers, LF Productionand BBQ Lamb KL Kemensah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.keunggulanwanita.com/2019/01/meet-greet-ukays-bersama-team.html