Mee Mee Authentic Thai Empire Kangar


Setiap kali saya dan encik suami datang ke Perlis, adik ipar dan suaminya akan bawa kami makan di tempat yang berbeza. Walaupun Perlis negeri kecil, tapi banyak sungguh pilihan tempat makan. Kali ini kami dibawa ke sebuah kedai makan masakan Thailand iaitu Mee Mee Authentic Thai Empire yang terletak di bandar baru Kangar Jaya, Kangar

Kami datang sekitar pukul 9 malam. Penuh pelanggan sedang menjamu selera. Alhamdulillah ada sebuah meja panjang kosong, sesuailah untuk kami enam orang

Kedai makan dengan dekorasi yang sedap mata memandang. Layanan pantas dan mesra. Kami menunggu makanan sampai kira-kira 20 minit

Kami ambil set untuk 4-5 orang. Ada siakap garlic, tomyam, kailan ikan masin, phadkhapau, telur dadar dan somtam

Pertama kali saya tahu dan mencuba makan ikan siakap garlic. Ikan digoreng garing dan ditabur dengan gorengan bawang. Makan bersama sos bawang putih yang masam dan pedas. Memang sedap! Menurut adik ipar, kalau resepi asli ditabur dengan bawang putih goreng saja. Yang ini campur bawang putih dan bawang merah goreng. Bagi saya yang pertama kali merasa, begini pun dah rasa sangat sedap

Selain set tadi, kami tambah juga satu hidangan daging bakar. Lembut sedap daging bakar dan bertambah sedap bila dimakan bersama sosnya

Ramai peminat minuman Green Tea, saya punya Nestea Mix Berries. Saya cuba minum sikit Green Tea, masih tak boleh terima rasanya. Eh, sebenarnya lebih kepada tak boleh terima baunya

Motif gambar - minuman dan pulut mangga sampai awal, jadinya ‘mereka-mereka’ ni berfoto bersama sementara tunggu makanan lain. Satu cawan minuman lagi tak ikut berfoto sebab tak sekufu - air suam. Hahah…
Pulut warna putih tak cukup, tapi sebab nak jugak dapatlah pulut putih campur purple.Inilah pulut mangga paling sedap yang pernah saya makan. Pulutnya lembut, kuah santan lemak cukup rasa dan buah mangga yang lemak manis. Sempurna! Sebelum ni dah beberapa kali saya cuba makan pulut mangga di tempat lain, tapi biasa-biasa je rasanya. Cuma bab pulut berwarna tu memanglah kurang bagus, walaupun nampak menarik

Klik gambar untuk lebih jelas lihat menu.Pilihan set makanan dan pilihan minuman. Ada pertanyaan? Nombor telefon ada disertakan dalam kad menu

Pilihan makanan lain

Ish…sambil menulis entri ni pun saya terliur. InsyaAllah ada kesempatan bolehlah datang mengulang makan di sini. Teringin nak mencuba menu lain. Itu yang saya letak siap-siap menu di sini, senang nak fikir makan apa kalau datang lagi. Hehe…
Kalau kalian ada ke Perlis dan tak tahu nak makan di mana, bolehlah cuba makan di sini. Buat je carian di Google Maps ‘Mee Mee Authentic Empire’, beralamat di Kangar Jaya. Waktu operasi 12.30 tengah hari sehingga 10 malam. Tutup hari Ahad







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/10/mee-mee-authentic-thai-empire-kangar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebatnya Tokti Siti Nurhaliza Buat Latihan Muay Thai Cvri Tumpuan Peminat

Hebatnya Tokti Siti Nurhaliza Buat Latihan Muay Thai Cvri Tumpuan Peminat

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 218 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila dilihat sedang membuat latihan Muay Thai Menerusi hantaran di Instagram peribadinya Siti memuat naik rakaman video yang memaparkan dirinya sedang...
Pembukaan Rasmi Food Empire Food Court Dalam Malaysia Grand Bazaar Di Bukit Bintang City Centre

Pembukaan Rasmi Food Empire Food Court Dalam Malaysia Grand Bazaar Di Bukit Bintang City Centre

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 197 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kalau korang yang suka jalan dan beli belah di Lalapot atau juga Malaysia Grand Bazaar di Bukit Binrang City Centre kini boleh...
Lain Macam Tinggalkan Komen Di Ig Pelakon Thai G Y Hael Husaini Jadi Bualan Netizen

Lain Macam Tinggalkan Komen Di Ig Pelakon Thai G Y Hael Husaini Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 295 hits
Baru baru ini penyanyi sensasi Hael Husaini sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dilihat meninggalkan komen di Instagram milik seorang pelakon lelaki terkenal dari Thailand Gulf Kanawut Menerusi hantaran tersebut Hael atau nama sebena...
Mama Daughter Bonding Lunch Di Upeh Mid Valley Malay Authentic Cuisine

Mama Daughter Bonding Lunch Di Upeh Mid Valley Malay Authentic Cuisine

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum hi korang yeay sampai dah entry last Mama and daughter bonding entry last for sure entry makan Dania ni pelik orang time ni la nak paw mama nak makan sedap sedap ehhh semua yang SA suggest dia x nak ye dia nak makan NASI Adu...
Makan Mee Bodo Hassan Kat Tengkera

Makan Mee Bodo Hassan Kat Tengkera

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 189 hits
Assalammualaikum Dunia Mee bodo Hassan Tengok lar ramai orang Ini adalah kali kedua merasai mee bodo Hassan yang popular itu Masa hari kejadian adalah hujan dan sementara nak menunggu 3 ketul budak yang ambik ujian taekwondo jom ler kita ma...
Authentic And Modern Leather Pouffes You Must Have

Authentic And Modern Leather Pouffes You Must Have

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 193 hits
Family reunions lead to a chair game to see who will end up sitting on the floor Due to space limitations you cannot add a chair Add a nomadic seat by choosing a leather pouffe The post appeared first on
Mee Sanggul Daging Goreng Pedas

Mee Sanggul Daging Goreng Pedas

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum wbtMUSIM nak pilihanraya ni nampaknya Pak Inche sibuk ke sana ke sini jumpa klien Dari pengalaman yang lepas lepas Pak Inche akan keluar daerah Semalam petang Pak Inche ke Ayer Hitam Bila ditanya nak makan malam di rumah ata...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master