Mee Goreng Gardenia
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Mee goreng Gardenia | Gardenia, siapa tak kenal... Sebut gardenia terbayang roti je... Memang popular roti ni kat negara kita.
Walaupun ada banyak pilihan roti, tapi Gardenia antara yang popular dan ramai orang suka.
Gardenia tak terhad kepada roti sahaja sekarang ni. Bila gardenia mengeluarkan produk lain, iaitu mee kuning.
MF teruja masa baru-baru keluar produk ni. Tapi kat tempat MF ni payah betul nak dapat.
Tapi, semalam suami MF ke kedai ternampak mee kuning ni dan terus beli. Saja nak mencuba. Sama tak rasanya dengan mee kuning yang biasa ada di pasaran.
Mee goreng Gardenia.
Kebetulan pagi ni cuti, jadi MF ada peluang masak sarapan pagi untuk keluarga.
Nak masak mee goreng biasanya kena banyak bahan kan.. Baru hilang bau mee dan rasa kapur pada mee tu...
Tapi, kali ni MF takde pilihan... Bahan yang ada hanya tauge dan telur. Jadi, kena goreng mee kosong je lah... Pasrah lah kalau bau mee nanti..
Bebas bahan pewarna dan bau kapur
Kebiasaan, Sebelum masak mee, kena basuh dulu mee tu untuk hilangkan warna dan bau kapur pada mee tu kan.. Tapi tidak pada mee gardenia ni. Memang takde pewarna dan juga bau kapur...
Basuh sikit-sikit je... Terus je boleh digoreng. MF goreng pun tak lama... Masukkan je mee dan tauge dalam bahan sambal, terus kacau rata.. Terus tutup api.
Siap... Dan terus boleh dimakan.
Rasanya kenyal dan sedap
Memang sedap mee Gardenia ni.. Kenyal dan takde bau walaupun bahan tak banyak kita guna. Buat mee kosong je pun dah sedap. Lebih sedaplah kalau tambah bahan lain.
Memang patutlah beli mee ni... Sepeket tu dalam 450g.. Tapi MF masak tadi memang cukup untuk MF sekeluarga 5 orang makan... Harga murah je.. RM1.50 je sebungkus.
Jadi, jom support mee gardenia yang sememangnya #produkmuslim.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/09/mee-goreng-gardenia.html