Media Sosial Dipenuhi Ucapan Terima Kasih Kepada Pm Wira Gsf Puji Tindakan Pantas Kerajaan


Media Sosial Dipenuhi Ucapan Terima Kasih Kepada PM & Wira GSF, Puji Tindakan Pantas Kerajaan
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Media sosial sejak semalam dibanjiri ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha keras pemimpin nombor satu negara itu yang membawa kepada pembebasan 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), yang ditahan Israel dari Khamis lepas.
Selain itu, ucapan terima kasih yang tidak putus-putus juga dizahirkan kepada 23 sukarelawan negara atas komitmen tinggi mereka dalam menangani situasi sukar itu.
Melalui pelbagai platform media sosial, netizen meluahkan rasa penghargaan terhadap usaha berterusan pihak kerajaan yang disifatkan sebagai cekap, prihatin, dan pantas bertindak dalam usaha membantu 23 wira dan wirawati GSF yang ditahan rejim Zionis itu.
Semua aktivis warga Malaysia telah dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.45 petang waktu Malaysia semalam sebelum tiba di Istanbul pukul 8.40 malam tadi waktu Malaysia.
Seorang netizen Aman Nazman menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan penghargaan kepada Perdana Menteri, pimpinan kerajaan serta wira dan wirawati GSF.
BACA: GSF: Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di Istanbul – Fahmi “Pendekatan PMX (Anwar) dalam menangani insiden GSF menunjukkan kebijaksanaan tinggi dalam pengurusan konflik antarabangsa. Melalui hubungan strategik dengan Presiden (Turkiye Recep Tayyip) Erdogan, Malaysia berjaya memanfaatkan saluran diplomatik Turkiye dan Israel bagi membebaskan aktivis Malaysia dengan cepat.
“Tindakan ini membuktikan kepimpinan PMX berwawasan, berpengaruh, dan dihormati di pentas global,” katanya menerusi komen dalam hantaran Facebook Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkongsi foto terkini aktivis-aktivis itu malam tadi.
Seorang lagi pengguna Facebook Irfan Mustafa menerusi ruangan komen itu turut mengucapkan tahniah atas kecekapan kerajaan dalam bertindak membantu aktivis yang ditahan.
“Alhamdulillah, pantas dan efisien. Inilah pentingnya apabila sesebuah negara dipimpin oleh tokoh yang memiliki kemahiran tinggi dalam bidang diplomasi seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, Bai Cam turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keberanian dan keprihatinan beliau yang disifatkan tidak pernah luntur dalam membela nasib rakyat Malaysia dan terus mengangkat perjuangan rakyat Palestin.
BACA: Selamat Tiba Di Turki, Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel
“Suara Malaysia dalam memperjuangkan keadilan dan kebebasan sentiasa didengar kerana kepimpinan yang berani. Alhamdulillah, semoga perjuangan ini terus diberkati,” katanya dalam ruangan komen menerusi hantaran sama.
Pengguna Facebook, Mohd Yazid menerusi komen di hantaran Perdana Menteri yang berkongsi berita 23 sukarelawan Malaysia telah selamat tiba di Turkiye malam tadi, menzahirkan rasa syukur dan mendoakan keselamatan seluruh aktivis GSF.
“Alhamdullilah, syukur kepada Allah yang mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh aktivis. Semoga semua sihat dan selamat kembali kepada keluarga tersayang. Jutaan terima kasih Perdana Menteri for endless effort to synergies all diplomatic channels to bring back our Malaysian people (atas usaha berterusan untuk mengkoordinasikan semua saluran diplomatik bagi membawa pulang rakyat Malaysia),” katanya.
Tidak ketinggalan, netizen turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Erdogan dan pemimpin negara lain yang memainkan peranan penting dalam memudahkan proses pembebasan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia.
Pada Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
BACA: GSF: Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).
Turut ditahan, Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Sumber: BERNAMA
The post Media Sosial Dipenuhi Ucapan Terima Kasih Kepada PM & Wira GSF, Puji Tindakan Pantas Kerajaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/05/media-sosial-dipenuhi-ucapan-terima-kasih-kepada-pm-wira-gsf-puji-tindakan-pantas-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 1128 hits
Seorang anggota tentera mengisi minyak bagi menikmati pelaksanaan inisiatif subsidi petrol Budi MADANI RON95 di salah sebuah stesen minyak pada 27 September 2025 Foto Nor Ainna HamzahPORT DICKSON 27 Sep Ucapan terima kasih dizahirkan warga ...
Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana Ekyc Guna Mykad Passport Atau Mydigital Id

Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana Ekyc Guna Mykad Passport Atau Mydigital Id

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 836 hits
Semua platform media sosial di Malaysia disaran melaksanakan pengesahan elektronik Know Your Customer menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad passport atau MyDigital ID Memetik laporan bernama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah...
Terima Kasih Kerana Membaca

Terima Kasih Kerana Membaca

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 179 hits
Terima kasih kerana membaca Kalau awak rasa yang sama ketahuilah awak tidak keseorangan Setiap kata ini ditulis dari luka yang pernah ada dan doa yang masih terus hidup Moga hati kita terus dikuatkan oleh Tuhan walau rasa kadang tak mampu d...
Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 207 hits
GSF Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan setiap ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi kemanu...
Heliza Helmi Sembang Kacip Di Media Sosial Peminat Terhibur Yang Saya Tahu Hanyalah Kicap

Heliza Helmi Sembang Kacip Di Media Sosial Peminat Terhibur Yang Saya Tahu Hanyalah Kicap

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 470 hits
Selepas melalui perjalanan panjang bersama misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla penyanyi dan aktivis terkenal Heliza Helmi kembali mencuri perhatian netizen kali ini kerana kelakuannya yang aktif meninggalkan komen di media sosial Menerus...
Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T Rkiye

Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T Rkiye

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 217 hits
Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T rkiye LONDON 7 Okt Seorang peserta warga Britain dalam misi Flotila Sumud Global yang dipintas tentera Israel minggu lepas mendedahkan bahawa askar lelaki r...
Gsf Peserta Terima Layanan Buruk Di Penjara Ketziot

Gsf Peserta Terima Layanan Buruk Di Penjara Ketziot

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 200 hits
KOSMO Penjara Ketziot Foto WikipediaPETALING JAYA Sukarelawan dan aktivis Global Sumud Flotilla didakwa menerima pelbagai bentuk layaran buruk dan kekasaran oleh pengawal Penjara Ketziot Perkara itu didedahkan oleh Pusat Undang Undang bagi ...
Armada Terima Kasih Chord

Armada Terima Kasih Chord

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 817 hits
A A F m Ku buka mata melihatmu D A Betapa beruntungnya aku A F m Memilikimu di sampingku D A Betapa bersyukurnya aku D Kau ajarkan aku A Arti bahagia D dengan caramu A E Semua sempurna A D Terima kasih E A Duhai kekasihku D A Jadi yang kubu...
Terkini Pm Bersuara Kecam Sekerasnya Tindakan Israel Pintas Kapal Gsf

Terkini Pm Bersuara Kecam Sekerasnya Tindakan Israel Pintas Kapal Gsf

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 222 hits
SITI NUR ZAWANIOctober 2 2025Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras kerasnya tindakan Israel memintas kapal kapal Global Sumud Flotilla yang membawa orang awam tidak bersenjata dan hanya membawa bekalan ubat ubatan untuk ...
Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Yoursay Pas Mca Dialogue Clearing Air Or Clouding Truth

Best Singapore Beef Noodle Soup Recipe

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Nasi Ayam Briyani

Ketegangan Sempadan Jejaskan Harapan Kemboja Di Sukan Sea Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Of Thralls Who Bind Their Own Souls

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Ketegasan Bos Di Sebalik Tangan Keras

Bila Doktor Suruh Exercise