Aktivis Flotila Gaza Cerita Layanan Buruk Tentera Israel Ucap Terima Kasih Kepada T Rkiye


Aktivis Flotila Gaza Cerita “Layanan Buruk” Tentera Israel, Ucap Terima Kasih Kepada Türkiye
LONDON, 7 Okt (Bernama-Anadolu) — Seorang peserta warga Britain dalam misi Flotila Sumud Global yang dipintas tentera Israel minggu lepas mendedahkan bahawa askar lelaki rejim itu merampas ubatnya dan memaksa wanita Islam menanggalkan hijab mereka, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai “layanan yang amat buruk”, namun menzahirkan penghargaan atas layanan “amat baik” yang diterimanya di Türkiye.
Evie Snedker, 26, merupakan antara 13 warganegara Britain yang ditahan secara tidak sah oleh Israel selepas kapal flotila yang membawa bantuan kemanusiaan itu diserang di perairan antarabangsa.
Dalam temu bual di Lapangan Terbang Heathrow selepas tiba dari Türkiye lewat Ahad bersama tiga lagi aktivis Britain – Sarah Wilkinson, Francis Cummings dan Kieran Andrieu – beliau menggambarkan layanan Israel terhadap aktivis sebagai “amat buruk” dan “dahsyat”.
“Saya sebagai wanita Barat berkulit putih hanya dapat membayangkan apa yang dilalui rakyat Palestin,” katanya kepada Anadolu Ajansi (AA).
“Mereka merampas alat suntikan epinefrina (EpiPen) saya walaupun saya merayu bahawa saya boleh mati tanpa ubat itu, namun mereka tidak peduli. Wanita pula dipaksa menanggalkan hijab oleh askar lelaki di hadapan lelaki lain,” katanya.
Snedker berkata para aktivis turut diseksa dalam pelbagai bentuk termasuk tidak dibenarkan tidur, tiada akses kepada air bersih, makanan dan ubat-ubatan, serta apa yang beliau fikirkan sebagai asas tatasusila.
Beliau berkata selain daripada layanan yang buruk, mereka juga dapat merasakan bahawa tenetera israel adalah “tidak teratur” dan “tidak cekap”.
“Mereka yang menaiki kapal itu tidak dapat berdiri tegak ketika ombak melanda, tidak tahu mengendalikan alat pandu automatik dan tidak tahu membersihkan senjata sendiri. Ketakmatangan dan ketidakcekapan mereka amat ketara,” katanya.
Mengulas mengenai layanan terhadap aktivis Sweden Greta Thunberg, Snedker berkata beliau melihat askar Israel menggantung bendera Israel di sebelah Thunberg yang duduk berseorangan di sudut belakang selepas ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa.
“Mereka mengepungnya dengan bendera Israel sambil ketawa dan mengejek – benar-benar tingkah laku yang memalukan,” katanya.
Snedker turut menceritakan keadaan pusat tahanan yang sesak, dengan 16 aktivis ditempatkan dalam satu sel yang hanya mempunyai dua katil bertingkat.
Beliau berkata turut mendengar laporan mengenai kejadian serangan seksual, malah melihat sendiri beberapa tahanan lain dipukul.
Mengenai pengalaman mereka di Türkiye selepas diusir oleh Israel, Snedker berkata mereka menerima layanan amat baik sejak tiba di negara itu.
“Mereka luar biasa. Sebaik kami mendarat, mereka beri pakaian, kasut dan makanan kepada semua orang. Mereka terus bawa kami ke makmal forensik untuk laporan penuh, pemeriksaan perubatan serta penilaian psikologi. Semua kesan lebam kami direkodkan,” katanya.
Snedker berkata beliau kurang sihat ketika tiba di Türkiye dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum ditempatkan di hotel untuk bermalam.
Apabila ditanya sama ada beliau akan menyertai semula flotila ke Gaza, Snedker menjawab “ya” tanpa ragu-ragu.
“Saya percaya kapal kami paling hampir ke Gaza, mungkin kira-kira 24 atau 27 batu nautika dari pantai. Orang Gaza dikatakan nampak cahaya kapal kami, dan mereka di kapal pula mendengar letupan bom – mereka nampak Gaza,” katanya.
“Pada hemat saya, ketidakcekapan tentera Israel kadangkala seperti satu bahan lawak. Jika kami dapat menyusun semula pasukan, saya percaya kami masih berpeluang sampai ke sana,” katanya.
Tentera laut Israel menyerang dan menawan kapal-kapal misi Flotila Sumud Global mulai Rabu lepas dan menahan lebih 470 aktivis dari lebih 50 negara.
Flotila itu dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza serta mencabar sekatan Israel terhadap wilayah yang menempatkan hampir 2.4 juta penduduk itu.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah mengorbankan lebih 67,000 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menjadikan wilayah itu hampir tidak dapat didiami.
BACA: Pempengaruh Ditemui Mati Dalam Keadaan Mencurigakan Di Kawasan Gunung Sumber: Bernama
The post Aktivis Flotila Gaza Cerita “Layanan Buruk” Tentera Israel, Ucap Terima Kasih Kepada Türkiye appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/07/aktivis-flotila-gaza-cerita-layanan-buruk-tentera-israel-ucap-terima-kasih-kepada-turkiye/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Ganti Telefon Aktivis Ffc Tmtg Tanda Terima Kasih Atas Keberanian

Pm Anwar Ganti Telefon Aktivis Ffc Tmtg Tanda Terima Kasih Atas Keberanian

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 146 hits
Sebagai tanda penghargaan kepada sembilan aktivis FFC TMTG dari Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalitiondan Thousand Madleens to Gaza Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janjinya dengan menghadiahk...
Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 216 hits
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza sekali lagi berdepan tindakan agresif apabila kapal kapal mereka dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal pagi tadi 06 59 Pagi Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai mi...
Israel Tahanan Aktivis Sumud Flotila Akan Diusir Ke Eropah

Israel Tahanan Aktivis Sumud Flotila Akan Diusir Ke Eropah

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 182 hits
Malaysiakini nbsp Kementerian Luar Israel memaklumkan bahawa aktivis yang ditahan daripada Flotila Global Sumud akan diusir tidak lama lagi Merujuk kepada aktivis itu sebagai penumpang Hamas Sumud kementerian berkenaan turut mengesahkan mer...
Yang Beri Nasihat Ikhlas Terima Kasih Linda Rafar Pilih Maafkan Individu Individu Berkata Buruk Tentang Dirinya

Yang Beri Nasihat Ikhlas Terima Kasih Linda Rafar Pilih Maafkan Individu Individu Berkata Buruk Tentang Dirinya

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1104 hits
Boleh dikatakan selepas imej sewaktu melakukan persembahan di konsert Elite baru baru ini jadi tumpuan nama Linda Rafar merupakan topik hangat yang diperkatakan oleh warganet Linda Rafar maafkan sesiapa berkata buruk Sebelum ini pernah melu...
Israel Serbu Flotila Gaza Dunia Bangkit Protes Diplomat Diusir

Israel Serbu Flotila Gaza Dunia Bangkit Protes Diplomat Diusir

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Ketika pasukan Israel memulakan pemintasan yang telah lama dijangka terhadap flotila pro Palestin yang menghampiri Gaza yang dilanda perang kesannya merebak ke seluruh dunia mencetuskan demonstrasi besar besaran kecaman diploma...
Gsf Peserta Terima Layanan Buruk Di Penjara Ketziot

Gsf Peserta Terima Layanan Buruk Di Penjara Ketziot

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 134 hits
KOSMO Penjara Ketziot Foto WikipediaPETALING JAYA Sukarelawan dan aktivis Global Sumud Flotilla didakwa menerima pelbagai bentuk layaran buruk dan kekasaran oleh pengawal Penjara Ketziot Perkara itu didedahkan oleh Pusat Undang Undang bagi ...
Misi Gsf Kami Tahu Kami Bot Terakhir Kami Harap Sampai Ke Gaza Aktivis Kapal Fairlady

Misi Gsf Kami Tahu Kami Bot Terakhir Kami Harap Sampai Ke Gaza Aktivis Kapal Fairlady

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 165 hits
Fareez Azman Syafiqah Damanhuri Amalina ZainuddinKUALA LUMPUR Kami tahu kami antara bot terakhir tetapi kami harapkan dapat sampai ke Gaza demikian perkongsian salah seorang aktivis di atas kapal Fairlady menerusi rakaman kamera litar tertu...
Terima Kasih Aunty Notie

Terima Kasih Aunty Notie

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 101 hits
Assalamualaikum Special thanks dedicate to yang bermurah hati bagi hadiah birthday untuk Dania Dania suka sangat dengan warna ni Terkejut SA tengok ada parcel untuk Dania atas nama SA dan Dania rasa macam eh xde plak beli apa2 barang ke mul...
Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel

Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat Baik Haroqs Pulang Dari Palestin Selepas Dibebaskan Tentera Israel

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Tular di TikTok apabila Aisar Khaled memuat naik video menyambut kepulangan sahabat karibnya Haroqs yang baru pulang ke tanah air selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel di Palestin Menerusi perkongsian video berkena...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Cuti Sekolah 2026 Takwim Akademik Kpm

Rumah Disewa Bertukar Tapak Sampah Pemilik Luah Kecewa Penyewa Dari Neraka

Lepak Mengopi 3 Beranak Di Sara Soffeya Cakes

Abbott Big Caring Group Lancarkan Program Kesedaran Influenza Di Seluruh Negara

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Nak Lihat Negara Jatuh Bacalah Manusia Pembenci Anwar

Kad Sim Palsu Jadi Topeng Penjenayah Sinar Harian 28 10 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

Betul Ke Ayam Goreng Satu Ringgit Masih Wujud

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Things Turn Ugly When An Avanza Driver Was Caught Flying The Jalur Gemilang Upside Down

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx