Hasilkan Menu Baru Sempena Ramadhan Mcdonald S Bagi Kupon Diskaun Istimewa 30 Days 30 Deals
Ramadhan kembali lagi. Mesti ramai yang dah tak sabar nak sambut Ramadhan lebih meriah kali ini dengan keluarga dan rakan-rakan.
Setiap kali tiba bulan puasa kita tercari-cari bazar Ramadhan yang menawarkan juadah makanan yang lazat. Tapi ada satu masalah kalau ke bazar ni iaitu, sesak dengan orang ramai.
via GIPHY
Bayangkanlah kalau semua orang tertumpu di satu tempat, nak pilih makanan pun susahkan?
Tapi, kalau korang mengunjungi di mana-mana cawangan McDonald's Malaysia, korang tak akan mengalami masalah yang sama.
Tambahan pula, menariknya bulan Ramadhan ini, McDonald's melancarkan menu baru yang pastinya menepati citarasa rakyat Malaysia.
Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan-pelanggan McDonald’s boleh memilih dua tawaran menu eksklusif , Nasi McD baharu dan Chicken Foldover yang kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s.
Bagi penggemar hidangan nasi, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan sos kari baharu untuk dinikmati bersama Nasi McD dan Ayam Goreng McD. Nasi McD boleh didapati dengan pilihan 1 ketul atau 2 ketul Ayam Goreng McD. Set ini dihidangkan bersama coleslaw dan Iced Lemon Tea bersaiz medium, untuk hidangan lengkap berbuka puasa.
Tawaran menu baharu ini juga membawakan kembali Chicken Foldover yang menjadi kegemaran ramai dengan dua kepingan daging ayam lembut yang dibakar sempurna, ditambah dengan daun salad dan tomato segar, serta sos istimewa baharu, yang dibalut dengan roti nipis. Dihidangkan bersama McDonald’s French Fries yang terkenal dan Iced Lemon Tea, hidangan lengkap ini pastinya mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang inginkan pengalaman citarasa baharu.
Selain Nasi McD dan Chicken Foldover, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan pencuci mulut citarasa tempatan.
Selain D24 Durian McFlurry yang digemari ramai, McDonald’s juga akan membawakan semula Banana Pie yang sesuai diambil semasa berbuka puasa, dengan inti pisang yang aromatik, di dalam pastri rangup McDonald’s yang terkenal.
Buat pelanggan yang sentiasa on the go, atau mereka yang ingin melengkapkan hidangan dengan sesuatu yang manis dan menyegarkan, McDonald’s juga menawarkan Sarsaparilla Cones dan Ice Blended Ribena terbaharu daripada McCafe.
Bagi hidangan sahur pula, mulai 6 Mei, hidangan menu biasa (Regular Menu) terpilih McDonald’s boleh didapati sehingga jam 6 pagi bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang berpuasa. Ini termasuklah Nasi McD, Ayam Goreng McD, McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Chicken McNuggets yang pastinya memberi kepuasan bersahur di McDonald’s.
Set Nasi McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD, coleslaw dan Iced Lemon Tea boleh didapati dengan harga RM13.95, manakala set dengan 2 ketul Ayam Goreng McD pula berharga RM16.95. Hidangan Chicken Foldover pula boleh didapati dengan harga RM16.95, dan dihidangkan lengkap bersama French Fries dan Iced Lemon Tea bersaiz medium.
Tawaran menu Ramadan McDonald’s Malaysia kini sudah boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, sehingga 5 Jun 2019.
via GIPHY
Apa yang lebih menarik, McDonald’s juga akan melancarkan promosi “30-Days of Ramadan” secara eksklusif menerusi McDonald’s App. Tawaran kupon diskaun istimewa ‘30-days, 30-deals’ ini akan dimaklumkan di McDonald’s App setiap hari. Bagi menikmati diskaun hebat ini, pelanggan hanya perlu memuat turun McDonald’s App menerusi Google Play atau Apple App Store.
Menariknya lagi, sempena bulan yang mulia ini, kesemua 270 restoran McDonald's Malaysia akan menganjurkan moreh mingguan di masjid-masjid bertujuan mengukuhkan silaturahim sesama komuniti setempat.
Selain itu, demi untuk memastikan mereka yang kurang bernasib baik tidak akan dilupakan. McDonald’s Malaysia juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.
lagi info di : Gosip Artis TerkiniBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2019/05/hasilkan-menu-baru-sempena-ramadhan.html