Mcdonald S Malaysia Tukar Papan Tanda Kepada Mekdi
Hai korang semua, ingat tak tahun lepas McDonald’s Malaysia membuat kejutan yang wow dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari rakyat Malaysia dengan menukar papan tandanya kepada MEKDI di cawangan yang pertamanya di Bukit Bintang.
Kali ni sempena Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa ‘Malaysianya’ yang membara dengan menukar papan tandanya kepada MEKDI di 16 cawangan yang terpilih. Haa kalau korang tengok tiba-tiba McDonald’s tempat korang dah berubah tu, jangan terkejut lah ye, jangan lupa selfie dan ootd sekali okay !
Dengan rasminya McDonald’s Malaysia telah mengumumkan berita ini pada satu majlis yang berlangsung baru-baru ini di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya yang juga sebenarnya sempena dengan ulang tahun McDonald’s Malaysia yang ke-38 tahun.
Kenapa cawangan korang tak terpilih ? Haa tu la ~ siapa suruh tak undi. Sebenarnya penukaran papan tanda kepada MEKDI ni adalah berdasarkan undian rakyat Malaysia yang sememangnya berjiwa Malaysia, thats why 16 cawangan sahaja terpilih setakat ini, tapi jangan risau korang, McDonald’s Malaysia kan selalu datang dengan kejutan ~
Antara Cawangan yang Terpilih :
1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah
Teringat yang pertama kali dulu, memang sambutan dari rakyat Malaysia ni terbaiklah, qaseh pun suka papan tanda baru MEKDI ni, sangat sebati dengan jiwa Malaysia, kadang-kadang kena ada kelainan jugak kan, tapi yang penting kelainan yang positif. Nampak tak McDonald’s ni selain berjiwa Malaysia sebenarnya berjiwa muda jugak lah kan hehe
Menu Baru : Nasi Lemak McD Rendang Ayam dan McFlurry Cendol
Sedapnya nasi lemak! Makanan yang memang kegemaran ramai rakyat Malaysia yang jarang lah kita nak tolak kan, kini sempena bulan kemerdekaan juga, McDonald’s Malaysia memberi sentuhan baru yang mana kita boleh pilih Rendang Ayam bersama Nasi Lemak! Fuyooo bukan biasa-biasa ni siap ada rendang lagi ha, macam biasalah tak lengkap Nasi Lemak kalau tiada ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng bersama sambal pedas.
Selain tu, kita boleh juga pilih Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger.
McDonald’s Malaysia juga menambah menu baru tau korang, wah macam sedap je yang ni, qaseh kena cuba nanti ni. McFlurry Cendol baru, eeee dengar nama pun dah sedap, wei boleh lah habaq dekat kawan-kawan, kalau dulu selalu lepak cendol bawah pokok ceri, sekarang dah boleh tukar, jom makan cendol di McD haha hebat kan.
Keenakan McFlurry Cendol ni ada rasa gula melaka, cebisan kelapa, vanilla berkrim cair, dan jeli cendol. Lagi best, ada menu yang di bawa kembali iaitu Pai Jagung dan Aiskrim Cendol. Fuhhh nanti nak pergi serbu, kena beratur awal-awal, Mcd ni memang selalu penuh oii.
Jadi korang jangan lupa cuba menu-menu baru ni k, jom kita lepak makan cendol McD je lepas ni hehe. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.
#Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD
Konsep Kita Boleh
Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara – bermula pada bulan Mac tahun ini – sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.
Tq juga McDonals’s Malaysia sebab banyak juga sumbangan mereka kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.
More Info : www.mcdonalds.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2020/09/mcdonalds-malaysia-tukar-papan-tanda-kepada-mekdi.html