Mcdonald S Malaysia Menyumbang Mesej Pencegahan Covid 19 Di Sekolah


Program #KitaJagaKita dekati lebih 35,000 murid sekitar Lembah Klang 

Majlis pelancaran program #KitaJagaKita telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur. Program #KitaJagaKita mendekati lebih 35,000 murid di 30 sekolah terpilih sekitar lembah Klang.
McDonald’s Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berganding bahu melalui program #KitaJagaKita bagi menyebarkan mesej pencegahan COVID-19. Program ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s.

Majlis pelancaran program #KitaJagaKita yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur semalam menyaksikan McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan COVID-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini. Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.

(kanan) Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur ketika menyerahkan Sijil Penghargaan kepada (kiri) Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia atas sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 oleh McDonald's Malaysia. 
“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan cara kami memberi sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai sebuah syarikat terkemuka, kami ingin memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami, terutama ketika kita masih berada dalam saat sukar dengan pandemik ini yang masih berleluasa. Semoga sumbangan mesej-mesej ini di sekolah mampu meningkatkan semangat #KitaJagaKita di kalangan murid, guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar saling prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Sama-samalah kita beringat dan memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa selamat daripada jangkitan wabak ini,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

“Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia. Ini merupakan satu penambahbaikan yang cukup penting bagi kami, terutamanya bagi mendidik dan mengingatkan murid tentang kepentingan amalan keselamatan COVID-19. Besar harapan saya agar mesej yang disumbangkan ini dapat diikuti oleh semua murid,” kata Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.


Selain mengenengahkan pentingnya mendengar arahan guru, mesej pencegahan yang disumbangkan McDonald’s Malaysia kepada sekolah-sekolah ini turut menekankan amalan penjarakan sosial, pembersihan tangan, pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan. Mesej-mesej pencegahan COVID-19 yang ditaja oleh McDonald’s Malaysia ini akan mula diletakkan secara berperingkat daripada bulan Ogos dan September ini.

“Sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 ini secara langsung membolehkan kami sebagai ibu bapa menarik nafas lega, memandangkan ia dipaparkan secara jelas di sekitar kawasan sekolah. Tidak dinafikan terdapat kerisauan setiap kali anak pergi ke sekolah. Mereka ini perlu sentiasa diingatkan, kadang-kadang apabila seronok berjumpa kawan-kawan, mereka boleh lupa apa yang kita pesan. Peranan guru di sekolah sangat penting untuk memantau langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan,” kata Mejar Jeneral Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun bin Haji Ridzuan (Bersara), Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2020/09/mcdonalds-malaysia-menyumbang-mesej.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndNews

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tidak Terburu Buru Beli Vaksin Covid 19

Malaysia Tidak Terburu Buru Beli Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 308 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba bercakap kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 dan Pelancaran Garis Panduan Pengiklanan Makanan di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto FAREEZ FADZIL P...
Jangkitan Covid 19 Cecah 3 Angka Malaysia Perlu Contohi Indonesia Hukuman Langgar Sop

Jangkitan Covid 19 Cecah 3 Angka Malaysia Perlu Contohi Indonesia Hukuman Langgar Sop

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 507 hits
Hari ini 8 September 2020 jangkitan harian Covid 19 mencecah 3 angka untuk kes tempatan dan import Nampaknya orang ramai sudah mula melupakan SOP yang telah ditetapkan KKM dan Kerajaan Sudah tiba masanya kita mencontohi negara jiran kita In...
Nasihat Buat Rakyat Malaysia Menghadapi Covid 19 Penting Baca Sampai Habis

Nasihat Buat Rakyat Malaysia Menghadapi Covid 19 Penting Baca Sampai Habis

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 402 hits
i Secara statistic Malaysia berada di Ranking Pertama jangkitan Covid 19 tertinggi di Asia Tenggara THIS IS SERIOUS ii Virus Covid 19 merebak dengan sangat pantas Ia akan meningkat secara exponential Kelajuan jangkitan tak boleh baca bincan...
Covid 19 Malaysia Sekat Kemasukan Ppljp Dari Negara Ini

Covid 19 Malaysia Sekat Kemasukan Ppljp Dari Negara Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 511 hits
Sekatan kemasukan ke Malaysia kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang bagi negara negara yang mencatatkan kes positif COVID19 melebihi 150 000 kes Sekatan ini tidak melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari negara negara berkenaan Berk...
Cegah Covid 19 Malaysia Sarankan Warga Tidak Adu Kepalan Tangan Saat Bertegur Sapa

Cegah Covid 19 Malaysia Sarankan Warga Tidak Adu Kepalan Tangan Saat Bertegur Sapa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 380 hits
Wakil Menteri Kesehatan Malaysia Dr Noor Azmi Ghazali mengatakan pihak kementerian kesehatan tidak mendukung bentuk kontak fisik antar individu semacam itu
Pemuda Pas Menyokong Penambahan Sekolah Vernakular Di Malaysia

Pemuda Pas Menyokong Penambahan Sekolah Vernakular Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 579 hits
Pemuda PAS menyokong supaya sekolah vernakular terus dibuka tetapi berharap pendidikan dan pembelajaran bahasa kebangsaan Bahasa Malaysia akan diperbaiki lagi Ini selepas Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal bertegas mahu ...
Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150 000 Kes Covid 19

Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150 000 Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 259 hits
Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID 19 melebihi 150 000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata antara negara dalam sena
Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 342 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mencatatkan 100 kes baharu Covid 19 manakala 12 kes pulih Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 100 kes baharu itu membabitkan 85 penularan tempatan dan 15 kes importJumlah kematia...
Covid 19 Malaysia Mengenakan Larangan Masuk Ke 23 Negara

Covid 19 Malaysia Mengenakan Larangan Masuk Ke 23 Negara

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 459 hits
PUTRAJAYA Pemegang pas jangka panjang dari 23 negara yang mencatatkan lebih daripada 150 000 kes Covid 19 dilarang memasuki Malaysia berkuat kuasa hari ini Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di akaun Facebook rasminya n...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah

Explore The World S First Lego Flower Garden Miniland Only At Legoland Malaysia Resort


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jojo Si Anak Bulu Sudah Sunat

Gangguan Tidur Dan Kemurungan

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Story Of Side Dish And The Dancing Aurora

Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

Surat Maryam Ayat 30 35 Arab Latin Arti Tafsir