Mca Mic Lebih Baik Kekal Dalam Bn Kata Penganalisis





Lebih mudah bagi MCA dan MIC untuk kekal dalam BN berbanding bersama sekutu baru pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang, kata penganalisis politik Profesor Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Katanya, meskipun kedua-dua parti berasaskan kaum itu dilihat seolah-olah tidak memberikan manfaat di dalam BN, namun kewujudan mereka diperlukan dalam gabungan itu.

Katanya, MCA dan MIC juga perlu memikirkan mengenai kepentingan pengundi mereka.

“Ini amat sukar sekali. Tetapi bagi saya, BN itu lebih mudah untuk MCA dan MIC kekal (di dalamnya), kerana telah ada sejarah (kerjasama).

“Walaupun semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU), terdapat gembar-gembur (putus kerjasama), itu hanya ditujukan lebih kepada Bersatu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malam kelmarin, media melaporkan mesyuarat dewan tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung dibatalkan apabila beberapa pemimpin parti komponen tidak akan hadir.



Sumber Umno memberitahu Malaysiakini mesyuarat itu dibatalkan kerana parti komponen BN mendakwa tidak menerima notis makluman mengenainya - sesuatu yang didakwa “amat mengejutkan” dan “tidak masuk akal”.

Perkembangan itu menyusuli kenyataan tidak selari di kalangan pemimpin komponen BN pasca-PAU sejak dua minggu lalu, menimbulkan persoalan apakah berlaku bibit perpecahan dalam BN yang dianggotai Umno, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Semalam, ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi memberi peringatan buat MCA dan MIC agar tidak gopoh mencari "rakan pergantungan baru".

Azmi berkata pergeseran di dalam BN itu merupakan kesan daripada perbahasan PAU yang dilihat agak keras, terutama berhubung kerjasama antara Umno dan Bersatu.

Menerusi PAU, Umno memuktamadkan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan keluar daripada kerajaan PN, tetapi menyerahkan kepada Presiden Umno merangkap pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan garis masanya.

Ahmad Zahid berkata BN telah memutuskan akan menghadapi PRU-15 secara bersendirian, namun MCA berpegang kepada pendirian bahawa keputusan harus dibuat secara kolektif.

Presiden MIC, S Vigneswaran ketika mesyuarat agung tahunan parti itu beberapa hari lalu menyatakan MIC akan terus menyokong kerajaan PN sementara menunggu keputusan muktamad dibuat Dewan Tertinggi BN.

Dia bahkan turut menjemput Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan khas pada mesyuarat agung berkenaan.

Selepas PAU melabuhkan tirai, sebahagian pemimpin Umno dan parti komponen BN - terutama MIC - dilihat mengeluarkan kenyataan panas mengenai isu perebutan kerusi, calon perdana menteri, serta tentang gesaan agar Umno “belajar” menghormati rakan parti komponen.

Beri isyarat kepada Umno, Bersatu

Kata Azmi, pandangan sedemikian yang ketara sejak kebelakangan ini, boleh menjadi satu isyarat daripada parti komponen BN bahawa mereka juga boleh meninggalkan gabungan itu.

"Juga untuk memberikan isyarat kepada Bersatu, bahawa jikalau mereka meninggalkan BN, apakah isyarat yang akan dikeluarkan Bersatu? Iaitu sama ada akan menerima MIC atau pun MCA (dalam PN),” katanya.



Katanya, jika BN memerlukan MCA dan MIC bagi memberikan gambaran bahawa BN masih membawa aspirasi seperti dahulu, PN pula memerlukan kedua-dua parti itu untuk memberi persepsi bahawa PN merupakan gabungan yang kuat .

Mengulas mengenai MIC yang dilihat semakin lantang bersuara, pemerhati politik, B Anbumani berpandangan perkara itu tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda parti itu menolak BN.

Sebaliknya, katanya, ia isyarat bahawa MIC tidak lagi mahu dianaktirikan oleh BN setelah bersama sejak berpuluh tahun lamanya.

Katanya, MIC tidak meninggalkan BN ketika Umno berdepan krisis dalaman selepas kekalahan dalam PRU-14.

Malah katanya, MIC pernah keluar daripada PN Ogos tahun lalu, kerana menuruti pendirian Umno yang tidak mahu menyertai PN.

MIC perlu juarai isu kaum India

Katanya, kini merupakan masa yang genting buat MIC bagi menjuarai isu dan masalah yang dihadapi kaum India di negara ini, jika mahu memastikan kelangsungan parti itu dapat dipertahankan.

“Tuntutan dan isu masyarakat India semakin lama, mereka nampak semakin tidak diberikan perhatian oleh BN.

“Sudah tiba masanya, untuk Vigneswaran berbicara secara terbuka dengan pengerusi BN, supaya isu yang terpendam dapat (diluahkan), bukan sahaja buat MIC, bahkan mewakili suara masyarakat India di negara ini,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Katanya, beberapa perkara harus dibawa ke meja rundingan antara parti komponen BN, termasuklah isu agihan kerusi yang baginya terlalu berat sebelah kepada Umno.

Malah, katanya, MIC juga perlu berunding dengan kerajaan PN agar suara kaum India lebih didengari dalam kabinet yang kini hanya dianggotai oleh seorang menteri berketurunan India.

Katanya, MIC lali perlu tegas memperjuangkan nasib orang India, namun tidak harus terburu-buru merangka strategi politik, terutama apabila parti itu kini berada di persimpangan yang kritikal.

“Dulu ada rangka tindakan (blue print) untuk kaum India. Sekarang tidak ada. Hala tuju orang India macam dipinggirkan. Isu-isu mereka diselesaikan secara adhoc sahaja.

“MIC kena fikir, kena menjadi suara yang lebih lantang dalam memperjuangkan nasib masyarakat India. Kena lebih tegas,” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/mca-mic-lebih-baik-kekal-dalam-bn-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib

Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 300 hits
Najib Razak berkata 40 Ahli Parlimen berpaling tadah sejak PRU14 seolah olah memberi mesej tidak salah untuk berpaling tadah asalkan matlamat kita tercapai KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak berpendapat mengadakan pemilihan Umno...
Negara Akan Lebih Baik Di Tangan Anwsr Berbanding Muhyiddin

Negara Akan Lebih Baik Di Tangan Anwsr Berbanding Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 183 hits
Kegagalan Anwar mendapat kepercayaan majoriti MP selepas Mahathir letak jawatan adalah disebabkan dia tidak menduga dan tidak bersedia Ini satu kelemahan Kegagalan seterusnya lost numbers selepas mengadap YDP Agong Sekarang fokus kepada PRU...
Buat Apa Menteri Umno Jumpa Pm Kalau Rasa Serba Salah Dengan Keputusan Pau Lebih Baik Masuk Saja Bersatu

Buat Apa Menteri Umno Jumpa Pm Kalau Rasa Serba Salah Dengan Keputusan Pau Lebih Baik Masuk Saja Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 256 hits
March 30 2021 Petang semalam menteri menteri UMNO dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan ketetapan muktamad Perhimpunan Agung UMNO atau PAU Ahad lalu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan...
Dah Sampai Masa Bn Umum Calon Pm Kata Penganalisis

Dah Sampai Masa Bn Umum Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 298 hits
Sudah tiba masanya BN mengumumkan calon perdana menterinya bagi berdepan PRU15 kelak kata beberapa penganalisis politik Jelas pemerhati politik Arif Anwar Lokmanol Hakim meskipun cadangan itu tidak mahu didedahkan kepada umum keputusan haru...
Ahmad Zahid Yakin Mic Kekal Bersama Bn

Ahmad Zahid Yakin Mic Kekal Bersama Bn

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MIC akan terus komited dan kekal setia bersama gabungan itu selepas berdepan pelbagai cabaran sejak 63 tahun lalu Beliau berkata MIC yang sudah diterajui 10 presiden itu merup...
Selepas 55 Tahun Ikut Bn Membuta Tuli Kini Mic Lebih Berani Matang Vigneswaran

Selepas 55 Tahun Ikut Bn Membuta Tuli Kini Mic Lebih Berani Matang Vigneswaran

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 249 hits
KLANG Setelah lebih 55 tahun mengikut Barisan Nasional secara membuta tuli kini MIC kini sudah berani membuka mulut Bagaimanapun segelintir pihak melihat tindakan itu sebagai tidak setia kepada UMNO dan Barisan Nasional Presiden MIC Tan Sri...
Petua Asas Cara Makan Yang Lebih Baik Ini Sangat Mudah Diterapkan Dalam Gaya Hidup Baru Anda

Petua Asas Cara Makan Yang Lebih Baik Ini Sangat Mudah Diterapkan Dalam Gaya Hidup Baru Anda

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 422 hits
Gaya hidup manusia zaman moden sangat tak sesuai untuk manusia Jika anda bukan seorang buruh binaan atau jenis kerja yang banyak menggunakan tenaga dan banyak bergerak anda juga termasuk dalam kategori manusia moden yang lebih banyak tak be...
Proses Agih Kerusi Lebih Mudah Tanpa Umno Kata Pemimpin Bersatu

Proses Agih Kerusi Lebih Mudah Tanpa Umno Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 238 hits
FMT ReportersRosol Wahid berkata rundingan pembahagian kerusi dengan PAS akan menjadi lebih mudah kerana hanya membabitkan dua parti saja PUTRAJAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rosol Wahid berkata proses pengagihan kerusi parti itu d...
Anggap Kami Lompat Ke Pn Itu Adalah Perkara Paling Bodohlah Kata Presiden Mic

Anggap Kami Lompat Ke Pn Itu Adalah Perkara Paling Bodohlah Kata Presiden Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 258 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran mempertahankan jemputan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan ucapan khas pada mesyuarat agung tahunan parti itu yang ke 74 hari ini Katanya jemputan kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias