Mca Dap Terus Berlumba Lumba Pertahan Uec Tawan Orang Cina
fazleen safina Ini bukan isu remeh atau kecil, ianya babitkan masa hadapan negara

BANGI – Sudah banyak bukti menyatakan parti rasis dan cauvinis, MCA serta DAP  saling berlumba-lumba mempertahan dan memperjuangkan Sijil Peperiksaan  Bersepadu (UEC) demi memenangi hati orang Cina
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),  Haji Aminuddin Yahaya berkata, isu UEC bukanlah sesuatu yang remeh atau  kecil, ianya membabitkan masa hadapan negara
“Jika kita tidak bertegas dan sensitif  dalam isu UEC, jangan mimpilah untuk memansuhkan sekolah vernakular dan  melaksanakan sistem sekolah satu aliran,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini
Terdahulu, MCA menggesa Timbalan Menteri  Pendidikan, Teo Nie Ching menjustifikasikan alasan kerajaan yang dilihat  tidak lagi membuka pengambilan untuk Program Ijazah Sarjana Muda  Perguruan untuk Sijil Peperiksaan Bersama UEC (PISMP-UEC) kali ini
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan  Pendidikan Belia Negara MCA, Ng Sing Phing berkata, program PISMP-UEC  adalah satu-satunya jalan kepada pemegang sijil kelulusan UEC untuk  menjadi penjawat awam menerusi jawatan guru
Justeru, katanya, dengan tindakan baharu  kerajaan yang tidak lagi merekrut guru bahasa Cina tahun ini, pelajar  UEC seolah telah disisihkan dalam perkara ini
Sing Phing turut mendesak pemimpin DAP  itu menyatakan pendiriannya sama ada sehaluan atau tidak bersetuju  dengan pendekatan semasa yang diambil kerajaan dalam perkara itu
Malah beliau juga menyoal apakah  masyarakat Cina terus boleh ‘melabur’ harapan mereka terhadap UEC yang  pernah diktiraf dalam aspek pengambilan guru bahasa Cina sebelum ini
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin yang juga  Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyarankan,  supaya parti-parti politik Cina di negara ini bersikap sederhana dalam  memperjuangkan hak kaum masing-masing berlandaskan Perlembagaan  Persekutuan
Beliau berkata, sekiranya sikap berkenaan dipupuk, negara akan sejahtera selain keharmonian antara kaum juga terpelihara
“Selogiknya, jika mereka ini bersederhana  dalam perjuangan mereka mengikut Perlembagaan, pastinya mereka akan  turut bersama-sama kita semua dalam memperjuangkan sistem sekolah satu  aliran
“Malangnya ini tidak berlaku kerana  mereka merasakan bahawa perjuangan mereka ini betul, antara sebabnya  ialah kerana wujudnya orang-orang Melayu yang menyokong perjuangan  mereka ini
“Saya berharap sangat agar parti-parti  Melayu dari pembangkang khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan  Harapan (PH) dapat ‘mengawal’ kerakusan dan perangai liar kedua-dua  parti ini. Ini kerana dalam isu UEC, sepatutnya tiada kompromi sama ada  dari pihak kerajaan mahupun pembangkang,” katanya
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/mca-dap-terus-berlumba-lumba-pertahan.html