Mca Cabar Dap Hukum Tony Pua


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 24, 2023 1:11 PM
MCA hari ini mencabar DAP untuk mengambil tindakan ke atas bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua selepas dia menyerang Umno yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker berkata DAP perlu membuktikan ketegasan mereka dengan menghukum Pua sama seperti apa yang parti itu lakukan ke atas Superman Hew sebelum ini.

Tambahan pula kata Ti, kedudukan Pua dalam DAP bukanlah sebagai ahli biasa saja ketika ini seperti didakwa setiausaha agung parti itu Anthony Loke.

Tidak seperti Hew, kata Ti, Pua merupakan penasihat dasar kepada setiausaha agung DAP sejak 18 Mei tahun lalu.

"Justeru dengan keadaan itu dan menyanggah kenyataan Pua yang berharap (selepas ini) mereka boleh menjadi kerajaan tanpa BN atau Umno yang didakwanya parti korup, Loke mesti tidak membiarkan ini berlalu sama seperti sikap mereka dulu yang membiarkan PAS dalam banyak isu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pua merupakan setiausaha publisiti DAP dan pegawai kepada Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan apabila kerajaan PH dijatuhkan di luar pilihan raya pada suku pertama 2020.
Tony PuaDi penghujung pentadbiran Muhyiddin Yassin, pada suatu ketika Pua pernah mengisyaratkan agar PH bekerjasama dengan PN yang ketika itu berdepan dengan tekanan daripada Umno.

Bagaimanapun langkah itu tidak disambut baik dan Muhyiddin akhirnya berundur dari jawatan perdana menteri selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pua kemudian mengumumkan tidak mahu dicalonkan semula dalam PRU ke-15.

Tapi tak dominan

Semalam namanya kembali menjadi perhatian ekoran ucapannya yang mengecam Umno-BN di sebalik kedudukan parti itu adalah sekutu kepada PH dalam kerajaan pusat dan di sesetengah negeri.

Loke sudah menjelaskan kenyataan Pua itu dibuat atas kapasiti peribadinya dan tidak mewakili DAP.

Untuk rekod Hew adalah salah seorang tokoh DAP yang sebelum ini mencetuskan kontroversi atas beberapa isu termasuk perkauman. Dia sudah meninggalkan DAP pada Julai 2016.

Ti berkata DAP perlu mengambil tindakan disiplin ke atas Pua atau bahkan memecatnya dari jawatan penasihat dasar kepada setiausaha agung parti.

Langkah itu katanya dapat menjadi bukti komitmen DAP untuk kerajaan perpaduan.

"Sekarang DAP berada dalam kerajaan bersama Umno. Memang bagus untuk mereka sudah belajar untuk menghormati sensitiviti Umno serta begitu sensitif terhadap Umno, tidak seperti sebelum ini," katanya.

Pada masa sama kata Ti, Pua terlupa bahawa DAP kini mengambil tempat MCA dalam kerajaan.

"Perbezaannya ialah, tidak seperti MCA, DAP kini menjadi parti terbesar (berdasarkan kerusi di parlimen) namun bukan parti paling dominan dalam kerajaan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/mca-cabar-dap-hukum-tony-pua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tony Pua Tak Pegang Jawatan Dalam Dap Kenyataan Tak Wakili Parti Loke

Tony Pua Tak Pegang Jawatan Dalam Dap Kenyataan Tak Wakili Parti Loke

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 202 hits
agendaily com24 06 2023Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Kenyataan dikeluarkan oleh Tony Pua yang mengundang kontroversi tidak mewakili pendirian parti kata Anthony Loke Setiausaha Agung DAP itu berkata bekas Ahli Parlimen Damansara yang me...
Dap Has No Intention Of Fielding Tony Pua In State Polls Loke

Dap Has No Intention Of Fielding Tony Pua In State Polls Loke

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 233 hits
DAP will not field its former publicity secretary Tony Pua in the upcoming state polls said DAP secretary general Anthony Loke Speaking to the media after opening the Seafarer Carnival in Putrajaya today Loke said Pua has not expressed any ...
Kenyataan Tony Pua Tidak Wakili Dap Anthony Loke

Kenyataan Tony Pua Tidak Wakili Dap Anthony Loke

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 192 hits
Kenyataan yang kurang menyenangkan terhadap komponen Kerajaan Perpaduan dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua sebagaimana dilaporkan media merupakan pendapat individu dan bukannya DAP Setiausaha Agung DAP Anthony Loke...
Umno Jangan Cepat Melompat Teliti Dan Fahami Dulu Ucapan Tony Pua

Umno Jangan Cepat Melompat Teliti Dan Fahami Dulu Ucapan Tony Pua

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 255 hits
Jika pemimpin UMNO bersikap teliti dan tidak semata mata terkena renjatan letrik dengan ungkapan gabungan korup tiada apa2 yang pelik sebenarnya dalam ucapan Tony Pua itu UMNO JANGAN CEPAT MELOMPAT TELITI DAN FAHAMI DULU UCAPAN TONY PUA Ter...
Ini Ucapan Tony Pua Hina Umno Korup Ph Akan Jatuhkan Umno Pru16

Ini Ucapan Tony Pua Hina Umno Korup Ph Akan Jatuhkan Umno Pru16

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 237 hits
Bangkit ahli UMNO Apakah korang tidak merasa sedikit terkumit dalam hati setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Tony Pua Apakah korang masih mahu kekal mendiamkan diri selepas dihina sedemikian Tunjuk soladiriti anda masa PRN nanti
Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup

Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 277 hits
freemalaysiatoday com 24 Jun 2023 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Pua seharusnya sedar ekonomi negara melalui zaman gelap sepanjang 22 bulan pentadbiran PH dan DAP Dr Akmal Saleh minta DAP ambil tindakan terhadap Tony Pua manakala ...
Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 246 hits
DAP jarakkan diri daripada ucapan Pua gelar BN korup Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10 29AM
Ucapan Tony Pua Yang Meremehkan Umno Bn

Ucapan Tony Pua Yang Meremehkan Umno Bn

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 154 hits
First of all Tony Pua tidak lagi memegang apa apa jawatan dalam DAP Ini bukan macam kenyataan penjawat awam beban negara oleh pemimpin dari Gerakan sebelum ini Kenyataan Tony itu berbentuk peribadi Kedua aku memang dah tak yakin dengan Tony...
Tony Pua S Remarks On Umno Uncalled For Says Loke

Tony Pua S Remarks On Umno Uncalled For Says Loke

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 192 hits
DAP secretary general Loke Siew Fook said any provocative statements against its coalition partners in the unity government are not in line with the party s position PETALING JAYA DAP secretary general Loke Siew Fook says former Damansara M...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil