Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar 24 Jun 2023,

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Pua seharusnya sedar ekonomi negara melalui zaman gelap sepanjang 22 bulan pentadbiran PH dan DAP.
Dr Akmal Saleh minta DAP ambil tindakan terhadap Tony Pua manakala Isham Jalil cadang PH pisah dengan Umno sekiranya parti itu “kotor”.
PETALING JAYA: Pemimpin Umno membidas kritikan “pakatan korup” dilabelkan bekas setiausaha publisiti DAP Tony Pua terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang boleh merobek keharmonian dalam kerajaan perpaduan.

Bercakap kepada FMT, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Pua seharusnya sedar ekonomi negara melalui zaman gelap sepanjang Pakatan Harapan (PH) dan DAP mentadbir dalam tempoh 22 bulan selepas PRU14.

Menurutnya, Pua yang menjadi penasihat di atas kapasitinya sebagai setiausaha politik menteri kewangan Lim Guan Eng ketika itu, tidak mampu membantu memacu ekonomi menyebabkan kejatuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta nilai ringgit.

Kata Akmal, sebaliknya di bawah BN yang didakwa “korup”, ekonomi Malaysia pada kedudukan ke-23 paling kompetitif diiktiraf badan antarabangsa manakala KDNK naik sehingga RM1.4 trilion, pendapatan Khazanah Nasional Berhad menokok RM116 bilion dan rizab tunai Petronas meningkat dari RM30 bilion kepada RM174 bilion.

Malah kelancaran pentadbiran kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim kini disebabkan kemampuan dan pengalaman menteri dari BN, katanya.

“(Pua) Cermin dulu diri sendiri, beliau hanya tin kosong dan tidak beri manfaat kepada pembangunan negara,” katanya yang sebelum ini menggesa DAP memohon maaf secara terbuka di atas segala tohmahannya terhadap Umno sehingga mengguris hati ahlinya.

Akmal mengulas kenyataan Pua pada malam tadi yang melabel BN dan Umno sebagai “pakatan korup” selain Bersatu, beliau turut berharap PH dapat membentuk kerajaan sendiri selepas PRU16.

Pada 14 Mei lalu, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata pihaknya akan menyokong kerajaan pimpinan Anwar selepas PRU16.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil pula mengingatkan Pua pemimpin kanan DAP seperti Lim juga berdepan pertuduhan berkaitan rasuah, justeru tidak layak baginya melabel Umno sebagai “parti korup”.

Katanya, Pua juga boleh mencadangkan kepada PH untuk berpisah dengan Umno dalam kerajaan perpaduan sekiranya merasakan parti itu “kotor”.

“Jika Umno ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU16, sekarang pun boleh cadang kepada pemimpin parti kamu untuk tinggalkan Umno daripada kerajaan perpaduan.

“Saya tiada masalah jadi pembangkang dan jika tidak kerana titah Agong dahulu, Umno dan BN memang bersedia jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari. Kamu sedia jadi pembangkang?,” kata Isham


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/dap-punca-ekonomi-gelap-ketua-pemuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 193 hits
DAP jarakkan diri daripada ucapan Pua gelar BN korup Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10 29AM
Ini Ucapan Tony Pua Hina Umno Korup Ph Akan Jatuhkan Umno Pru16

Ini Ucapan Tony Pua Hina Umno Korup Ph Akan Jatuhkan Umno Pru16

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 185 hits
Bangkit ahli UMNO Apakah korang tidak merasa sedikit terkumit dalam hati setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Tony Pua Apakah korang masih mahu kekal mendiamkan diri selepas dihina sedemikian Tunjuk soladiriti anda masa PRN nanti
Ketua Pemuda Pas Diminta Bertaubat Lepas Gelar Bn Pengelap Kaki Dap

Ketua Pemuda Pas Diminta Bertaubat Lepas Gelar Bn Pengelap Kaki Dap

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 184 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 25 2023 9 30 AMSetiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Mohd Khairuddin Aman Razali meminta seorang pemimpin PAS supaya bertaubat selepas menyamakan BN seperti kain buruk pengelap kaki Meskipun tidak menyebutka...
Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli

Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 200 hits
agendaily com24 06 2023Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Tidak malukah penyokong UMNO Barisan Nasional untuk mengundi DAP apabila mereka dihina dengan label pakatan korup soal Ahmad Fadhli Shaari Ketua Pemuda Perik...
Jangan Merepek Menteri Tegur Ketua Pemuda Umno

Jangan Merepek Menteri Tegur Ketua Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 149 hits
malaysiakini comMenteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing menuntut permohonan maaf daripada Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Salleh Ini selepas Akmal menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan terhadap ...
Ph Umno Didominasi Dap Diikat Penipuan Luar Tabi E

Ph Umno Didominasi Dap Diikat Penipuan Luar Tabi E

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 167 hits
ismaweb net 10 06 2023Perpaduan Ummah Integrasi Nasional kunci kestabilan pemerintahanBANGI 21 Zulkaedah 1444H Sabtu PAS berpegang teguh pada pendekatan politik secara aman dan sejahtera serta menolak sebarang pencabulan terhadap kesucian I...
Dakwaan Fitnah Pemuda Pas Pahang Mendesak Mb Dan Umno Mohon Maaf

Dakwaan Fitnah Pemuda Pas Pahang Mendesak Mb Dan Umno Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang mengecam tindakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan UMNO Pahang mengenai tindakan yang didakwa memfitnah parti Islam itu serta wakil rakyat PAS seperti yang tular di media sosial Ketua Peneran...
State Polls To Test Loyalties Of Umno Dap Grassroots

State Polls To Test Loyalties Of Umno Dap Grassroots

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 277 hits
The cooperation between BN and PH was more important for Umno as DAP was still able to defend its traditional seats in the urban areas Without Umno DAP and its fellow PH components might still win in developing areas Questions are swirling ...
Tun M Bekas Dua Menteri Kewangan Perlu Jawab Isu Kehilangan Aset Umno

Tun M Bekas Dua Menteri Kewangan Perlu Jawab Isu Kehilangan Aset Umno

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 159 hits
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin serta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop digesa supaya menjelaskan dakwaan berhubung kehilangan aset UMNO sebanyak RM100 bilion Ia susulan pendedahan pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba