Mb Kedah Pm Kata Mengata Lagu Mana Nak Pembangunan




Pengundi Kedah perlu diyakinkan untuk mempunyai Kerajaan Negeri dan Persekutuan daripada gabungan yang sama.
Hal itu ditekankan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dari Umno Kedah dalam ucapannya baru baru ini
“Di pusat (pemulihan ekonomi) dah mula nampak bahang, di Kedah masih lagi angan angan. Oleh itu, kita mesti bersungguh sungguh menghadapi PRN.
“(Untuk bangunkan ekonomi) kita ada jalan perhubungan desa, jalan kampung sangat diperlukan. Baru ini banjir (jalan rosak) pelbagai bencana alam berlaku tetapi tidak satu jambatan pun dapat mereka (kerajaan Pas) bina dan laksanakan.
“Kita masih perlu sokongan kerajaan pusat. Kalau Menteri Besar (MB) tidak bersama dengan PM, kata mengata, lagu mana kita nak dapat pembangunan,” katanya.
Beliau mempertikaikan apakah kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan PN Kedah yang dipimpin oleh MB Sanusi Md Nor kerana isu air yang telah disediakan peruntukan pun oleh Kerajaan Persekutuan pun beliau gagal untuk melaksanakan projek dengan sempurna.
“Isu air contohnya sampai hari ini kita tak dapat selesai masalah. Air kita kena catu. Kalau saya masih ingat 2018 telah dapat kelulusan kerajaan pusat, masa itu Najib (PM) telah meluluskan RM1.1 bilion untuk pembangunan air seluruh negeri Kedah. Namun sehingga hari ini masih tidak dapat diselesaikan.
“Walaupun 3 PM telah ditukar pada waktu itu tetapi tidak dapat diselesaikan sampai hari ini. Ini adalah isu besar.
“Dalam masa terdekat kita hadapi PRN kita kena kalih. Sejurus menang isu bekalan air bersih akan kita siapkan,” katanya.
Azeez juga memperikaikan kelembapan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan projek pasca banjir, membaiki kemudahan awam yang musnah dalam banjir kepala air pada 2022 di Gunung Jerai dan kawasan sekitar.
“Bencana dahsyat 2022 sampai hari ini tidak selesai. Janji tebatan banjir dilulusan pada ketika itu tetapi oleh kerana negeri tidak bersedia melaksana atau banyak masalah jadi tidak mungkin diselesaikan
“Sampai hari ini (perbaiki) titi harga RM250,000 pun Kerajaan Negeri tak dapat selesaikan. Apa lagi kalau RM3 – 4 juta.
“Inilah perkara kita kena bawa ke bawah, apa ertinya kalih bagi sama. Apa kalih bagi sama depa tak faham. Iaitu DUN Bayu, DUN Kupang dan lain lain kena bagi undi supaya Kerajaan Perpaduan menang, barulah kita boleh membangunkan Kedah.
“Ada 33 kawasan DUN wajib kita menangkan,” katanya lagi.
The post MB Kedah – PM kata mengata, lagu mana nak pembangunan? first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36399?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mb-kedah-pm-kata-mengata-lagu-mana-nak-pembangunan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Bubar Dun Hujung Jun Kata Sanusi

Kedah Bubar Dun Hujung Jun Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 331 hits
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata DUN akan dibubarkan pada hujung Jun PETALING JAYA Dewan Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan pada penghujung Jun kata Menteri Besar Sanusi Md Nor Katanya tindakan lanjut selepas pembubaran berkenaa...
Lama Diam Nak Comeback Le Gamoknya Dengan Isu Baru Yang Lepas Kamu Di Mana Ya

Lama Diam Nak Comeback Le Gamoknya Dengan Isu Baru Yang Lepas Kamu Di Mana Ya

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 452 hits
MUKHLIS EDDIE Coldplay telah derma sebuah kapal kutip sampah di Sungai Klang Hala tuju dan falsafah kumpulan penyanyi ini memang seiras dengan KPKT Dia datang jika sudi saya belanja dia makan nasi lemak nasi kerabu kelate roti canai dan yon...
Umno Kedah Sudah Hilang 40 Sokongan Akar Umbi Kata Sumber Dalaman

Umno Kedah Sudah Hilang 40 Sokongan Akar Umbi Kata Sumber Dalaman

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 262 hits
Sumber Umno berkata ahli parti itu sendiri telah menarik balik sokongan selepas Zahid Hamidi menyingkirkan beberapa panglima perang parti Seorang pemimpin Umno bahagian di Kedah mendakwa parti itu berdepan dengan kehancuran dalam PRN yang d...
Hiburan Tangan Anak Patah Riuk Rita Rudaini Rimas Diaju Soalan Mana Bekas Suami Sikit Sikit Nak Tag Arwah

Hiburan Tangan Anak Patah Riuk Rita Rudaini Rimas Diaju Soalan Mana Bekas Suami Sikit Sikit Nak Tag Arwah

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 353 hits
Baru baru ini pelakon Rita Rudaini memaklumkan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin telah mengalami kecederaan parah di bahagian tangan sebaik sahaja mula persekolahan selepas cuti raya Aidilfitri tempoh hari Perkara tersebut diuar uarkan Rit...
Ini Baru Lah Pencapaian Kpi Bukan Sembang Sana Sini Kata Orang Nak Buat Itu Ini Satu Habuk Un Tarak

Ini Baru Lah Pencapaian Kpi Bukan Sembang Sana Sini Kata Orang Nak Buat Itu Ini Satu Habuk Un Tarak

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 317 hits
RMSNi baru dipanggil KPI atau dalam Bahasa Melayu Petunjuk Prestasi Utama BUKAN berapa banyak pergi rumah kenduri majlis perkahwinan pergi surau mcm KPI puak PAS Bukan bukan tapi pencapaian sebagai seorang Ahli parlimen atau wakil rakyat se...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu