Mb Kedah Pkr Punca Mukhriz Tersingkir



AKHIRNYA Datuk Seri Mukhriz Mahathir tumbang di Kedah. Ternyata badi kerusi Menteri Besar (MB) negeri Jelapang Padi itu berterusan.

Lebih memeritkan ini merupakan kali kedua anak harapan Tun Mahathir Mohamad tersebut ‘tersingkir’ daripada jawatan berkenaan.

Kali pertama ialah pada 3 Februari 2016, apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan selepas kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hari ini senario sama berulang.

Mukhriz ‘terhumban’ dari kerusi MB memandangkan beliau tidak lagi memiliki majoriti di DUN apabila dua ADUN PKR, Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasarudin (Lunas) menarik sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Keputusan kedua-dua wakil rakyat tersebut adalah lanjutan daripada krisis dalam PKR yang menyaksikan Kui Ee dipecat dan digantung keahlian beliau.



Untuk rekod, Kui Ee dan Azman dikatakan penyokong kuat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu.

Berikutan tindakan mereka, Perikatan Nasional (PN) layak untuk menubuhkan kerajaan dan melantik MB memandangkan mereka menguasai 19 daripada 36 kerusi DUN.

Sebelum ini, PH memiliki 19 kerusi iaitu PKR 7 kerusi , Bersatu (6 kerusi), Bersatu (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).

Kedah merupakan negeri keempat PH kehilangan kerajaan negeri selepas Melaka, Johor dan Perak. Kesemuanya berlaku ada kaitan dengan perbalahan di dalam Bersatu dan PKR.

ADUN Jeneri Muhammad Sanusi Md Noor yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat dijangka dilantik menggantikan Mukhriz yang berdasarkan sejarah politik negeri tersebut menyaksikan individu menduduki jawatan MB meninggalkan posisi itu dalam keadaan kontroversi.

Seorang sahabat di Kedah berseloroh, “Kalau betul pemimpin Pas tu dilantik, ni kali kedua la Kedah ada MB nama sama Sanusi”.

Kali ini pertama ialah bagi penggal 1996 hingga 1999 apabila Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dilantik memegang jawatan berkenaan sebagai MB Ketujuh.

Apapun, kejatuhan Mukhriz di Kedah sudah tentulah tamparan hebat untuk beliau. Jika kali pertama dahulu beliau menyalahkan UMNO kerana mendakwa ‘dijatuhkan’ berikutan kelantangannya dalam isu 1MDB, kali ini Mukhriz harus menyalahkan PKR.

AZMAN NASARUDIN dan Robert Ling Kui Ee bertindak meninggalkan PKR menyebabkan PH hilang majoriti dalam DUN Kedah.
Ia memandangkan walaupun PKR tahu suasana genting di Kedah, jika apa-apa tindakan diambil ke atas ADUN parti itu, namun oleh kerana amarah politik, perkara itu tiada dalam pertimbangan pucuk pimpinan PKR.

Paling malang, Mukhriz kehilangan jawatan tersebut ketika Mahathir sanggup bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan menolak Kerajaan PN. Mereka menganggap kerajaan sedia ada tidak sah.

Sama ada betul atau tidak, terdapat spekulasi di Kedah menyatakan kalaupun ADUN PKR tidak bertindak sedemikian, Mukhriz belum tentu selamat.

Ia memandangkan khabar angin menyatakan ada ADUN Bersatu yang tidak lagi sehaluan dengan beliau dan menanti masa sahaja untuk menarik sokongan mereka kepada Mukhriz.

Oleh itu janganlah pula Mukhriz mengikut rentak politik bapanya menyalahkan UMNO dan Pas menjadi punca kejatuhan beliau. Mukhriz tersingkir bukan angkara kedua-dua parti itu tetapi kegagalan PKR untuk memahami kesan tindakan ke atas ADUN mereka serta kemelut dalam Bersatu.

Persoalannya, jika PKR yang memerintah Kedah, adakah parti itu akan melakukan tindakan yang boleh menumbangkan kerajaan negeri?

Tidakkah PKR tahu tindakan akan menyebabkan anak Mahathir hilang jawatan MB? Atau ada mesej yang mahu disampaikan kepada bekas Perdana Menteri?

Penulis hanya bertanya kerana politik boleh dlihat daripada pelbagai sudut, tetapi yang pasti apa yang berlaku adalah ‘tragedi politik’ kepada Mukhriz yang sebelum ini pernah disebut-sebut akan menjadi Menteri Pelajaran menggantikan Dr.Maszlee Malik.


Maszlee berundur daripada jawatan itu ‘atas nasihat Ayahanda Mahathir’ pada 2 Januari lalu – kira-kira hampir dua bulan sebelum Kerajaan PH tumbang di peringkat pusat akibat tindakan Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

‘Tersingkirnya’ Mukhriz dari kerusi MB buat kali kedua, sudah tentulah sesuatu yang perit memandangkan ia terjadi ketika beliau sedang membuat persiapan untuk menumbangkan Muhyiddin bagi kerusi Presiden Bersatu.

Penulis percaya, konflik di Kedah ini akan memberi kesan kepada perjalanan politik Mukhriz, apatah lagi Mahathir pun bukan lagi Perdana Menteri dan semakin hilang cengkaman dalam Bersatu. Inilah politik – yang dikejar belum tentu dapat, yang dikendong semakin berciciran.



sumber:malaysia-today

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/05/mb-kedah-pkr-punca-mukhriz-tersingkir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 571 hits
SUNGAI PETANI Dua Adun PKR di Kedah hari ini mengumumkan keluar parti hari ini suatu tamparan pada Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang selama ini bertahan dengan sokongan 17 daripada 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Adun Sidam Rober...
Mukhriz Letak Jawatan Mb Kedah Kali Kedua

Mukhriz Letak Jawatan Mb Kedah Kali Kedua

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 441 hits
Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar berkuat kuasa serta merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kedah Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah me...
Salahkan Najib Atas Kejatuhan Kedah Rupanya Mukhriz Pun Alergik Dengan Najib Macam Bapak Dia

Salahkan Najib Atas Kejatuhan Kedah Rupanya Mukhriz Pun Alergik Dengan Najib Macam Bapak Dia

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 307 hits
Kalau kita ikuti kenyataan daripada Mukhriz ni kita akan lihat dia ni macam orang hilang anak sekali cakap macam itu sekali cakap macam ini 1 Semasa sidang akhbar untuk meletak jawatan dia cakap Muhyiddin Yassin punca kejatuhan PH Kedah den...
Terlalu Baik Sangka Punca Saya Jadi Mangsa Pengkhianatan Kata Mukhriz

Terlalu Baik Sangka Punca Saya Jadi Mangsa Pengkhianatan Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 340 hits
Terlalu baik sangka punca saya jadi mangsa pengkhianatan kata Mukhriz Semalam Perikatan Nasional Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan 23 Adun termasuk daripada PPBM
Mukhriz Mahathir Umum Lepas Jawatan Mb Kedah Berkuatkuasa Serta Merta

Mukhriz Mahathir Umum Lepas Jawatan Mb Kedah Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 369 hits
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta Peletakan jawatan itu sekali gus membawa kepada pembubaran pentadbiran kerajaan negeri yang disertai 10 Ahli Majlis Mesyu...
Najib Protagonis Sebenar Kejatuhan Ph Kedah Mukhriz Mahathir

Najib Protagonis Sebenar Kejatuhan Ph Kedah Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 1247 hits
ALOR SETAR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan di Kedah selain menyebabkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan sebagai Menteri Besar buat kali kedua Menur...
Mukhriz S Rule In Kedah To End Today

Mukhriz S Rule In Kedah To End Today

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 282 hits
Mukhriz Mahathir s fall from power in Kedah is imminent KUALA LUMPUR The fall of Mukhriz Mahathir in Kedah is imminent with at least two Pakatan Harapan assemblymen set to announce that they no longer support the menteri besar Two PKR assem...
Pn Kedah Takeover Spurs Pkr Members To Leave Party

Pn Kedah Takeover Spurs Pkr Members To Leave Party

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 244 hits
About 100 PKR Kedah members including several division chiefs quit the party today in an apparent move to cripple the party s leadership in the northern state Lunas assemblyperson Azman Nasrudin who the party last week with Sidam s Robert L...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya