Mawar Jawab Bila Ditanya Mengenai Peluang Kedua
Pasangan kita adalah insan yang paling dicintai justeru, bayangkan semua saat bagaimana kita disatukan. Pada pasangan yang pernah bercinta sebelum disatukan, lihat kembali surat cinta atau hadiah pernah kita dapat daripada pasangan yang menggambarkan betapa dia sangat mencintai dan menghargai kita
Tidak salah memberi peluang kedua, apatah lagi dalam keadaan pasangan kita belum betul-betul tersesat dan masih boleh mendengar rayuan dan kata hati kita. Di dalam Islam sendiri, ada konsep peluang kedua dan seterusnya selagi mahu dan berdaya
Perceraian sesuatu yang dibolehkan tetapi tidak disukai Allah SWT. Penyelesaian kepada masalah ini perlu melihat. puncanya dari segi faktor luaran dan dalaman seperti menjadikan perasaan kasih sayang sebagai penyelesai masalah
Dari segi saintifiknya, apabila fikiran dan hati memikirkan dan mengenangkan peristiwa serta kenangan manis mengenai suami atau isteri, hormon positif akan keluar ketika kita melakukan membayangkan imej positif itu
Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai
Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati
Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan
Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti
Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku
Apa pun akan buat yang terbaik, menjadi kawan yang terbaik buat Fizo sebab Maryam (anak),” jelasnya ringkas
Untuk rekod, desas-desus mengenai kemelut yang melanda pasangan ini mulai bertebaran sejak Ramadan lalu
Bahkan, difahamkan keduanya turut menyambut menyambut Aidilfitri secara berasingan
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata
Dalam Islam, selepas perceraian dengan talak raj’ie iaitu sama ada talak satu atau talak dua, Islam menetapkan isteri perlu menjalani tempoh eddah yang biasanya adalah tempoh tiga bulan. Kenapakah perlu ada tempoh sebegini?
Ya, supaya masing-masing dapat berfikir semula tentang keputusan perceraian yang telah dibuat, menunjukkan bahawa ianya sebagai peluang kedua untuk kedua-dua pihak bersama semula
Jika masih ada keserasian, pasangan yang telah bercerai boleh rujuk semula di dalam tempoh eddah tersebut. Malah, sekiranya tempoh eddah telah tamat, pasangan suami isteri tadi boleh menikah semula dengan akad yang baru. Inilah peluang yang Islam berikan demi kesejahteraan rumah tangga agar matlamat kewujudan sesebuah intitusi keluarga dapat direalisasikan
Seterusnya jangan mencari kesilapan pasangan sebaliknya muhasabah diri. Lihat di mana salah kita dan cuba fikirkan kenapa orang yang kita kenal baik sudah berubah sikap menjadi tidak baik. Jika pasangan yang bersalah atau sama-sama menjadi punca, penyelesaian ialah mengalah dan mohon maaf
Lupakan dan beri peluang pasangan melakukan kebaikan untuk membuktikan beliau benar-benar menyayangi kita. Untuk memperbaiki semua keadaan, lebih baik kita menilai diri dan cari di mana salah atau kekurangan kita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/09/mawar-jawab-bila-ditanya-mengenai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29