Harap Ada Peluang Kedua Lahir Normal Usia 2 Bulan Disahkan Hidap Penyakit Hati Kronik


“Terima kasih dan alhamdulillah! Itu antara kata-kata yang keluar dari mulut Muhammad Nassar Sanusi selepas dana pemindahan hati dan rawatan susulan anak lelakinya, Aysar Nasri telah mencukupi hasil daripada kebaikan rakyat Malaysia.
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang beri sumbangan, kongsikan hantaran dan doakan Aysar Nasri,” demikian coretan bapa bayi menghidap Biliary Atresia, Muhammad Nassar Sanusi.

Muhammad Nassar, 29, memuat naik hantaran itu di facebooknya sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan sejak kisah anak bongsunya, Aysar Nasri, tular di laman sosial, beberapa hari lalu.
Hantaran itu dibuat Muhammad Nassar bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk anaknya dihentikan bermula hari ini (semalam).
Muhammad Nassar turut berharap orang ramai terus menyumbang kepada individu memerlukan selain mendoakan pembedahan anaknya itu berjalan lancar.
Dalam tempoh 24 jam dana cukup 
“Saya rasa bersyukur kerana dalam tempoh kurang 24 jam saja, dana diperlukan mencukupi hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.
“Bukan hanya sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tetapi mereka (orang ramai dan warganet) turut mendoakan Aysar Nasri selain memberi kata semangat kepada saya dan isteri untuk terus cekal mengharungi dugaan ini.

“Hanya Allah SWT dapat membalasnya dan semoga anda dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sebelum ini, tular kisah Aysar Nasri yang menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik sejak berusia dua bulan dan kini mendapat rawatan di Wad Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan kuman buat kali ketiga.
Berikutan penyakit itu, Aysar Nasri disyorkan menjalani pembedahan pada 23 Oktober ini, tetapi berdepan kesulitan kerana perlu mencari dana sebanyak RM120,000 dalam tempoh singkat.

Dapat tahu hidap Biliary Atresia ketika usia dua bulan
Bercerita lanjut, Muhammad Nassar berkata, penyakit anaknya itu dikesan 16 Mei lalu iaitu ketika Aysar berusia dua bulan hasil pemeriksaan dilakukan pakar.
“Aysar dilahirkan normal tetapi badannya menjadi kuning dan selepas dirujuk ke hospital doktor mengesahkannya menghidap Biliary Atresia.
“Dua hari kemudian, Aysar menjalani pembedahan dan saya sangka keadaannya kembali normal tetapi dia diserang demam diikuti jangkitan kuman pada hati dua minggu kemudian yang menyebabkannya ditahan di hospital.
“Sejak itu, Aysar kerap keluar masuk hospital dan kini dia dirawat di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan sama dan hospital juga ibarat rumah kedua buatnya,” katanya.

Menurut Muhammad Nassar, pembedahan yang akan dijalankan itu bukan jaminan untuk Aysar sembuh sepenuhnya kerana ada kemungkinan anaknya mengalami komplikasi kesan daripada pemindahan hati atau risiko kehilangan nyawa.
Harap ada peluang kedua Aysar 
Namun Muhammad Nassar dan isteri, Nor Asyifa Mohd Fauzi, 29, sudah bersiap sedia dan tidak sesekali berputus asa untuk memastikan Aysar mendapat peluang kedua untuk hidup.
“Sebelum ini, saya hanya mampu bersimpati setiap kali membaca kisah ibu bapa lain mempunyai anak dilahirkan dengan penyakit dan lain-lain lagi.

“Bila jadi pada diri sendiri, baru saya sedar betapa beratnya untuk menanggungnya dan mulanya agak susah untuk menerima hakikat itu.
“Malah isteri saya kerap menangis kerana sedih melihat Aysar menanggung derita akibat penyakit berkenaan tetapi kini kami berdua reda dengan ujian ini,” kongsinya.
Sumber: Metro & FB Nassar Sanusi ; IG Nassar Sanusi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/harap-ada-peluang-kedua-lahir-normal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Usia 4 Bulan Berat Dah 8 7kg Dr Say Teruja Anak Sudah Boleh Makan

Baru Usia 4 Bulan Berat Dah 8 7kg Dr Say Teruja Anak Sudah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 536 hits
Umum mengetahui pemberian makanan pejal kepada bayi adalah pada usianya 6 bulan Namun lain pula kisahnya dengan anak kesayangan Dr Say Shazril Shaharuddin dan Dr Azura Abas yang kini sudah pun dibenarkan untuk memulakan makanan pejalnya ole...
Dalam 9 Bulan 90 Sapi Di Mukomuko Ditemukan Mati Karena Penyakit Jembrana

Dalam 9 Bulan 90 Sapi Di Mukomuko Ditemukan Mati Karena Penyakit Jembrana

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 328 hits
Salah satu penyebab banyaknya sapi milik masyarakat setempat yang mati akibat jembrana karena masyarakat yang beternak kurang intensif dalam memperhatikan kesehatan hewan peliharaannya
Anak Oku Suami Hidap Kanser Kronik Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab

Anak Oku Suami Hidap Kanser Kronik Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 266 hits
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Perumpamaan orang dahulu kala memang kerap mengena dengan situasi yang dihadapi oleh manusia sepanjang zaman Bagi meneruskan kehidupan sudah pasti sesiapa sahaja akan melakukan pekerjaan bagi mempe...
Bayi Tidak Cukup Bulan Lahir Ketika Sedang Bercuti Pasangan Mungkin Terkandas Akibat Tidak Mampu Bayar Bil

Bayi Tidak Cukup Bulan Lahir Ketika Sedang Bercuti Pasangan Mungkin Terkandas Akibat Tidak Mampu Bayar Bil

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 317 hits
Menerima kelahiran cahaya mata sememangnya antara detik paling manis dalam kehidupan seseorang yang bergelar ibu dan bapa Begitu juga dengan pasangan Louis dan Yeridina atau Yeri yang berasal dari Britain ini Mereka dikejutkan dengan kelahi...
Mawar Jawab Bila Ditanya Mengenai Peluang Kedua

Mawar Jawab Bila Ditanya Mengenai Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 300 hits
Pasangan kita adalah insan yang paling dicintai justeru bayangkan semua saat bagaimana kita disatukan Pada pasangan yang pernah bercinta sebelum disatukan lihat kembali surat cinta atau hadiah pernah kita dapat daripada pasangan yang mengga...
Zynakal Disahkan Hadapi Penyakit Mental Kini Sedang Dirawat

Zynakal Disahkan Hadapi Penyakit Mental Kini Sedang Dirawat

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 569 hits
Siapa menyangka tindakan ganas Zynakal beberapa hari lalu disebabkan gangguan mental Bipolar Mania yang dihadapinya dan terpaksa ditahan di wad psikiatri bagi The post appeared first on
Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan

Usia Baru Setahun Lebih Tapi Gigi Anak Mereput Dan Patah Bapa Jaga Gigi Anak Kedua Untuk Tebus Kesilapan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 621 hits
Bila bercerita mengenai anak bukan soal makan dan sakit anak sahaja ibu bapa perlu titik beratkan Gigi juga amanah Allah yang perlu dijaga oleh kita Anak tak pernah tahu mengenai giginya kita sebagai ibu bapalah yang bertindak menjaga dan m...
Usia Belum 2 Bulan Dah Sebut Mama

Usia Belum 2 Bulan Dah Sebut Mama

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 191 hits
Usia belum 2 bulan dah sebut mama sayangnya si ibu pertama kali mandikan bayinya Hakim menghembuskan nafas terakhirnya pada 21 Julai lalu Walaupun hanya dipinjam sekejap ke dunia Reen berkata dia dan suami reda dengan pemergian Hakim Saya d...
Usia Kehamilan Masih 4 Bulan Syahnaz Tak Sabar Ajak Calon Buah Hatinya Jalan Jalan

Usia Kehamilan Masih 4 Bulan Syahnaz Tak Sabar Ajak Calon Buah Hatinya Jalan Jalan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 235 hits
Syahnaz memanfaatkan waktu untuk berlibur bersama keluarganya Syahnaz bersama keluarga sang kakak Raffi Ahmad sedang menghabiskan liburan di Pulau Bali
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner