
ZAKARIA menunjukkan ternakan belut di dalam kolam untuk tujuan pembiakan.Tanpa pendidikan formal dalam bidang akuakultur, Zakaria sanggup melakukan kajian sendiri secara trial and error (cuba dan silap) selama kira-kira lapan tahun untuk menghasilkan benih belut bagi tujuan ternakan secara komersial dalam skala besar.“Ketika menternak keli, saya mempunyai 121 kolam takungan berukuran 10 dan 20 kaki. Jadi saya gunakan kolam sama untuk membuat kajian bagi menghasilkan benih belut sendiri.“Saya membeli sembilan pasang belut untuk dijadikan induk pada 2012 dengan berat keseluruhan enam kilogram dengan kos RM132 dan sejak 2016 saya menghasilkan 300 kilogram belut untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya di pusat ternakan belutnya di Kampung Kubang Puyu dekat Langkap di sini.Zakaria berkata, kajian yang dilakukannya merangkumi pelbagai aspek seperti kualiti air, jenis tanah, makanan menggunakan formulasi sendiri serta teknik pembiakan yang berkesan untuk mendapatkan belut yang bersaiz besar, berisi pejal dan bebas daripada penyakit.“Kejayaan saya menghasilkan benih belut itu akhirnya ‘membuka mata’ banyak pihak yang mula berkunjung ke pusat ternakan belut saya untuk mengikuti kursus intensif mengenai teknik yang betul untuk mengusahakannya secara komersial.
“Antara yang datang untuk berkursus di sini ialah pelajar Diploma Akuakultur Politeknik Jeli, Kelantan, pelajar dan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Malaysia serta individu yang mahu memulakan penternakan belut,” katanya.Lebih menarik, formulasi makanan ikan yang dihasilkan Zakaria turut menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Ketika ini, Zakaria menjual belut pada harga RM25 sekilogram untuk belut bersaiz bawah 300 gram, RM30 sekilogram untuk belut bersaiz 300 gram ke 500 gram dan RM40 untuk belut bersaiz 500 gram ke atas.Kejayaan beliau dalam mengusahakan belut secara komersial turut menarik perhatian sebuah syarikat pelabur dari Kuala Lumpur yang ingin mengusahakan ternakan itu seluas 20 hektar di Sungai Tong di sini dengan sasaran 3,600 kolam takungan belut.“Projek ternakan belut berskala besar itu dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dan mampu menjadi satu lagi tarikan akua pelancongan di Terengganu,” katanya yang turut mendapat sokongan Jabatan Perikanan dalam mengusahakan ternakan belut itu. (MyMetro)
TERNAKAN belut di Kampung Kubang Puyu dekat Langkap, Setiu.
Ibnu Hasyim bergambar di Indonesia semasa membuat kajian mengenai penternakan belut.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |